View: 41468|Reply: 6
|
Intan Najuwa Dilayan Macam Puteri, Suami Buat Kejutan Hantar 2 Buah Trak Kuda Di New Zealand
[Copy link]
|
|
Ingin membahagiakan isteri tersayang, suami pelakon Datin Intan Najuwa menyewa dua trak dipenuhi kuda ke sebuah lokasi tepi pantai di New Zealand.
Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, berkata, kuda berkenaan berkenaan dibawa ke tepi pantai bagi membolehkan mereka menunggang selain bermain polo di tepi pantai.
Kata Najuwa dia teruja dengan percutian yang dirancang suami iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman yang penuh dengan kejutan.
"Suami saya membawa dua buah trak kuda hanya untuk ditunggang dan bermain polo di pantai.
"erkara itu adalah gila tetapi menakjubkan. Saya sangat seronok," katanya.
Intan berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya yang turut memaparkan dirinya menunggang kuda di persisiran pantai tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu dengan kehidupan baharu yang dimiliki oleh Intan.
Malah mereka juga menganggap Intan dilayan seperti puteri raja oleh suaminya.
"Impian setiap wanita, betul duit boleh beli kebahagiaan.
"Doa apa ya nak guna untuk dapatkan hidup macam ini?
"Bestnya kaya unlimited. Memang kena gunakan dengan sebetulnya," antara komen netizen.
Pada 18 Ogos lalu, Intan sah bergelar isteri kepada Azraf dengan sekali lafaz yang diadakan di sebuah resort mewah.
Pada majlis tersebut, Azraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Life begini sepatutnya si Lilofah tu yang merasa hurkeh! |
|
|
|
|
|
|
|
hantaran 222k? fuhh..kaya kaya |
|
|
|
|
|
|
|
oghang2 kaya yg lain tgk gelak je...sbb dh biasa..mainan depa dari kecik
tp yg baru dapat...??? |
|
|
|
|
|
|
|
dh ada thread psl budak flat JB nih |
|
|
|
|
|
|
|
Untung la cantikk, kaya, educated, popular. |
|
|
|
|
|
|
| |
|