View: 13915|Reply: 12
|
Main Urut-Urut Depan Keluarga, Suami Tergamak Curang Dengan Ibu Mentua Sendiri
[Copy link]
|
|
BOISE, IDAHO – Seorang wanita di negeri Idaho mendedahkan kisah hidupnya yang dikhianati ibu kandung sendiri apabila si ibu menjalin hubungan sulit bersama suaminya.
Daily Express melaporkan, anita dikenali sebagai Katherine itu menerusi pendedahan di platform TikTok berkata, dia sukar mempercayai bahawa dua individu yang paling dipercayai itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Katherine, Foto: Tiktok
Menurut Katherine, semuanya bermula apabila suami mengurut kaki ibunya di hadapan dia sendiri.
“Dua hari sebelum sambutan Hari Kekasih, dia (kini bekas suami) memberikan bunga kepada saya dan ibu,” katanya.
Dalam satu kejadian, ibu kepada dua anak itu berkata, pasangan tersebut pernah memberitahu bahawa mereka akan berkahwin sekiranya Katherine dan bapanya meninggal dnia.
“Mengapa saya tidak berkata apa-apa ketika itu? Ia kerana saya enggan menerima kenyataan bahawa dua individu yang saya paling percaya di dunia ini sanggup mengkhianati kepercayaan yang saya berikan,” ujarnya.
Tambahnya, tindak-tanduk ibu dan suaminya semakin mencurigakan sehinggakan ahli keluarga mereka yang lain turut menyuarakan kebimbangan serupa.
Akhirnya, selepas saudara perempuan Katherine menyaksikan sendiri ibu dan suaminya berkelakuan tidak senonoh di rumah mereka, wanita tersebut memberanikan diri meminta penjelasan.
“Suami mengaku bahawa mereka menjalin hubungan sulit. Dia menceritakan setiap butiran kelakuan mereka. Dia juga menuduh saya adalah isteri dan ibu yang teruk serta kelihatan berbangga sekali,” katanya.
Katherine akhirnya membuat keputusan untuk berpisah dengan suaminya dan sehingga kini, dia tidak pernah bertemu dengan ibunya selama dua tahun.
Hubungan pasangan kekasih itu juga dikatakan sudah berakhir. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
M1LF is real. So is anak ikan.
Jangan biarkan hidup anda dalam denial.
You just have to face it - A&W
|
|
|
|
|
|
|
|
kisah rumah tangga lagi.... tapi versi obersi |
|
|
|
|
|
|
|
Jap, isu semasa kah inneh?
Takt story TikTok lak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Macam lembu kena cucuk hidung ke masa diorang bgtau yg diorg akan kahwin lepas kau mati. |
|
|
|
|
|
|
|
Mindanao Islamic Liberation Front |
|
|
|
|
|
|
|
Apa rupa mak dan somi dia? |
|
|
|
|
|
|
|
The betrayal tu yg paling sakit.....lagi2 dgn org terdekat Dan percaya.. apalah yg laki tu nampak kat mentua dia tu sampai tergoda... Huuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|