View: 8690|Reply: 12
|
Terbantut Nak Makan Mi Celup Kedai Siam, Kembang Tekak Nampak Pelaris Atas Pintu Kedai
[Copy link]
|
|
Wujud peniaga yang sanggup mengambil jalan pintas melalui penggunaan ilmu hitam untuk beroleh keuntungan segera.
Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita tersentak apabila mendapati kewujudan ukiran aneh di dalam restoran yang disinggahnya, dipercayai azimat bertujuan menarik kunjungan pelanggan ke kedai.
Menurutnya pada ketika itu dia dan suami sedang menjamu selera di sebuah restoran masakan Thailand dipercayai di sekitar Terengganu.
Foto: X
"Aku dan suami waktu kali pertama pergi kedai tu, kami makan mi celup, memang sedap betul. Jadi minggu berikutnya kami pergi semula ke kedai sama.
"Tapi kali ni aku makan sambil duduk menghadap pintu masuk. Tengah asyik menikmati, aku terpandang dekat bahagian atas pintu kedai, ada tulisan ayat-ayat pelik yang dibingkaikan dan digantung.
"Terus terbantut selera aku nampak benda tu, aku terhenti sejenak, kembang tekak fikir apa benda yang aku tengah makan ni. Sempat juga aku snap gambar sebagai bukti.
"Suami aku yang masih tak perasan siap tanya sambil sedap menghirup kuah, awak tak habis makan ke, sini la bagi saya," cerita wanita itu.
Enggan kelihatan panik pada mata tuan kedai dan orang sekeliling, wanita itu segera mengajak suaminya pulang.
"Aku cakap dekat suami dah cukup la tu makan, aku siap beritahu dia jangan banyak tanya, nanti balik baru cerita lebih.
"Aku buat begitu sebab pernah dengar pantang larang cakap kalau jumpa kedai guna pelaris begini. Jangan tegur dekat dalam takut 'benda' tu marah, nanti tak boleh tidur dan badan jadi sejuk-sejuk," katanya.
Gambar Hiasan
Tambah wanita itu lagi, restoran tersebut tidak mempunyai sebarang keistimewaan yang menjadi kelainan dan berasa janggal bagaimana dia boleh tertarik untuk makan di situ pada mulanya.
Antara contoh penggunaan ilmu di sesetengah gedung perniagaan yang diragui di sisi Islam.
"Kedai tu sebenarnya memang tak ramai orang, mungkin kami insan terpilih untuk datang ke situ dan merasa makanan dia yang 'sedap'.
"Sampai sekarang kedai tu masih ada, tapi tak tahu la kalau owner dah turunkan tulisan tu.
"Sejak daripada tu, aku memang sentiasa berwaspada kalau nak masuk ke mana-mana kedai, aku akan tengok dulu sekeliling nak periksa ada tak benda macam tu lagi," ujar wanita tersebut.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, segelintir warga maya menzahirkan rasa gerun kerana mengingati mereka pernah makan di gerai terbabit.
"Restoran ni dekat je dengan universiti aku, pernah makan dekat situ, alamak risau ni.
"Kedai ni biasanya ramai waktu malam je, siang atau petang tak ada sangat orang. Aku pernah pergi sekali, makanan biasa-biasa je. Aku tak rasa setanding harga jadi aku tak pergi dah.
"Benda macam ni kita panggil wafak, tulisan tu ada nama-nama Allah yang dicampur dengan ciri-ciri lain. Ayat al-Quran yang tidak lengkap dan ayat bahasa Arab yang tidak dapat difahami maksudnya," terang warga maya.
Sebagai peringatan amalan pelaris untuk menarik pelanggan adalah termasuk dalam perkara-perkara khurafat dan boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT.
Hal ini dijelaskan secara panjang lebar menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah tajuk amalan pelaris dalam kalangan peniaga. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
scarry ya. baru tau xleh tegur dlm kedai, takut benda tu mrh. psl pelaris ni, ada kwn iols pernah nampak benda tu tgh elok kencing dlm makanan yg sdp org tu hirup. phew! siot betul bila memikir balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Mekdi dan Stabak tak perlu pelaris, kata acik2 boikot. Dorang guna darah ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 21-12-2023 03:32 PM
Mekdi dan Stabak tak perlu pelaris, kata acik2 boikot. Dorang guna darah ja.
Tak lama lagi laris la tu sbb dah ramai dikorbanotkan |
|
|
|
|
|
|
|
Pergi lah lg mkn kedai siam kedai mamak kedai indon
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 21-12-2023 03:32 PM
Mekdi dan Stabak tak perlu pelaris, kata acik2 boikot. Dorang guna darah ja.
Hahahahhahahahhahhaha
Burnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 1 kedai makan melayu, memang sedap. Ajaklaa kawan aku try. Pas makan dia cakap kedai ni guna pelaris. Tapi aku makan je.. Tup2 x lama tutup. Pelaris dah expired kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
ade cerita kt netflix tunjuk benda tu duk menjilat makanan yg dh ready sblm nk dihantar ke customer
lidah panjang kalah gene simmons
|
|
|
|
|
|
|
| |
|