View: 15757|Reply: 69
|
Amir Ahnaf Terpaksa Berlakon Babak Panas, Tak Nak Dicop Besar Kepala Ingkar Arahan
[Copy link]
|
|
Amir Ahnaf tampil memohon maaf susulan kekhilafannya melakukan babak panas dalam drama Syurga Itu Tidak Mudah yang meraih kecaman netizen.
Pemilik nama sebenar Muhammad Amir Ahnaf Mohd. Khairudin, 23, itu berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati, sekali gus enggan lagi melakukan aksi yang menyentuh sensitiviti umum.
Foto: IG
“Saya minta maaf kerana menyentuh sensitiviti penonton. Apa yang saya boleh katakan untuk naskhah seterusnya saya akan pilih yang terbaik dan lebih elok, Insya-Allah.
“Apabila isu terbabit tular, saya terima dengan seadanya sahaja, bahkan sejujurnya pada peringkat awal saya akui berat hati untuk lakonkan babak itu,” katanya selepas tayangan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, di sini, hari ini.
Menurutnya, dia hanya menyedari kewujudan babak yang disifatkan sesetengah pihak berunsur lucah serta jalan cerita drama berkenaan seminggu selepas menandatangi kontrak.
“Waktu saya terima tawaran tidak tahu lagu skrip bagaimana. Saya cuma terima skrip seminggu selepas menandatangani perjanjian dengan produksi.
“Selepas itu ada perubahan skrip termasuk ketika penggambaran berlangsung, bahkan draf jalan cerita juga berubah mengikut kesesuaian.
“Saya tahu tajuk, kesimpulan drama dan barisan pelakon, selain perlu melaksanakan adegan seperti di dalam skrip kerana semua sudah tertulis dalam kontrak.
“Sebagai orang baharu saya kena akur, enggan nanti dicop besar kepala,” ujarnya.
Sementara itu, mengenai respon keluarga, Amir menjawab ibu bapanya memberi keizininan dan menganggap itu sebahagian daripada kerjayanya.
“Saya dah tanya keluarga, mereka okey disebabkan memahami tuntutan kerja serta mengetahui itu semua cuma ‘cheat shot’ (teknik kamera).
Terdahulu, Amir yang memegang watak Farid dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.
Menerusi babak sama, penonton seterusnya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita lain yang dipaparkan berada di bawah meja.
Aktor terbabit kemudian mereka dilihat bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang seolah-olah kepuasan.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
yela wei apa2 jela |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya kesedapan khuens? |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata Tokwi - Benda boleh tolak, tapi dia pilih sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tambah sikit.
Dia ckp dia tanya family dia, means mak bapak dia lah kan? Diorang ckp ok.
Dia tanya cemana wei? "Mama, Papa, org berlakon drama yg ni kan, ada satu babak tu, pelakon extra perempuan ni dia pretend loi loi katong orang dari bawah meja. Lepas tu org kena stand up and buat muka satisfied ah gitu. Ok or not?"
WTAF????? |
|
|
|
|
|
|
|
takpe la ahnaf... apa pun alasan kau, kau tetap nampak macam rohignyaaaaa not my taste |
|
|
|
|
|
|
|
basi dah dek kapla oiiii. Memang drama tu flop teroks kan |
|
|
|
|
|
|
|
padan la muka, beria lagi amik job entah pape. Drama kelaut, public reaction pon hancur |
|
|
|
|
|
|
|
kau suka kan sebenarnya gitu
tgk dia jadi hero pun mmg tak boleh nak feel tgk muka dia....mcm tak kena |
|
|
|
|
|
|
|
Amir nk sgt berlakon dgn anna. Amir igt berlakon drama ni blh meletop mcm MUF smpi ke indo. |
|
|
|
|
|
|
|
Iyola tu.. pape pun x sesuai la karakter tu dgn muka hang..Boringgg.. xde aura |
|
|
|
|
|
|
|
mcm tu plak eh.. sign2 kontrak dlu tanpa tau jln cite mcmn.. xkan xde sembang2 kopi dlu cite psl apa, watak dia mcmn, konflik/isu apa..
mcm kita p interview keje mesti la tau skop keje apa, xkan men sign je.
atau sign jela dlu xkisah skrip mcmn janji ada job muka klua tv tak jobless. begitukah? |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal style rambut macam tu.Ingat habis handsome la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Takde kejadian hisap menghisap pun yg berlaku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Straya replied at 3-1-2024 01:26 PM
Apasal style rambut macam tu.Ingat habis handsome la tu
Berangan nak jadi Oppah Oppah Korek-ah!
Geli betul aku tgk. Dua2 geli. Yg buat kat sini, buat kat sana pun sama |
|
|
|
|
|
|
|
Binderclips replied at 3-1-2024 01:10 PM
Amir nk sgt berlakon dgn anna. Amir igt berlakon drama ni blh meletop mcm MUF smpi ke indo.
Hahahah angan2 je la kalau rupa below par mcm ni. Merqeen tu herlok. Netizen indon dah la memilih rupa. Nadhir tu ok la sikitttt , tp dia ni mmg totally xde rupa. Xsesuai hero drama cintan cintun |
|
|
|
|
|
|
|
lahh drama ni flop ke?? lol |
|
|
|
|
|
|
|
Ame henderson siap langgar kontrak sbb skrip tak selari dgn prinsip hidupnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 3-1-2024 03:42 PM
Hahahah angan2 je la kalau rupa below par mcm ni. Merqeen tu herlok. Netizen indon dah la memilih ...
Ade vtt yg tunjuk act of service amir gred A. Ade komen yg ckp muka amir biasa tp dia layan anna dgn baik sekali. Tak mcm meerqeen, muka je handsome tp lukakan hati anna dgn curang. |
|
|
|
|
|
|
|
Pangkah hero camni. Kusam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|