View: 12159|Reply: 10
|
"Kita Belanja Sikit Sebab Dah Buat Badan Penat-Penat," Yusof Bahrin Tak Pakai Baju Dalam Filem
[Copy link]
|
|
Yusuf Bahrin memaklumkan dia mengambil langkah berani untuk menjayakan babak tidak berbaju dalam filem pertamanya, The Lord Musang King.
Yusuf berkata babak tersebut dijayakan apabila dia memaklumkan syaratnya kepada pihak produksi agar tidak memaparkan auratnya dalam filem tersebut.
Foto: IG
“Saya ambil langkah berani sebenarnya tetapi saya beritahu ada syarat, iaitu jangan di bawah pusat.
“Alhamdulillah bila ditayangkan tak nampak bawah pusat dan juga lutut. Nampak dada sahaja.
“Kita belanja sikit sebab dah buat badan penat-penat,” katanya kepada XTRA.
Yusuf ditemui pada malam gala filem The Lord Musang King di Ibu Kota pada Selasa.
Dalam pada itu, Yusuf turut memaklumkan bahawa dia juga ada berbincang dengan isterinya yang juga seorang penyanyi, Zizi Kirana mengenai babak tersebut sebelum menjayakannya.
“Saya ada beritahu pada Zizi bahawa dalam skrip ada babak saya mandi dalam bilik air di penjara. Dia cakap ‘pasti mandi tak pakai baju, tak logiklah mandi berbaju’.
“Ada pula babak sabun jatuh, kalau saya kutip sabun itu mungkin cuma shot kaki dan tangan saja yang diambil.
“Jadi dia cakap okey saja, tetapi jangan sampai benda-benda tak sepatutnya nampak lah, saya cakap okey dan janji dengan dia,” kongsinya.
Kongsi Yusuf lagi, dia juga memohon kepada pengarah, Lee Moon Ho agar babak tidak berbaju itu tidak menampakkan bahagian yang mendedahkan auratnya.
Malah, Yusuf juga bersedia dengan apa jua kritikan yang akan diterimanya mengenai babak tersebut.
“Saya juga ada maklumkan perkara ini pada penerbit, saya buat permintaan dan merayu agar shot yang diambil tidak nampak bahagian pusat hingga lutut.
“Saya cakap pada dia, ‘macam mana nak jawab dengan isteri kalau ada shot tak sepatutnya’. Dan dia kata okey saja dan akan maklumkan pada pengarah.
“Pengarah juga beri jawapan yang baik pada saya. Dia hormati permintaan saya sebab yang akan ‘dihentam’ saya juga nanti. ‘Pergi majlis agama tapi kenapa tayang pusat’.
“Tapi untuk babak tersebut juga saya akan terima dan bersedia untuk sebarang kritikan. Saya tak cakap ia perkara betul dan juga salah. Tetapi saya ambil langkah berani dan tanggungjawab sendiri,” tutupnya.
Filem The Lord Musang King adalah filem Malaysia pertama arahan perngarah dari korea selatan, Lee Moon Ho yang bakal menemui penonton mulai 21 Disember ini.
Filem yang mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlyn, Eddie Chow dan juga pelakon asal Korea Selatan, Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha.. dalam hati terkinja2 nak tayang tapi terikat dengan aurat pulakk |
|
|
|
|
|
|
|
sedeyyhhh ko dikkk
bini ko dh puassszz menyeksi dulu...
tapi ko dah kawin baru nk menyeksi dedah body kena minta ijinnnn bini plk... |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih nya nak belanja, xda orang nak tengok |
|
|
|
|
|
|
|
AHAHAHAHAHAHAHAHAH.... padahal ONz je pun kalau scene jimak...janji x nampak aurat gituuu...... pundekkkkk lahh |
|
|
|
|
|
|
|
direct terus hati yach komen chuols |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya masa shooting tu bogel ke apa? Nak berpesan jangan shoot bawah pusat. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan nak cakap macam nak jawab dengan tuhan..ahgitu..takat bini...ko khilafah kot. Lainlah kalau bini ko yg jadi imam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiaaann laki bini bebal |
|
|
|
|
|
|
|
Mana bukak baju tu? Kurex nak menilainsetiap inci lekukan badan heols |
|
|
|
|
|
|
|
refleCtion replied at 20-12-2023 12:21 PM
sedeyyhhh ko dikkk
bini ko dh puassszz menyeksi dulu...
tapi ko dah kawin baru nk menyeksi dedah bo ...
Bini dulu seksi dah mcm nk terbugil dah.tibe dah jadi lembaga si suami meronta2 x puas lg nk menyeksi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|