View: 7172|Reply: 9
|
Pegawai Pemasaran Bawa Lari RM26,000, Puteri Sarah Minta Pulangkan Wang Atau Berdepan Tindakan
[Copy link]
|
|
Puteri Sarah mendedahkan diperdaya seorang individu bergelar pegawai pemasaran susulan cuba mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan diperoleh perniagaannya.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 40, berkata, individu berkenaan juga mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gajinya tanpa melaluinya terlebih dahulu.
Jelasnya, dia mengupah individu tersebut sejak Oktober lalu bagi menjalankan pemasaran produknya namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard ditetapkan.
Foto: IG
"Saya tak berapa nampak apa yang dia buat sebenarnya. Kemudian dia caj saya sebanyak 45 peratus daripada keuntungan untuk pemasaran.
"Dia juga ada pegang wang tunai dekat satu acara lain sebelum terus ambil RM26,000 tanpa masuk ke dalam akaun terlebih dahulu. Dia kata itu gaji dia," katanya.
Puteri Sarah mendedahkan perkara itu dalam satu siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut tidak berpuas hati apabila tugas dijanjikan untuk mencari ejen dan stokis bagi produknya gagal dilaksanakan sebaliknya diserahkan kepada pekerjanya.
Tidak hanya itu, individu terbabit pernah menyatakan hasrat menjadi rakan perniagaan namun enggan mengeluarkan sebarang modal.
"Dia nak jadi partner tapi tak keluar modal. Kalau nak jadi rakan perniagaan, kena bagi duit," jelasnya.
Sementara itu, Puteri Sarah memberi ruang terhadap individu berkenaan memulangkan semula wang diambil daripada.
Sekiranya gagal, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut.
"Kalau saya tak dapat balik duit saya, memang saya nak buat laporan polis. saya tak kisah nak ambil 45 peratus ke apa, saya dah reda tapi yang salah kira gaji apa semua itu, saya harap dapat duit saya kembali," katanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 4-1-2024 10:08 AM
Hehehhehe jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Ms
Edited by rosevelvet at 4-1-2024 01:22 PM
Begitulah dunia. Org cerdik ramai jd mangsa tipu |
|
|
|
|
|
|
|
awat picture tu PS nmpk bambam.. |
|
|
|
|
|
|
|
26k cash tu hasil tolak produk dekat ejen dgn stokis ke |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 4-1-2024 09:40 PM
26k cash tu hasil tolak produk dekat ejen dgn stokis ke
Rasanya 26k tu hasil dari jualan dekat event. Iols rasa event yg dekat singapore, sbb time tu sarah pergi umrah..org tu yg incharge. |
|
|
|
|
|
|
|
iolss replied at 4-1-2024 02:41 PM
awat picture tu PS nmpk bambam..
Rasanya dia kurus sekarang. Tu pakai jaket tebal..sana kan sejuk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|