CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35673|Reply: 4

'Nak berjalan pun kaki dah tak kuat' - Mak Jah

[Copy link]
Post time 30-12-2023 04:02 PM | Show all posts |Read mode
'Nak berjalan pun kaki dah tak kuat' - Mak Jah


Pelakon veteran Maimunah Ahmad atau Mak Jah. FOTO File NSTP



Kuala Lumpur : Pelakon veteran, Mak Jah, 75, mendedahkan dia pernah terlantar kerana tidak boleh berjalan selama tiga bulan sebelum ini disebabkan penyakit radang tulang dan radang saraf yang sudah lama dihidapinya.

Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad dihubungi berkata, kini dia masih dalam proses rawatan penyakit radang itu yang memerlukan rehat panjang, sekali gus terpaksa menolak tawaran berlakon yang datang.

"Alhamdulillah, sekarang saya masih dalam proses rawatan dan pemulihan daripada penyakit radang tulang dan saraf yang dihidapi sudah lama, namun sakit teruk sampai tidak boleh berjalan selama tiga bulan.

"Jadi, memang dah lama juga saya tak berlakon kerana faktor kesihatan diri. Tawaran berlakon masih ada diterima, tetapi saya terpaksa tolak saja semuanya kerana tidak mahu susahkan pekerja produksi.

"Saya sekarang ini nak berjalan pun kaki dah tak kuat, itu yang perlukan kerusi roda untuk bantu bergerak. Apa lagi, memandu kereta memang dah tak boleh dah. Nanti kalau saya terima tawaran berlakon itu, dibimbangi menyusahkan dan menambah kerja orang lain pula.


"Maka, saya buat keputusan biarlah sekarang ini saya merawat diri sampai betul-betul pulih dulu dan yakin rezeki Allah itu sentiasa ada," katanya bersyukur duit sumbangan ramai diterima memang digunakan sepenuhnya untuk rawatan kesihatan diri.

Berbicara juga mengenai wang bulanan RM500 yang disumbangkan pelakon Datuk Rosyam Nor kepadanya, ibu tiga anak ini berkata, dia ingatkan usahawan pasar raya itu sekadar bergurau dengannya selepas bertanya mengenai tawaran berlakon.

"Beliau (Rosyam) mulanya menghubungi saya beberapa bulan lalu untuk bertanya khabar selepas mengetahui saya kurang sihat dan memang dah lama tidak berlakon. Beliau tanya saya, ada 'job' berlakon lagi tak? Sebab dah lama tidak ke lokasi.

"Saya kata padanya, tawaran berlakon masih ada diterima lagi, cuma, saya tak dapat nak buat sebab tak sihat, kaki pun tak kuat untuk berjalan kerana sakit radang tulang dan radang saraf dihidapi.

"Jadi, beliau kata nanti saya masukkan duit RM500 bulan-bulan untuk belanja. Saya okay kan saja apabila ada rezeki yang orang nak beri sebab memang dah lama pun tak berlakon. Tapi, saya mulanya ingat beliau mungkin bergurau," katanya.

Mak Jah yang turut menjalani pembedahan membuang katarak mata sebelah kanan berkata, dia hanya mampu bersyukur, berdoa dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan semua pihak yang sudi membantunya.

Tidak hanya bantuan kewangan, baru-baru ini Rosyam juga menghadiahkan kerusi roda elektrik kepada Mak Jah yang tidak memerlukan dia menolak tayar untuk bergerak.

Sudah empat tahun pelakon tidak aktif berlakon, pada 2016, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas menghidap kanser rahim tahap pertama, namun disahkan bebas daripada penyakit itu pada April 2019.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ah-tak-kuat-mak-jah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan. Baiknya Rosyam siap bagi kerusi roda lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua sangat utk bekerja..anak2 sepatutnya dh suruh mak tu berehat dan fokus pd amal ibadah. T
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 05:26 PM | Show all posts
Mak Wan contohilah Mal Jah tak pyh nak merentan2 auto org tolong klu dalam kesusahan
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
soulmatte replied at 30-12-2023 04:21 PM
Dah tua sangat utk bekerja..anak2 sepatutnya dh suruh mak tu berehat dan fokus pd amal ibadah. T

zaman skrg kan, dh kira syukur la anak2 tak balik minta duit dari ibu ayah yg dh tua, nk harap mereka bagi duit belanja bulanan mmg payah sbb tu kita tgk sekrg ramai pakcik makcik yg dh tua2 ada yg uzur pun gigih kerja utk dptkan duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.131178 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list