CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46519|Reply: 7

Hamdan Senario ditidurkan selepas jangkitan kuman dalam darah

[Copy link]
Post time 1-1-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 54, terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Anak bongsunya, Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit sejak semalam.

"Ayah mengalami cirit-birit sejak semalam dan keadaannya masih sama pada jam 10 pagi tadi.

Jadi, kami bawa ke hospital kira-kira jam 11 pagi sebelum doktor ambil darah.

"Kemudiannya, ayah tiba-tiba cakap tak boleh bernafas dan minta panggil doktor untuk berikan oksigen selepas empat jam menunggu.

"Selepas pemeriksaan lanjut, doktor maklumkan ayah terpaksa ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darahnya tinggi," katanya kepada BH Online.


Hamdan bertandang ke Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, malam ini.
Bagaimanapun, Nur Natasya berkata, bapanya dalam keadaan stabil, namun masih tidak pasti berapa lama perlu ditidurkan.

"Sebelum ini, ayah memang okay (tiada sakit), tapi doktor kata kuman dalam darah tinggi sebab itu ayah perlu ditidurkan. Darah ayah juga rendah dan jantungnya lemah.

"Doktor kata, walaupun ditidurkan, tapi ayah masih stabil. Tak tahu lagi berapa lama ayah perlu ditidurkan.

"Sekarang, kami sekeluarga ada dengan ayah di hospital dan akan menjaganya secara bergilir," katanya.

Pada masa sama, Nur Natasya memohon orang ramai menitipkan doa supaya ayahnya dapat kembali pulih seperti biasa.

"Saya mohon sangat doakan kesihatan ayah. Kami sekeluarga betul-betul memerlukan doa anda semua," kata Nur Natasya yang gagal menahan sebak.

Semalam, Hamdan atau nama sebenar, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli bertandang ke Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, malam ini.

Akibat masalah kesihatan menimpa sehingga terpaksa ditidurkan di hospital, Nur Natasya memaklumkan, acara berkenaan akan berlangsung tanpa bapanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya. Cirit birit tibe2 ada kuman dalam darah .
Elok dengan anak tiba2 sesak nafas and ditidokan
Cirit birit sb eh. Salah makan ke? Teringat kes sandwich kat rnr perasing. Ada yg meninggal kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh x stop guna term ditidurkan.. intubated la.. nanti netizen2 kaki konspirashit tak habis2 salahkan kkm
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga diberikan kesembuhan hendakNya..
Byk lak kes sihat tertiba terus sakit
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 07:16 PM | Show all posts
pergh artis umur 50 an semua sakit teruk teruk sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
I tengok video  anak dia kena interview..cara cakap macam salahkan pihak hospital sbb bapak dia kena intubated.. ulang kali dia cakap bapak dia ok, sihat je, cuma malam tu je cirit birit    pastu kena tunggu plak 4hrs kt emergency...sampai dia desak mak dia bawak gi klinik je sbb lama tunggu doktor, tapi mak dia x nak... Anak dia in denial..tapi bapak dia dah cirit birit satu hari kot n diorang suap coklat kat bapak dia sblm gi hosp sebb air dalam badan da banyak keluar dia ... Mungkin diorang takut hamdan ni hypo ...pesakit diabetic ni kalau x jaga makan, ambik supplement apa2 ntah, ubat doktor pun kadang makan kadang tak - dia jadi macam time bomb ye... Hmm semoga  cepat sembuh utk uncle hamdan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga Allah permudahkan urusan pak hamdan...aamiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.052120 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list