CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8170|Reply: 15

[Politik] Sebar 'fake news', Mas Ermieyati disekolahkan kaw-kaw

[Copy link]
Post time 19-12-2023 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 19-12-2023 10:13 AM




Seorang ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menjadi sasaran kecaman selepas memuat naik ciapan yang hanya bersandarkan sumber maklumat ‘dengar cerita’ atau hearsay.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menerusi aplikasi di X, mendakwa seorang menteri telah membenarkan warga negara China yang menyertai dan mendapat pas bagi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), layak mendapat status penduduk tetap (PR) negara ini.

Naib Ketua Srikandi Bersatu itu tidak menjelaskan lebih lanjut sumber yang menceritakan perkara berkenaan malah tidak menyatakan nama menteri berkenaan secara khusus.

Bagaimanapun, ia dikaitkan dengan Datuk Seri Tiong King Sing yang menyandang jawatan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Dengar Cerita YB Menteri Pelancongan buat pengumuman bagi warga negara China yang sertai dan dapat Pas MM2H, terus layak dapat PR. Woww,”, tulisnya.

Dakwaan itu bukan sahaja dikritik ramai, bahkan turut ditegur Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang berpendapat selaku Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), beliau tidak seharusnya menyebarkan dakwaan ‘hearsay’ sebegitu.

“Dengar cerita, kawan aku cakap, Tiktok kata….

“Bila Pengerusi PAC berhujah dengan bersandarkan “dengar cerita”. Shame on you @emysamsudin boleh rajin sikit tak kalau nak dedah kepincangan kerajaan?

“Selain “dengar cerita”, boleh kongsi bukti yang boleh diterima di mahkamah?,” soal Rafizi.

MM2H diperkenal Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menggalakkan lebih ramai peserta dari negara luar atau warga asing menetap di sini sekali gus mendorong pengaliran masuk mata wang asing.

Sementara itu hasil semakan Harapan Daily, Tiong King Sing turut menjawab dakwaan dilemparkan Mas Ermieyati.

Apa yang berlaku, status MM2H tidak dibuka kepada warga China semata-mata, tetapi membabitkan semua pemohon dari seluruh dunia untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu, status PR bukan diberi secara automatik tetapi perlu membuat permohonan terlebih dahulu, dengan mematuhi syarat-syarat ketat.

“Mengapa Mas Ermieyati perlu mengelirukan orang ramai dan mengatakan bahawa program itu hanya memihak kepada pemohon dari negara China sahaja?

“Apa yang beliau cuba sampaikan menerusi provokasi dengan memilih satu negara tertent?

“Tambahan pula, setiap pemohon tanpa mengira kewarganegaeaan mereka mesti memenuhi syarat permohonan kategori Platinum sebelum mereka dibenarkan memohon status PR.

“Adakah Mas Ermieyati sengaja melakukan provokasi kaum. Adakah Mas Ermieyati cuba merosakkan keharmonian kaum?,” soal King Sing

Beliau turut menegaskan bahawa penambahbaikan kepada kriteria dan syarat MM2H adalah bertujuan menarik lebih banyak permohonan, terutamanya yang mempunyai potensi kewangan yang baik.

Banyak negara mempunyai program seperti MM2H selain Malaysia, dan keseluruhan proses permohonan MM2H disahkan telah diteliti dan disemak dengan ketat.

Umum mengetahui bahawa setiap permohonan untuk menyertai program MM2H mestilah lulus proses semakan yang sangat ketat, termasuk saringan kewangan, semakan latar belakang, dan keperluan lain yang berkaitan, sebelum mereka layak menerima pas program MM2H dan kemudiannya memohon status PR mengikut syarat-syarat yang dikenakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Sekiranya pemohon melakukan sebarang salah laku atau melanggar mana-mana syarat program, keistimewaan akan dibatalkan.


Single Polls, Total 27 Users voted

Count down: 166 Days14 Hours34 min.

Your User group have no permission to vote
PN, PAS, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 10:48 AM | Show all posts
MM2H patut keluarkan data nama dan warganegara yang membeli rumah, data ini perlu dikongsi bersama rakyat.

Dari data tu kita boleh buat semakan, mana tau, rakyat boleh bantu kesan mereka yang jadi scammer, cuci duit ke...ke tak boleh share?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:07 AM | Show all posts
Masih tak leh move on eh?


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:21 AM | Show all posts
setaraf acik gundu kat porum je
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
TT ni x elok tau guna gambar tu. Mcm bawa double meaning plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 19-12-2023 10:48 AM
MM2H patut keluarkan data nama dan warganegara yang membeli rumah, data ini perlu dikongsi bersama r ...

mana la depa nk susahkan ' saudara depa'....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2023 12:11 PM | Show all posts
aku tgok yang banyak bukan orang China...tapi orang Arab...nanti banyak arab datang sini dn banyak geng geng taliban dan terrorist
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
phone_5 replied at 19-12-2023 12:11 PM
aku tgok yang banyak bukan orang China...tapi orang Arab...nanti banyak arab datang sini dn banyak g ...

Arab ke china ke yg pasti bkn warganegara malaysia. Dorang akan jd bos kat sini Dan warganegara akan jd pencacai kat negara sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Akibat berkawan dgn PAS,fitnah & sebar berita palsu benda biasa macam makan nasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal mp PN je mesti auto bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols baru balik dari Melaka dan dengar puji pujian orang sana tentang YB Mas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp MMG berasas dia punya soalan. Susunan ayat yg xberapa kena...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:59 PM | Show all posts
alamak acik , u kan lawyer, u should know better.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 04:43 PM | Show all posts
Zaman main hembus ala2 tazkirah lepas maghrib dah lama berakhir ya. Mohon sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu alumni dgn Rina Doraemon.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa namanya mcm indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.076988 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list