View: 44455|Reply: 545
|
Rita Rudaini Ingatkan Aidil Zafuan, Jangan Berangan Nak Jumpa Anak
[Copy link]
|
|
“Tak payah berangan nak datang. Jumpa di padang Mahsyar nanti”.
Itu jawapan pelakon Rita Rudaini terhadap soalan seorang pengikutnya dalam Instagram yang bertanyakan tentang bapa kandung kepada dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Rita, 47, dalam Instagram miliknya, pelakon asal Kangar Perlis itu berkongsi rasa sayu sewaktu menghantar anak sulungnya, Rayyan pulang ke asrama selepas sesi persekolahan 2024 dibuka baru-baru ini.
Foto: Kosmo
“Jenis tengok dekat tingkap ini yang buat mommy (panggilannya) sayu. Dia (anak) pesan, mommy jangan pergi lagi. Tunggu Rayyan naik lambai dekat tingkap.
“Mommy dan adik rindu sangat. Belajar jangan jemu,” luahnya.
Perkongsian Rita itu kemudian menarik perhatian seorang netizen yang bertanyakan perihal tentang bapa kandung anaknya.
“Bapa Rayyan tak pernah tengok ke anaknya?” soal individu terbabit.
Soalan yang diajukan itu kemudiannya dijawab Rita secara sinis apabila mengingatkan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu supaya tidak berangan untuk berjumpa dengan anaknya selepas mendakwa lelaki tersebut tidak pernah ambil tahu tentang darah dagingnya sendiri sejak kecil lagi.
“Siapa? Tak payah (melawat). Masa kecil, kena basuh berak, tengah menyusu tak nak pula tengok. Dah besar, saya bela bagi pandai, dah senang tak payah basuh berak, tak payah berangan nak datang!
“Jumpa di padang Mahsyar nanti,” sindir Rita.
Jawapan yang diberikan oleh pelakon filem Mistik itu sekali gus mendapat respons oleh pengikutnya yang lain apabila rata-rata menyokong dan kagum dengan kecekalannya membesarkan anak sendirian.
“Tidak mengapa, dunia hanya sementara. Esok bapa dia jawablah apa yang dia buat di dunia ini. Saya hormat dengan akak sebab membesarkan anak dengan baik. Saya doakan akak dan anak-anak selalu dalam lindungan Allah SWT,” kata seorang pengikutnya.
“Kita sama. Jumpa di sana nanti (padang Mahsyar). Kita jaga waktu bayi, basuh berak, bagi mandi. Anak dah besar pandai, jangan datang mengaku anak,” ujar seorang lagi pengikutnya.
“Sangat setuju. Anak dah besar baru nak mengaku, baik tak payah,” kata seorang lagi netizen.
Seputar info, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013.
Sumber:Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan AZ ni xnak jumpak ank2..RR yg banyak game masa AZ nk jumpak ank lg2 lepas kawin dgn Z tu kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Toksik siot mak mak macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Untung la bapak tu nak jumpa anak acik rita oi, kang dpt bapak tak guna mcm ac tu lagi bapak segala balerrrr
Terus hilang ingatan lupa ada anak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sukacactus at 5-1-2024 03:22 PM
RR orang Abi bkn Kangar
Tu je nak ckp
Sorry, correction RR org Utan Aji
Abis marah org Abi ke aku |
|
|
|
|
|
|
|
Anak itu amanah, bukan hak milik.
Done tazkirah |
|
|
|
|
|
|
|
tp menjadi anak2 sheols and ex wife dato gelang. women empowerment betul. |
|
|
|
|
|
|
|
gittewww mak terpaling.
sakit hati betul ya dia dgn bekas laki, sampai nak jmp anak2 pun tak bagi.
nafkah anak2 pun tak ambil ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus: RR orang Abi bkn KangarTu je nak ckp
rita org utan aji derrr.. bukan abi
|
|
|
|
|
|
|
|
Hingaqnya dpt mak mcm ni..muka anak pon sayu je manjang. Rasa bukan sayu x de bapak. Sayu sbb dapat mak jenis saiko. |
|
|
|
|
|
|
|
masing masing menjawab bersama kat sana nanti. sapa betul sapa salah urusan jawab kat sana je la tapi acik kesian kat budak budak tu. sebab mak bapa jadi mcmni. acik doakan anak anak ni dapatlah jumpa bapa diorg kalau betul bapa nya x bersalah. |
|
|
|
|
|
|
|
i really simpati pada bakal menantu dia nanti..
|
|
|
|
|
|
|
|
anak2 dia segak.. k bai |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mak menyukarkan bapak nak jumpa,jawap kt sana jugak la jugak kan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis2 meroyan. Bak kata forumer, entah2 dgn tukang gali kubur pun dia buat gaduh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Btl la apa yang RR suarakan,isteri mana yang tak marah … tp hati perempuan ni lembut, kalau AZ tu bertindak dr sekarang insyaallah akan berdamai… walau perit nak ditelan, Anak2 tu tetap BERBIN AZ. Bukan ABDULLAH perempuan meroyan biasalah lama2 nanti cool down. Tp AZ ni bukan nak mai jumpa ke apa pun mmg nampak dibiar terus. RR pun dah cakap banyak kali dr kecik langsung x amek peduli sampai laaa niii …kesian anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya sampai dpt title nenek pun masih berdendam dgn ex.. sabarlah anak dpt mak camni..
|
|
|
|
|
|
|
|
sayang je dia ni.. kalau dia jaga mulut, jaga perangai mungkin dah kawin orang kaya. dia cantik. dah tua pun cantik. sesuai jd datin2...bini2 vvip.
mungkin dia stress, kalo dpt laki baik mungkin boleh berubah. tapi apakan daya, sapa je berani nak dekat dgn pompuan mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|