View: 23293|Reply: 0
|
Isma Aliff kritikal, ditidurkan
[Copy link]
|
|
Isma Aliff kritikal, ditidurkan
Isma ditahan sebuah di hospital sejak Jumaat lalu kerana tiba-tiba diserang angin ahmar selepas mengadu sakit kepala selain badannya kebas. Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff, 59, kini kritikal dan ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.
Adiknya Shamsidah Ismail, 57, berkata Isma ditahan sebuah di hospital sejak Jumaat lalu kerana tiba-tiba diserang angin ahmar selepas mengadu sakit kepala selain badannya kebas.
"Pada Jumaat lalu, abang (Isma) sakit kepala sewaktu menjaga ibu kami yang terlantar. Tangan dan kakinya juga kebas kemudian dia baring. Sebaik saya pulang ke rumah, kami bawa dia ke hospital dan dia ditahan.
"Abang tak pernah pula mengalami masalah itu sebelum ini tapi kebelakangan ini dia berjalan ke pagar rumah pun mengah. Ingatkan tak serius dan anggap perkara biasa di usia-usia macam ini," katanya kepada Harian Metro.
Shamsidah memaklumkan keadaan Isma agak lemah sewaktu dia melawatnya kelmarin.
Kemudian semalam dia dimaklumkan doktor abangnya perlu ditidurkan.
"Petang Ahad lalu saya ada melawatnya. Percakapan dia agak lemah. Malam tadi, tahap oksigennya mengurang dan doktor terus tidurkan kerana jantung bengkak dan paru-paru ada kuman disebabkan jangkitan selepas terkena strok," katanya.
Shamsidah berkata, dia sempat melawat Isma hari ini dan sebak melihat keadaan abangnya.
Dia dan keluarga cuma mampu berharap Isma akan mendapat kesembuhan secepatnya.
"Doktor pun cakap peluang sukar dijangka kalau sudah membabitkan serangan organ penting. Kita tunggulah dalam dua tiga hari kalau boleh buka tiub yang disambungkan kepadanya. Saya pun sudah beritahu keluarga.
"Sewaktu melawatnya tadi, saya sempat bercakap kepadanya, nampak mata dia berkelip dan ada air mata. Sedih juga kerana dia memang jenis ceria dan tak pernah menangis," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... kritikal-ditidurkan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|