CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14065|Reply: 12

Lori Mengundur Sampai Langgar Gerai Makan Di Keramat

[Copy link]
Post time 22-12-2023 09:34 AM | Show all posts |Read mode
AMPANG JAYA – Polis masih belum menerima sebarang laporan berkaitan video tular memaparkan sebuah lori mengundur sehingga terlanggar sebuah gerai jualan makanan di sebuah stesen minyak di AU2, Keramat.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, video tersebut dikesan tular di media sosial kira-kira pukul 6 petang.










“Rakaman video tersebut memaparkan sebuah lori di pekarangan stesen minyak AU2, Keramat mengundur sehingga terlanggar khemah gerai jualan makanan yang terletak di tepi Jalan 2a/16, Keramat.


“Sehingga kini, pihak polis belum menerima apa-apa laporan daripada pemandu lori tersebut mahu pun peniaga yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.







Tambah Mohd. Azam, pihak yang terlibat atau saksi kejadian diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.


“Atau hubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-92740112,” ujarnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sendri pon nega main pacak ja khemah.
Lesen mnjaja pn silap² tadak
Mana maunya nk repot
Palat darat senyum sinis jahh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat kuih muih tu
Banyak bekas juga ye yang jatuh

Apalah dosamu wahai kuih
Sabar tauuu kuih
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 09:58 AM | Show all posts
gerai2 tu lesen/permit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 10:37 AM | Show all posts
sebab tu la pbt tak bagi pacak tepi jalan..
bila ada kes macam ni, sendiri melalak salahkan kenderaan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
dah biasa bawak lori pun masih tak tahu nk mengundur  sampai langgar gerai org

Masa amik lesen pas ke tak tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2023 02:30 PM | Show all posts
boleh tak jgn pacak kemah niaga tepi jalan.. pasal kemah kemah nilah yg sebabkan salan sesak
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
zmn pkp ramai xde keje dah byk bukak gerai tepi jln. ada yg siap simen jd kdai kecik letak mrja krusi mkn skali kat tepi jln, i is seriau kalo ada yg lepak makan situ terutama bw anak2 kecik. risau mcm ni la, bahayanya lahai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 03:13 PM | Show all posts
Gerai kuih plak dipersalahkan. Lori reverse takde brake sorang tak pedulik. Kalau dah kena lenyek org baru la carik salah lori
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 22-12-2023 09:58 AM
gerai2 tu lesen/permit ke?

Lesen columbia kot huhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:06 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 03:58 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.297416 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list