View: 21915|Reply: 6
|
Ujian Yang Datang Bukan Bala Tapi Nikmat - Aniq Suhair
[Copy link]
|
|
Hampir sebulan memencilkan diri, pelakon Aniq Suhair tetap tabah menempuh pelbagai ujian dengan penuh sabar.
Aniq atau Aniq Suhair Mohd Salleh, 23, berkata, setiap ujian atau pun bala dihadapiya disifatkan sebagai satu nikmat dan kelebihan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.
"Mungkin bukan ujian atau bala tetapi adalah nikmat untuk aku kerana lebih mendekatkan aku dengan Tuhan," katanya.
Aniq membuat luahan itu dalam satu hantaran di laman X miliknya pada Khamis.
Luahan itu dipercayai ada kaitan dengan kontroversi berkaitan dia cuba melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selepas didakwa menghamilkan seorang wanita.
Sebelum ini, Aniq dikaitkan melakukan hubungan terlarang sehingga menyebabkan seorang wanita hamil namun menafikan perkara itu.
Wanita tersebut kemudiannya membuat permohonan maaf dan menjelaskan tuduhan dibuat terhadap Aniq adalah fitnah disebabkan menaruh hati terhadapnya.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu, wanita tersebut membuat pusingan 'U' apabila kembali dengan dakwaan baru menuduh dia dimanipulasi aktor terbabit.
Terbaharu, wanita berkenaan nekad menyelesaikan kes tersebut di mahkamah dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Tak tahu kebenaran, so tak sokong sapa²...
Cuma, pernah terjadi, seorang pelajar perempuan tergila²kan seorang guru lelaki, obsess sehingga dia buat laporan polis guru tersebut memperkosanya...
Guru tersebut dahlah belum konfirm sebab baru posting, kena gantung kerja, tak dapat confirm pelantikan, kena bayar peguam nak pertahankan diri...
Begitu besarnya kesan fitnah...
Wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
Yes, fitnah dari perempuan sgt bahaya.
Even kalau die tuduh laki gay raba die pun,
Ttp org akan percaya, and claim nafsu laki ttp ada walaupun die gay.
Cemane ko nk buktikan ko x bersalah dalam hal ni.
But then again, aku x tau the whole REAL story, so no comment on this matter.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ritu baca ss wsap perempuan tu deal dgn lawyer dia ni utk tutup kes perempuan tu akan kata dia saja buat pitnah. Sb si aniq ni jnji nk kawen lepas setel semua. Tp lepas setel si aniq buat dek je. Mau tak merempan .
|
|
|
|
|
|
|
|
no komen. zaman fitnah ni better diam diri. just pertahankan diri guna undang2, balasan Allah kt akhirat nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasa betina ni pitenah |
|
|
|
|
|
|
|
saman lah kalau pitnah. tapi kalau awak terperangkap....belajar dari kesilapan yang sangat mahal ini.
hidup kena pandai. bukan pandai menipu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|