View: 9038|Reply: 15
|
Pasangan Kekasih Di JB Bagi Anak Usia Setahun Makan Dadah
[Copy link]
|
|
ISKANDAR PUTERI – Sepasang kekasih ditahan polis, selepas didapati memberikan dadah kepada anak kandung mereka, seorang bayi lelaki yang baharu berusia 1 tahun 4 bulan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pasangan yang berusia 34 dan 31 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
Menurut beliau, kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan kini ditahan kerana gagal membayar jaminan sebanyak RM6,000 yang ditetapkan.
Gambar Hiasan
“Polis menerima laporan daripada seorang doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap bayi tersebut, apabila mendapati bayi itu positif dadah pada 12 Disember lalu.
“Sehubungan itu, ibu bayi berkenaan telah ditahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala pasangannya ditahan di Jalan Salleh, di bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tambah Rahmat, pemeriksaan ujian air kencing yang dibuat ke atas pasangan itu juga mendapati kedua-duanya turut positif penyalahgunaan dadah.
“Kes ini akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 23 Januari depan,” jelasnya lanjut. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Cilaka pny manusia
Helol direjam sampai mampus
Kesian kt budak tuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 22-12-2023 06:05 AM
Otak dah tak betul?
Mungkin nak budak tu mati cepat kecut otak supaya tak perlu jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa I rasa theyols sengaja nak bunuh. Mungkin theyols anggap baby ni as a burden. |
|
|
|
|
|
|
|
Subur pulak manusia2 puaka tak layak jadi makbapak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti yg
" tiada ibubapa yg tak sayangkn anaknya"
adalah satu penipuan |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 22-12-2023 02:21 PM
Subur pulak manusia2 puaka tak layak jadi makbapak ni
Betul tu...banyak kes2 gini & yg lum nikah pun laju je senang nak beranak
Kesian kapel yg dah bernikah elok2, sukar nak mengandung.
Harap2 baby nie takde kecederaan dalaman akibat dadah nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa apa tu? Maaf la Tanya bangsa sbb dkt msia ni apa2 bnd semuanya akan berasaskan bangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya...harap tak memudaratkan tumbesaran baby.
|
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 22-12-2023 02:15 PM
Kenapa I rasa theyols sengaja nak bunuh. Mungkin theyols anggap baby ni as a burden.
kalo nk bunuh pon..'lepas jer budak tu merayau'....kena langgar lori..xsiden...mak bapak cuai...selesai.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-12-2023 02:12 PM
Mungkin nak budak tu mati cepat kecut otak supaya tak perlu jaga.
"kita bg nestum la kaka"-mak,pak tgh lalok |
|
|
|
|
|
|
| |
|