Disebabkan minta itu timbul idea menghasilkan lagu duet bersama Zara namun tidak berhasrat mempertandingkan single berkenaan dalam mana-mana pertandingan termasuk Anugerah Juara Lagu (AJL).
"Saya tak terfikir pun sampai AJL, kami cuma rakamkan lagu ini untuk suka-suka. Kelas vokal pun saya tak pergi.
"Lagu pun digubah dalam masa singkat oleh komposernya iaitu Yuka Kharisma mengikut kesesuaian vokal kami berdua.
"
erancangan menghasilkan muzik video pun dirancang dalam tempoh singkat termasuklah baju, set penggambaran dan sebagainya. Jumlah keseluruhan untuk single ini RM60,000," jelasnya.
Dalam pada itu, Alha berkata, dia sedia menerima kecaman dan menanggap ia sebagai satu lumrah terutama bila berada di dalam industri hiburan.
“Sekarang ini kecaman itu satu kebiasaan. Datuk Seri Siti Nurhaliza pun kena kecam, apa lagi saya. Tak apalah, kita tidak cuba, tidak tahu.
“Saya ini pula suka cabar diri dan buat sesuatu di luar kotak,” katanya.
Sumber: mStar