View: 10786|Reply: 8
|
Doktor Tumbuk Nenek 82 Tahun Ketika Pembedahan Mata Kerana Tak Duduk Diam
[Copy link]
|
|
Pihak berkuasa China sedang menyiasat sebuah hospital susulan berlakunya insiden seorang pakar bedahnya yang didakwa menumbuk pesakit ketika sedang melakukan pembedahan.
Kejadian itu dirakam dalam klip yang tular di media sosial China baru-baru ini sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
Gambar hiasan
Menerusi video itu, seorang pakar bedah dilihat menumbuk kepala pesakit sekurang-kurangnya tiga kali semasa sedang melakukan pembedahan mata.
Aier China, yang mengendalikan rangkaian hospital mata berkata, kejadian itu berlaku semasa satu operasi pembedahan di hospitalnya di Guigang, sebuah bandar di barat daya China.
Pesakit adalah seorang wanita berusia 82 tahun dan didapati menghadapi isu ekoran bius yang diberikan, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.
Situasi itu menyebabkan pesakit menggerakkan kepala dan bola matanya beberapa kali.
Kumpulan induk hospital terbabit, Aier China, dilapor sudah menggantung perkhidmatan pakar bedah terlibat dan memecat ketua pegawai eksekutif hospital.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tak samggup tengok video. China ni, dari yang paling baik ke paling syaitan punya perangai, suma hada. |
|
|
|
|
|
|
|
kut ye pn kau tak kan la sampai menumbuk nenek tu
padan muka kau kena gantung....
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ada ampun.. pegawai eksekutif pun kena bertanggungjawab sama, mesti menyumpah-nyumpah dia dengan doc tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm doc tu terkejut dgr suara nenek tu pastu terus tumbuk
Sian nenek |
|
|
|
|
|
|
|
kalau i jadi doktor tu pesakit usia warga emas i mmg tak ambik. |
|
|
|
|
|
|
|
xsanggupla nk tgk video2 ginih |
|
|
|
|
|
|
| |
|