"Saya tak pernah sengaja buat sesuatu untuk naikkan drama, naikan nama. Selama ini saya tak ada kontroversi yang sengaja saya cari.
"Saya percaya pada drama, jika ia betul-betul bagus, jalan cerita dan pelakon," ujarnya.
Dalam pada itu, Zara juga memohon orang ramai terus memberikan sokongan terhadap karier lakonannya meskipun dia terpalit kontroversi.
"Saya tidak boleh nak halang seseorang itu nak minat atau tidak. Saya harap dia terus sokong saya dan jangan pandang sikit kesalahan terus nak hentam, apa-apa pun saya minta maaf," ujarnya.
Sebelum ini, tular di media sosial aksi mesra di antara Zara dan Syarul Ezani yang dipercayai sebagai mempromosikan sebuah drama bertajuk Hati Tercarik Luka.
Bagaimanapun, aksi tersebut mendapat kecaman hebat netizen ada yang menganggap ia sebagai keterlaluan.
Sumber: mStar