View: 13289|Reply: 1
|
Aisyah Aziz tampil berhijab, kongsi magis perbaiki solat sejak setahun lalu - “Saya lebih memahami erti sederhana”
[Copy link]
|
|
BELAJAR memantapkan solat sejak setahun lalu memberi impak besar buat penyanyi asal Singapura Aisyah Aziz dalam mendalami agama Islam dengan lebih sempurna.
Aisyah atau Nur Aisyah Aziz, 30, berkata, dia juga tidak menyangka tindakannya itu bagai satu jawapan kepada doa yang pernah dipanjatkan kepada Allah SWT dalam proses memperbaiki diri.
"Saya ingat lagi tahun lalu saya berdoa kepada Allah untuk kurniakan saya hidayah, izinkan saya mendapat petunjuk-Nya selain kuat melepaskan apa yang perlu.
"Apabila saya berdoa begitu, pastinya Allah memberi peluang untuk hamba-Nya menjadi lebih kuat. Saya diuji dengan dugaan pada 23 Januari tahun lalu sebagai petunjuk daripada-Nya.
"Saya memperbaiki solat daripada seorang rakan dengan cara tidak pernah disangka ia akan memberi inspirasi selain mendapat ketenangan dalam jiwa," katanya.
Aisyah menulis luahan tersebut menerusi Instastory miliknya pada Ahad bersempena membuka lembaran baru tahun 2024.
Dalam pada itu, Aisyah berkata, sepanjang proses itu juga dia lebih mengenali erti kesederhanaan dan tidak lagi mengejar duniawi.
Lebih manis, hubungan dengan kedua ibu bapanya juga bertambah erat selain dapat mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada hujung tahun lalu.
"Saya lebih memahami erti sederhana. Saya menangis sendiri dan bertanya adakah boleh untuk menghidari daripada perkara yang berkaitan duniawi.
Ramai peminat yang terus mendoakan Aisyah.
"Hubungan dengan ibu ayah juga semakin baik dan saya dapat mengerjakan ibadah Umrah pada hujung tahun," ceritanya.
Penyanyi asal Singapura ini juga dilihat manis dengan penampilan baharu yang tampil mengenakan hijab.
"Terlalu banyak untuk saya kongsikan namun belum tiba masanya. Mungkin ia antara saya dan Allah sahaja," ujarnya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
semoga istiqamah sis..
btw, sheols masih ada hubungan dengan Fakkah Fuzz lagi tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|