View: 17038|Reply: 17
|
AYA mengharapkan Pontianak 200kg mendapat sambutan hangat penonton.
[Copy link]
|
|
'Saya nak buat semua'
AYA mengharapkan Pontianak 200kg mendapat sambutan hangat penonton.
MULANYA dikenali sebagai pempengaruh media sosial, rezeki Aya Amiruddin, 26, seterusnya berkembang ke bidang lakonan pula.
Pelakon berdarah campuran Melayu Pulau Pinang di sebelah ibu dan Nigeria di sebelah bapa ini bermula dengan drama siri Budak Hostel Otaknya Sewel terbitan Radius One Sdn Bhd menerusi slot MegaDrama Astro Ria.
Dengan kelebihan berbadan besar yang dimilikinya, Aya dilamar pula membintangi telefilem genre seram komedi Pontianak 100kg arahan Shuhaimi Lua Abdullah yang disiarkan menerusi tonton Original tahun lalu.
Siapa sangka telefilem terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sambutan hangat dan kini diadaptasi ke filem pula menerusi kerjasama MIG Production Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd.
"Judul filem ditukar kepada Pontianak 200kg kerana watak puntianak ditambah seorang lagi menjadikannya dua. Watak saya masih lagi sebagai puntianak. Saya masuk dalam industri pun menerusi watak komedi.
"Ini filem pertama dan saya sangat-sangat gembira. Memang ia rezeki daripada Tuhan. Tak sangka akhirnya saya dapat peluang berlakon filem. Maklumlah daripada telefilem, pergi ke filem memang antara pencapaian saya yang besar.
"Saya sangat gembira bercampur takut kerana tanggungjawab kali ini lebih besar. Persiapan dibuat sebaik mungkin. Saya dah bagi yang terbaik untuk filem ini. Harap semuanya berjalan lancar dan dapat sambutan dari penonton," katanya ditemui di lokasi penggambaran filem terbabit di Ijok, Selangor baru-baru ini.
Aya berkata, tidak menghairankan dia ditawarkan melakonkan watak komedi kerana sedia maklum sejak dahulu pelakon berbadan gempal sering ditawarkan watak komedi.
AYA berasakan peluang berlakon filem pencapaian besar dalam kerjaya.
"Tapi sekarang ini dah ramai juga yang daripada komedi dah jadi pelakon 'versatile'. Watak mereka bukan semata-mata untuk buat orang ketawa, tapi boleh juga buat orang sedih dan emosi contohnya seperti lakonan Norreen Iman dan Dottie.
"Sebenarnya pergi ke mana-mana pun boleh asalkan ada bakat. Insya-Allah saya nak ikut jejak antaranya Sherry AlHadad yang juga idola saya.
"Memang saya tengok pada kejayaan mereka. Saya bermula daripada Instagram dan tiada latar belakang industri. Mula-mula berlakon memang ada rasa kekok, tapi memang kalau di TikTok pun 'content' saya banyak berlakon," katanya.
Aya suka menghasilkan video dan daripada situlah dia belajar cara berlakon.
BERGANDINGAN dengan Dottie sebagai rakan puntianaknya.
"Cumanya berlakon drama berbeza dengan buat 'content'. Saya berlakon dan pada masa yang sama, belajar juga untuk tambah ilmu.
"Insya-Allah kalau ada rezeki, saya nak buat semua termasuk mengacara. Saya dah pernah jadi pengacara masakan dengan Jaafar Onn. Selepas ini nak cuba macam-macam seperti hos sukan dan pentas besar.
"Itulah sasaran saya. Saya dah pernah buat live plus Gegar Vaganza dan banyak lagi seperti ABPBH. Saya sentiasa terima lagi apa ilmu dan terbuka terima teguran dengan hati terbuka," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2023/12/1045692/saya-nak-buat-semua
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku risau satgi kuar ayat "Orang Malaysia x nak sokong filem Anak Malaysia" |
|
|
|
|
|
|
|
Realiti nya ada x jin gemok...mungkin ada betul x.. |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah dik non..bila org body shaming ko ko marah tapi ko juga yg membuka peluang... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 31-12-2023 12:50 PM
Realiti nya ada x jin gemok...mungkin ada betul x..
Rasanya dorang besar, maksud iols dorang bersaiz besar cth kan ada hantu galah bagai.
Pastu hantu raya tu pun digambarkan besar laa saiz mcm gorila
So maybe ponti pun besor juga bukan bersaiz petite apatah lagi langsing ramping
Dulu ada acik porem yg penah tgk depan mata katanya rambut depa tu kasar mcm penyapu hahha kira cam rambut kak limah tu la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Seram komedi sooo yesterday. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols mmg turnoff ngn plus size retis xkira kapir ka mulayu.
Mcm arwah abam tu, maaf la yer ckp mmg jd putus selera bila tgk part yg ada depa² (mcm character amy dlm pitch perfect tu to name a few)
Depa ni jd filler buat rosak pemandangan lg haru kalo angkat jd watak utama.
Nothing against them cuma selera masing² la yer mcm acik² porom suka yg herlokkkk bukan wajah desa awam nan permai jadi retis, jd hero/heroine
Gitohhhhhhhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Filem melayu kalau x merepek dia mengarut tu je |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 31-12-2023 04:50 AM
Realiti nya ada x jin gemok...mungkin ada betul x..
Changa kata pernah nampak pontianak bagak. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 31-12-2023 06:06 PM
Changa kata pernah nampak pontianak bagak.
Haha..oh dia kabo dia nampak tgh jln tu ke...lawak changa.. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 31-12-2023 10:27 AM
Haha..oh dia kabo dia nampak tgh jln tu ke...lawak changa..
Iya. Baju kepam katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pontianak skg ni g salon ke? Lurus rambut x tersekat jari hah.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 31-12-2023 06:35 PM
Iya. Baju kepam katanya.
Jin pun ada yg kuat mkn dan ada yg diet jaga badan rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
tak berasa nak tgk buang duit cerita gini
bukan i x support cerita lokal ye
tapi i pilih mana yg patut tgk mana yg x
tgk wayang pun dah bpuluh skrg
bukan mcm dulu rm 10 je cerita romzy dua alam pun aku tgk ngn member sbb kitaorg kaki wayang...rasa bodohnya tgk cerita tu hahahhahaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Free pun x hingin nk tgk… dgn pelakon annoying bingit |
|
|
|
|
|
|
|
Ai rela tgk film tamil taw |
|
|
|
|
|
|
| |
|