CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26920|Reply: 7

[Dunia] Beronani, meraba payudara Vin Diesel terpalit skandal serangan seksual

[Copy link]
Post time 23-12-2023 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 24-12-2023 03:57 AM

LOS ANGELES: Bintang filem aksi Hollywood, Vin Diesel dituduh melakukan serangan seksual terhadap pembantunya, Asta Jonasson di sebuah bilik hotel di Atlanta lebih sedekad lalu, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan semalam.

Saman itu adalah tuntutan terbaharu akan dikemukakan kepada mahkamah di California, di sini, yang telah memanjangkan tempoh masa di mana tindakan undang-undang boleh diambil dalam kes dakwaan jenayah seksual.

Jonasson berkata tugas pertamanya selepas diupah oleh syarikat bintang filem 'Fast and Furious' itu adalah untuk pergi ke Atlanta pada September 2010 ketika penggambaran filem Fast Five.

Di sana, dia ditugaskan membantu Diesel untuk meninggalkan sebuah hotel pada awal pagi, sebelum paparazzi sedar mengenai kehadirannya.

Beliau mendakwa selebriti itu didakwa melayan ramai wanita dalam sebuah bilik di hotel terbabit.

"Ketika berada di bilik hotel bersama, Vin Diesel melakukan serangan seksual terhadap Jonasson. Vin Diesel secara paksa meraba payudara dan menciumnya. Jonasson terus bergelut untuk melepaskan diri sambil berulang kali berkata tidak.

"Vin Diesel kemudian terus menyerang dengan lebih rakus," menurut kenyataan dalam tuntutan saman itu.

Saman itu menyatakan Jonasson melarikan diri ke bilik mandi, di mana Diesel mengejar dan memaksa untuk menyentuhnya. Dia kemudian menghimpitnya ke dinding dan melakukan onani.

Keesokan harinya, kakak kepada pelakon itu, Samantha Vincent dan presiden One Race, syarikat hiburan yang melantik Jonasson, didakwa menelefon dan memecatnya.

"Mesej itu jelas. Jonasson dipecat kerana berani melawan serangan seksual Vin Diesel. Vin Diesel akan dilindungi dan serangan seksualnya ditutup," kata tuntutan saman itu.

Saman sivil itu menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan terhadap Diesel, Vincent dan syarikat mereka.

Setakat ini, AFP memaklumkan, usaha untuk mendapatkan reaksi wakil Diesel masih belum berhasil.

Jonasson mengetepikan hak supaya identitinya tidak didedahkan, yang lazimnya diberikan kepada mangsa yang didakwa terbabit dalam kes penderaan seksual.

Pergerakan #MeToo yang berperanan menentang penderaan dan gangguan seksual secara global menyaksikan lelaki berpengaruh dalam dunia hiburan dihukum atas dakwaan jenayah sedemikian.

Ia bermula dengan dakwaan terhadap penerbit filem Hollywood, Harvey Weinstein yang didakwa melakukan jenayah dari gangguan seksual hingga kepada serangan dan rogol sejak sedekad lalu terhadap hampir 100 wanita termasuk bintang ternama seperti Ashley Judd, Rosanna Arquette dan Rose McGowan.

Susulan itu, Hakim Mahkamah Jenayah New York, James Burke, menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun ke atas mogul Hollywood terbabit.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2023 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh tazangka mamat ni pun terpalit.. ingatkan bersih.. ka iols tak slalu masuk bodgos?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh musnah terus kerjaya dia klu jatuh salah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
pergh kau abg botak
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu dulu the rock mmg x suke dgn attitude heols yg lagak divo…rugi nye jonasson tolak rezeki ye…kalo iolss benam simpan buat ank noks…DNA test lepas tu…
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
pdm muke.. die pn sokong israel kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2023 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu duk keje hotel bdua..bwaala tazer sekali..karen ke kt totei dia...selesai masalah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2023 09:36 AM | Show all posts
dia ni selalu juga terbaca kebajikan yang dia buat spt derma dan sebagainya... cuma memang ada masa dalam kehidupan yang kita jadi weak dengan suatu situais... dalam kes ini seorang lelaki hilang control terhadap pesona seorang perempuan.. . tetapi kes ini masih dlm siasatan


Actor Van Diesel broke up with his partner for 3 years, but when they separated, he did not take her out of his house, he was afraid that she would live in a lower level, so he left her the matrimonial home and went to live near her.

Not only this, but he was sent weekly bills for her and her daughter, as well as paying all the monthly internet, phone and electricity bills, and completely refusing any media to interfere or publish anything about their separation.

After 6 years, his partner had an accident while returning from a shopping trip and he had a photo session, and the moment the news reached him, he stopped the photography and flew to the hospital, stood by her side and donated his blood to her, she needed blood and when his partner recovered, they got back together. ????

- Bottom line: Either we live together in love with pure and humble hearts, or we separate, but love and respect remain between us, and we keep our precious memories together and respect each other no matter what happens .. To understand what true love is and human sacrifice is.

Ethnicity is a mystery

Though the actor knows his mother’s ethnicity, — of English, German, Irish and Scottish ancestry — Diesel never knew his father, nor his father’s heritage and background. “I am truly multi-racial,” he said, according to IMDB. “I never knew my biological father. I’ve always had less information than I would have liked to have had. All I know from my mother is that I have connections to many different cultures.”




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065454 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list