View: 9594|Reply: 67
|
Sabtu Pun Kerja, Maghrib Baru Balik! Suami Pelik Baca Mesej 'Lega Dah Period' Isteri Hantar Kepada Cleaner Sekolah
[Copy link]
|
|
Seorang suami dapat melihat perubahan ketara sejak isterinya berkhidmat di sektor awam dua tahun lalu.
Menurutnya, mereka sudah bergelar suami isteri selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata dengan keadaan semuanya baik di awal perkahwinan.
“Sampailah isteri masuk kerja kerajaan dua tahun lepas. Isteri macam berubah, selalu dengan telefon. Password (kata laluan) pun tukar saya tak tahu,” luahnya di grup Facebook.
Gambar Hiasan
Katanya lagi, kebanyakan kerja rumah diuruskan olehnya sendiri kerana memahami kesibukan isteri yang sering bertugas pada hujung minggu.
“Kerja rumah, basuh baju sampai ke keringkan memang saya yang uruskan. Makan luar setiap hari sebab dua-dua bekerja jadi faham isteri penat.
“Isteri asyik tengok telefon dia. Kadang-kadang hari Sabtu dia cakap dia ada kerja di sekolah dan terpaksa pergi. Hampir Maghrib baru balik. Saya yang jaga anak semua,” ujarnya.
Mula berasa curiga dengan perubahan isteri, dia nekad untuk menyiasat dengan membuka telefon isteri, atas bantuan anaknya.
“Anak saya yang pandai tengok mak dia waktu taip password dan tunjukkan pada saya. Anak unlock sebab dia tahu. Saya baca WhatsApp isteri dengan kawan-kawan sepejabat.
“Nampak macam biasa, tak ada apa pun. Cuma yang seorang ni dia save nombor sebagai cleaner sekolah,” ujarnya.
Apa yang membuatkan dia terkejut apabila terbaca satu mesej yang dihantar oleh isterinya sehingga menimbulkan tanda-tanya.
“Isteri ada mesej macam ni ‘Alhamdulillah dah period (datang bulan). Nasib baik’.. Si lelaki pula balas emoticon ibu jari je dengan emoticon senyum.
“Mesej-mesej lain saya tak dapat baca sebab dah dipadam. Cuma mesej tu yang terbaharu,” tambahnya.
Lelaki itu turut mendedahkan sebenarnya dia dan isteri sudah lama tidak melakukan hubungan intim atas pelbagai alasan seperti penat, datang bulan dan tiada mood.
Mengimbas kembali, kali terakhir mereka ‘bersama’ adalah lima bulan lalu, tetapi tidak berpanjangan kerana isterinya mahu tidur.
Justeru, timbul persoalan bagaimana isterinya begitu berani bermesej dengan lelaki lain memaklumkan dirinya lega kerana datang bulan.
“Sedangkan isteri langsung tak pernah cakap macam tu dengan saya. Apa maknanya? Saya tak nak fikir bukan-bukan sebab tiada bukti,” ujarnya dengan nada kesal.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan suami itu dengan memberi gambaran isterinya sudah terlanjur dengan lelaki lain.
“Si isteri tu macam dah terlanjur ye. Sebelum apa-apa tindakan, siasat dulu. Jangan buat tindakan melulu.
“Aduhai sedihnya. Isteri awak curang la tu bang.
“Kata kunci ‘Alhamdulillah dah period, nasib baik’... makan dalam tu. Luluh hati seorang suami,” komen netizen.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Astaghfirullah al azimm.. iols nak husnuzon pun susahhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Haha ada ke org buat maksiat selit sekali perkataan Alhamdulillah?
Entah2 dia berterima kasih sbb “cleaner” tu hadiahkan kotex. Now period, boleh la sheol guna kotex tu |
|
|
|
|
|
|
|
semoga tabah menhadapi gelora rumahtangga |
|
|
|
|
|
|
|
biasa cleaner kat sekolah ni pompuan je... mungkin pakcik jaga atau pakcik tukang kebun kot paku bini dia |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila masalah rumah tangga jd current issue hanat? |
|
|
|
|
|
|
|
byk je cerita2 seram disebalik tabir, jadikan lah teladan mana yg baik buruk jadikan sempadan ye acik2. |
|
|
|
|
|
|
|
Install shj [hone tracker apps.
Buat tampa dia sedar.
Bila dia keluar boleh monitor ke mana dia pergi dan boleh cek |
|
|
|
|
|
|
|
ada ek somi isteri xtdo sama berbulan bulan..thats why bini tdo ngn pakcik cleaner..btw mmana ada cleaner laki kn..le tkg kebun..nth nth cikgu jgk tu..
ni mesti cikgu one off aritu |
|
|
|
|
|
|
|
ke mmg ada masalah peyed x kuar...ada yang jenis entahlah ..tak berani or malu cete kat laki hal2 dalaman ni... ada yg selesa ckp ngan kawan ..... nampak tak husnuzon tak akuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya letak cleaner as contact tu tipu je supaya org tak perasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Klo aku..amik no cleaner tu. Buat2 terslh call ke. Xkn nk berbaik sgka lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Cmne tau 'cleaner' tu laki - ada gmbar DP whatsapp ke. Ntah2 makcik cleaner betul, tukang urut ke. Dok urut2 biar period lancar ke teratur ke. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 27-12-2023 06:08 PM
Uols tak ingat ke pekerja KKM (disyaki laki dan bini orang) yang kongkek dalam bilik bedah ka peja ...
Lepas klimaks si laki tu ke sebut Allahuakhbar
Allahu pelik2 betul |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 27-12-2023 10:18 AM
Lepas klimaks si laki tu ke sebut Allahuakhbar
Allahu pelik2 betul
Iya. Rasanya spontan dah biasa buat gitu dengan wife soooooo.... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 27-12-2023 06:08 PM
Uols tak ingat ke pekerja KKM (disyaki laki dan bini orang) yang kongkek dalam bilik bedah ka peja ...
Oo video tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri cikgu ker tue. |
|
|
|
|
|
|
| |
|