View: 5427|Reply: 3
|
Al-Fatihah buat semua....Gugurnya permata seni negara
[Copy link]
|
|
Gugurnya permata seni negara
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/RIPx_1703803805.jpg)
SELEBRITI pelbagai peringkat usia meninggal dunia selepas sekian lama melawan penyakit mereka.
Ajal dan maut ketentuan Allah SWT. Ia tidak lewat atau cepat walau sesaat. Apabila sudah tiba masanya, maka pergilah kita menghadap Ilahi.
Tahun 2023 menyaksikan beberapa selebriti tanah air meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Datin Paduka Julie Sudiro
Penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro, 80, yang dianggap diva dalam muzik keroncong dan jazz meninggal dunia pada usia 80 tahun akibat komplikasi paru-paru pada jam 9.30 malam, 4 Februari lalu.
Anak bongsunya, Jose Irmanto Sudiro Soliano, 45, berkata, kesihatan Julie sebelum ini semakin stabil selepas dimasukkan ke hospital, namun keadaan mula menjadi kritikal kerana paras oksigen menurun.
Mael XPDC
Penyanyi kumpulan XPDC, Mael, 55, menghembuskan nafas terakhir pada 27 April lalu ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor akibat sesak nafas pada jam 8.41 malam.
Berita pemergian Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.
Ridzuan Hashim
Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster, Ridzuan Hashim, 62, disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi Instagram pada 4 Mei lalu.
Menurut Didie, Ridzuan memang menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu, namun perkara itu hanya diketahui dirinya, anak-anak serta teman rapat saja.
Anak saudaranya yang juga pelakon, Iman Zulkarnain, juga memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir secara mengejut ketika sedang bersarapan di kediamannya.
Wahid Satay
Industri hiburan tanah air sekali lagi dikejutkan dengan berita pemergian bintang veteran, Wahid Satay yang meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 93 tahun pada 22 Mei lalu.
Wahid disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pagi di kediamannya di Singapura.
Menurut cucunya, Mahirah Mohd Yasin, Allahyarham mempunyai sejarah penyakit kencing manis semasa hayatnya, malah pernah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan di jari kakinya dan disahkan doktor mengalami serangan jantung ringan ketika itu.
Rohana Jalil
Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak April akibat kebocoran usus menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.33 malam, 21 Jun lalu.
Beliau dimaklumkan meninggal dunia di sisi suami, Jahangir Khan, anak-anak dan ahli keluarga terdekat.
Bad Indigo
Penyanyi, Bad Indigo, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kerjanya iaitu di bengkel kenderaan di Ampang, pada 26 Oktober lalu kira-kira jam 7 malam.
Menurut rakan sekerjanya, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah dikatakan mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.
Sebelum ini, Bad yang menghidap kencing manis pernah menjalani pembedahan membuang jari kakinya tahun lalu.
Badrul Muhayat
Pelakon popular era 1990-an ini meninggal dunia ketika dalam tidur di Pulau Pinang pada 28 Oktober lalu.
Badrul dikatakan tidak mengalami sebarang penyakit serius dan berada di Pulau Pinang bagi menyertai sebuah karnival sebelum didapati tidak sedarkan diri ketika dikejutkan isterinya, Norhayati Zulkapli.
Tia Jinbara
Bekas penyanyi kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakhtiar Zakaria, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.17 di Hospital Shah Alam (HSA) akibat masalah kanser hati pada 8 November lalu.
Terdahulu, penyanyi berusia 53 tahun itu disahkan menghidap barah hati dan menerima rawatan di HSA selepas mengalami sakit perut kronik serta sesak nafas.
Suhaimi Saad
Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team ini meninggal dunia pada jam 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru pada 15 November lalu.
Khabar duka berkenaan kematian Suhaimi yang juga suami penyanyi, Ina Naim dikongsikan anggota In-Team, Hazamin di Instagram.
Ibnor Riza
Penyanyi era 80-an ini disahkan meninggal dunia pada jam 3.30 petang di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17 Disember lalu.
Ibnor sebelum itu kritikal selepas menjalani pembedahan membuang air pada kanan kepala akibat kanser limfoma tahap empat yang merebak ke bahagian otak.
Sebelumnya, Allahyarham pernah berkongsi derita yang dilaluinya akibat kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.
Datuk M Daud Kilau
Penyanyi veteran bergelar Raja Gelek Malaysia ini meninggal dunia pada usia 85 tahun di Hospital Teluk Intan, Perak, jam 4.40 petang pada 18 Disember lalu.
Menerusi temubual sebelum ini, Allahyarham mengakui tidak sihat, kebas kaki dan tangan, namun menganggap ia sekadar sakit orang tua.
Pernah juga tular mesej mengatakan penyanyi lagu Cek Mek Molek ini meninggal dunia pada Julai lalu namun segera dinafikan pihaknya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... permata-seni-negara
|
|
|
|
|
|
|
|
Alfatihah untuk mereka yg telah pergi |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah, salam takziah buat semua.. Tahun 2023 memang ramai kehilangan, iols pun tahun ni kehilangan arwah ayah ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
Semoga diampunkan dosanya, dilapangkan kuburnya, diterangkan kuburnya, masukkan dia kedalam SyurgaMu, dan diletakkan dikalangan orang2 beriman
Sesungguhnya rindu yg paling sakit adalah rindu pada orang yg telah tiada ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Semua akibat isu kesihatan kecuali Badrul Muhayat yang meninggal dalam tidur. Al-Fatihah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|