CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7568|Reply: 13

[Tempatan] Polis sahkan gelandangan wanita maut gantung diri di stesen LRT 3 Sri Andalas

[Copy link]
Post time 23-12-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Polis sahkan gelandangan wanita maut gantung diri di stesen LRT 3 Sri Andalas


Seorang wanita gelandangan ditemui maut dalam keadaan tergantung di kawasan stesen LRT 3 Sri Andalas, Klang.



SEORANG gelandangan wanita ditemui maut dalam keadaan tergantung di kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Andalas, Klang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 53 tahun pada pukul 6.10 pagi.

Siasatan mendapati saksi yang merupakan pengawal keselamatan telah membuat rondaan di kawasan tersebut sebelum menemui seorang perempuan di laluan pejalan kaki dalam keadaan mengantung diri.

“Pihak ambulans telah tiba di lokasi dan mengesahkan kematian wanita terbabit.

“Siasatan mendapati wanita terbabit telah menggunakan kain tudung untuk mengikat lehernya lalu mengantung diri di besi bumbung pejalan kaki,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, wanita warga tempatan berusia 47 tahun itu tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap.

Katanya lagi, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan pegawai perubatan forensik mengesahkan punca kematian adalah disebabkan gantung diri selain tiada kecederaan lain.

Hoong Fong berkata, setakat ini polis mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan satu kertas siasatan mati mengejut telah dibuka.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan.

Sumber:https://utusantv.com/2023/12/22/ ... -lrt-3-sri-andalas/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah tmpt itu akan angker lepaih ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hilang arah.....rasa penat nk hidup....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-12-2023 12:05 PM
Adakah tmpt itu akan angker lepaih ni?

Sana sini abeh suma tempat org mati eksideng/bunuh diri angker
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 23-12-2023 12:24 PM
Sana sini abeh suma tempat org mati eksideng/bunuh diri angker

Mmg angker.. kita antara yg voley nampak atopon tak..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Agaknya dah penat hidup susah. Tak jumpa Jalan kluar akhirnya mati jadi pilihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2023 01:26 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-12-2023 12:05 PM
Adakah tmpt itu akan angker lepaih ni?






Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya. Takde keluarga la ni agknya. Sedihla tiap kali baca org bunuh diri ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt X td ada org rekod vid gmbar x blur!!!! Lahanat lh yg tukang rekod n sebarkn vid tu!! Semoga kesempitan hdup lh nk minta maaf pn x tau nk mintak maaf kt siapa kann… batak merekod
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
roh dia xtenang nanti kacau org naik lrt
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 23-12-2023 01:26 PM

Telekung kaler putih la bambuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga tempatan umur 47 gantung diri guna tudung.

Kesiannya. Apa agaknya masalah sampai sanggup bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye. Perempuan, hidup jadi gelandangan. Dah jalan buntu agaknye. Sebatang kara, tiada tempat mengadu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia rasa dah hilang harapan dlm hidupnya.. tapi dia still pakai telekung tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.066502 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list