View: 33991|Reply: 10
|
Bekas Suami Tak Jenguk Anak? Shila Amzah Kata Paling Penting Seth Gembira
[Copy link]
|
|
Gara-gara anak dilihat jarang bersama bapanya, ada peminat mula mempersoalkan kepada Shila Amzah mengenai hubungannya dengan bekas suami iaitu Haris Idraki Elias.
Menjawab mengenai pertanyaan itu, Shila atau Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata dia kini lebih mengutamakan kegembiraan anaknya iaitu Seth Uwais dan tidak mahu perkara itu mengganggu kehidupan kanak-kanak berkenaan.
Foto: IG
"Tak apalah yang penting sekarang Seth gembira, doakan yang baik-baik," katanya.
Shila berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada peminatnya tentang bapa kandung Seth di satu hantaran Instagram.
"Maaf bertanya, bapa kandung Seth memang tak jenguk anak dia ke?," soal netizen.
Dalam muat naik sama, Shila turut berkongsi perasaan teruja dan sebak melihat anaknya itu memulakan hari pertama persekolahan.
Kata Shila, dia dapat melihat perubahan pada anaknya yang dahulu kurang bercakap namun kini menjadi peramah dan mudah mendengar arahan.
"Hari pertama Seth bersekolah. Perasaan normal mak-mak, sedih tapi Sha (Shila) gembira sangat dengan milestone dia.
"Dia teruja sampai berlari masuk sekolah tadi. Mama dan papa yang sedih, tapi ini lah prosesnya.
"Dari tak bercakap langsung, dari tak pandai dengar arahan, tak faham, sekarang Alhamdulillah dia berjaya kejar," katanya.
Untuk rekod, Shila dan Ubai melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos lalu.
Ia merupakan perkahwinan kedua Shila selepas rumah tangga dibina bersama Haris Edraki Elias pada April 2018 berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Sebokkk lah netizen acah2 mtk maaf maaf bertanya bagai ko saje nak trigger minah ni kan |
|
|
|
|
|
|
|
Anak nya ikut air muka bapak... |
|
|
|
|
|
|
|
kepochi lain mcm karatz silalat ni. karatz she suka korek hal peribadi dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 2-1-2024 01:21 PM
Kenapa perlu tahu?
Sebab kepochi macam Tinot. |
|
|
|
|
|
|
|
janji anak dia sekolah ... |
|
|
|
|
|
|
|
lg senang sbnrnye bapak x amik kesah ni...xyah nak kejap p sana kejap p sini..setel kat 1 rumah je membesar.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu syukur sebab mak dia Shila Amzah.. mampu besarkan dia sorang2..
kalau ibu2 tunggal lain.. mungkin siksa kalau bekas suami bolayan pasal anak.. nafkah anak si ibu kena struggle sediakan.
tapi as for Seth ni.. lagi bagus kot pak dia tak kisah..
la ni pon dia dah ada papa baru.. happy2 je..
|
|
|
|
|
|
|
|
x datang x apa..asalkan hulur duit |
|
|
|
|
|
|
|
wait, makcik kepoh tu tetiba tanya sebab igs haris ke? yang gambar dia dengan minah (aku rasa gepren) tengah seronok2 lepak minum... |
|
|
|
|
|
|
| |
|