View: 15326|Reply: 12
|
Bekalan Air Dan Elektrik Terputus, Tiga Beranak Nekad Tak Nak Pindah Walau Banjir Di Paras Bahaya
[Copy link]
|
|
Rantau Panjang: Tiga beranak dari Kampung Siram, di sini, enggan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meskipun paras banjir di kediamannya sudah melebihi 0.5 meter selain bekalan air dan elektrik turut terputus.
Mangsa banjir, Fadillah Mohd Nor, 44, berkata, dia tinggal di rumahnya bersama anak serta kakak, Sabariah Yaacob, 57.
Fadillah berkata, banjir mula menenggelami kampung itu petang semalam.
Foto: Harian Metro
"Bagaimanapun saya enggan berpindah kerana bimbang pintu rumah saya pecah akibat arus deras selain segala barangan jualan di dalam kedai dicuri.
"Saya berniaga kedai runcit dan kedai makan. Sudah tentu banyak barang disimpan di dalam rumah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sekiranya pintu kedai pecah.
"Bagi mengelakkan pintu kedai pecah akibat arus deras, saya membuat penghadang menggunakan daun kelapa dan botol," katanya tadi.
Menurutnya, walaupun rumahnya ditenggelami banjir namun sebahagian rumahnya masih boleh digunakan untuk mereka tidur.
"Memang takut kerana bekalan elektrik dan air sudah terputus sejak dua hari lalu dan keadaan malam sangat sunyi. Namun saya terpaksa cekalkan diri dan berharap banjir cepat pulih," katanya.
Sabariah berkata, selain dia sekeluarga, ada beberapa penduduk yang turut berada di rumah masing-masing kerana bimbang barangan rumah dicuri.
"ernah berlaku kedai runcit di sini dipecah masuk kerana tuan kedai berpindah ke PPS, disebabkan itu saya takut untuk meninggalkan rumah walaupun banjir berlaku.
"aras banjir naik mendadak tengah malam kelmarin susulan benteng projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok pecah," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Mokcikkk. Kalau org nak redah pintu tu utk mencuri, dia mencuri juga mokcik oiii.
Lainlah mokcik ni sebenarnya Incredible Hulk.
Pencuri gerun nak masuk. Mokcik larat ka fight depa, dahla semua senja2 umur.
Kang air makin naik, hanyut kang. Reta hilang, dgn Mokcik2 hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Nape tk nak pindah makcik oii.
Boleh ke survive?
Nak tdo? Makan ? |
|
|
|
|
|
|
|
akies: Nape tk nak pindah makcik oii.Boleh ke survive?Nak tdo? Makan ?
mkanan dia cukup la tu kot utk tampung sehingga settle banjir kan dia kata dia bisnesss
tabah la makcik ni agaknya dah ada plan A
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko punya pasal la makcik. Lepas ni jangan melolong mintak tolong pulak kalo air naik tinggi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Moga xada kejadian buruk berlaku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Makcik |
|
|
|
|
|
|
|
ikut macik la
cuma bila da tahap bahaya jgn minta org lain selamatkan pula sbb membahayakan org lain pula sbb semata2 nak selamatkan macik.
moga macik selamat saja |
|
|
|
|
|
|
|
Labu? ade jgk mak cik jual........
|
|
|
|
|
|
|
| |
|