|
Pelakon Ikmal Amry tidak suka bercakap mengenai hal rumah tangga orang lain kerana bimbang jika terpalit pada diri sendiri.
Kata Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 29, setiap manusia ada ujian hidup masing-masing dan tuhan tidak akan menguji melebihi kemampuan seseorang.
“Pertamanya saya tak suka cakap fasal orang, sebab kita ada masalah masing-masing yang perlu dilalui.
"Saya tak suka baca komen mengata orang lain macam kita ni dah cukup sempurna.
"Setiap manusia itu akan diuji dan ujian itu mampu untk dilalui oleh seseorang, jadi kita tiada hak untuk cakap fasal orang lagi-lagi berkaitan rumah tangga," katanya kepada mstar.
Dalam pada itu, Ikmal akui isterinya sentiasa tahu gerak gerinya dalam industri termasuk peminat wanita yang mesej untuk berkenalan.
Sumber: mStar |
|