View: 9923|Reply: 3
|
'Panas' babak cium lapik kain, pelakon dan pengarah W: Two Worlds janji lebih hati-hati
[Copy link]
|
|
"Kami berterima kasih atas teguran penonton. Kami akan lebih berhati-hati pada masa akan datang."
Itu kenyataan bersama pelakon siri W: Two Worlds iaitu Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim berhubung kontroversi babak cium dalam drama terbitan platform penstriman, Viu itu.
Biarpun diasak soalan berkaitan kontroversi itu, Yusry, Hun dan Daiyan sepakat tidak memberi ulasan lanjut atas alasan perlu menghormati permintaan Viu yang mahu mereka mengulas atas apa yang sudah dipersetujui awal.
"Saya ada banyak benda hendak cakap, tetapi Viu sudah cakap, hanya itu sahaja jawapannya," kata Yusry pada sidang media W: Twp Worlds Watch Party di sini, malam tadi.
Sejak beberapa hari lalu, babak cium antara Hun dan Daiyan dalam siri yang diadaptasi daripada K-drama itu hangat diperdebatkan, biarpun dilihat menggunakan kain sebagai pelapik, seolah-olah menunjukkan tidak berlaku sentuhan antara dua pelakon terbabit.
Netizen mendakwa adegan dipaparkan dalam episod awal itu sebagai tidak sensitif serta bertentangan dengan budaya negara ini.
Berdasarkan drama romantis terbitan Korea Selatan yang disiarkan pada 2016, watak Oh Yeon-Joo (Han Hyo-Joo) dicium Kang Chul (Lee Jong-Suk) secara mengejut, diikuti dalam W: Two Worlds membabitkan Hun dan Daiyan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
gitu je respon kau atok yusry...
low class betul...lepas ni buat aksi sex pulak eh dlm filem drama kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru semalam meols tengok ep 1 part awal kat Viu. Rasa macam awkward plak ada versi BM maybe sebab dah terbayang yang versi Korea. Tapi lakonan Daiyan macam kurang natural yach, menurut meols. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyoooo atok yusry awat memalukan
... Bini terpaling berhijrah , takkan la scene kissing perlu kut ... Malu wei |
|
|
|
|
|
|
| |
|