Pelakon Fattah Amin mengakui bahawa watak isterinya, Nur Fazura, dalam filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah sebagai Sayang membantunya menghidupkan karakter tersebut.
“Sebagai watak suami isteri sebenarnya memudahkan, isteri yang berada dibelakang suami memberi semangat dalam kehidupan sebenar pasti ada sentuhan…” – Fattah Amin
“Perkara itu akan lebih membakar semangat si suami. Bila berlakon dengan Fazura watak sebagai isteri kepada Awang, sebenarnya sentuhan itu memberi banyak bantuan untuk menghidupkan karakter masing-masing…” – Katanya