View: 7628|Reply: 11
|
"Suara Saya Belum Pulih Sepenuhnya", 4 Kali Dijangkiti Covid-19, Ara Johari Tak Boleh Kena Hujan Atau Berminggu Hilang Suara
[Copy link]
|
|
Ara Johari mempunyai masalah tekak selepas diserang virus Covid-19 dan Influenza.
MENDERITA masalah sakit tekak sejak dua tahun lalu, penyanyi Ara Johari dinasihatkan agar tidak terkena air hujan bagi memastikan vokalnya berada dalam keadaan baik.
Ara atau Nurfarrah Izatie Johari, 27, berkata, air hujan bukan sahaja menyebabkan dia mengalami demam dan selesema tetapi vokalnya akan terganggu sehingga sukar menyanyi.
"Suara saya belum pulih sepenuhnya dan mudah 'hilang' contohnya ketika membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik-Muzik dan konsert di Kuatan baru-baru ini.
"Kalau kena hujan saya akan cepat-cepat mandi dan berehat sebab kalau dibiarkan, saya akan dapat selesema dan beri kesan pada tekak.
"Keadaan itu akan membuatkan saya tak boleh menyanyi sehingga berminggu-minggu lamanya," katanya kepada mStar.
Ara berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media Pesta Muzik Kuantan pada Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Ara berkata, masalah tersebut berpunca daripada virus Covid-19 yang menyerangnya sebanyak empat kali sebelum ini.
Tidak hanya itu, Ara juga pernah dijangkiti Influenza yang memburukkan keadaan.
“Motivasi agak terganggu sebab dari kecil saya budak kampung yang suka bermain hujan. Tapi bila senang sakit sekarang ini, saya kena berjaga-jaga.
Kalau kena hujan saya akan cepat-cepat mandi dan berehat. ARA JOHARI PENYANYI
“Tidak boleh lagi nyanyi di tempat terbuka sekiranya hujan. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah lagi batalkan apa-apa persembahan walaupun sakit," jelasnya.
Selain mengelak terkena hujan, doktor turut menasihati Ara menjaga pemakanan dengan mengelak makanan pedas dan minuman berais.
Bercerita mengenai Pesta Muzik Kuantan, Ara meluahkan rasa teruja dan berbesar hati kerana dijemput sebagai salah seorang artis jemputan.
Meskipun hanya diberi peluang menyanyikan tiga buah lagu, dia akan tetap menghiburkan pengunjung dengan persembahan terbaik.
"Kalau rasa tidak puas, saya akan belanja lagu tapi kalau cukup masa. Ini bukan soal pemurah, tapi sebab saya pentingkan kepuasan," katanya.
Selain Ara, antara artis tanah air yang bakal memeriahkan konsert tersebut adalah Ungu, Nabila Razali, Naim Daniel, Khai Bahar.
Konsert itu bakal berlangsung pada 24 Februari depan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Sumber : mStar |
|
|
|
|
|
|
|
cantik ara rambut panjang |
|
|
|
|
|
|
|
suara i pun masih serak..nape ek..
i kena covid pestaim hujung bln 12 aritu..sampao skrg i punya suara mcm org batuk tp i x batuk dh..
tp dh better sikit la dr mgu lps..cuma suara halus kartun i yg asal xdw..
bdk ofis mcm tkt gitu..ingt ada virus covid lg..ehh sora u..u biar betul dh ok..cehhhh..i xbatuk sgt dh..
xsabar nk mkn ice cream
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 8-1-2024 09:54 AM
suara i pun masih serak..nape ek..
i kena covid pestaim hujung bln 12 aritu..sampao skrg i punya sua ...
la sama la kita..suara terus serak no more suara asal..iols kena 2nd time…batuk pulak sampai awal bln 1 ni pun macam batuk x batuk |
|
|
|
|
|
|
|
iols kira ada suara gak. selalu la kena menyanyi kat sekolah dulu sampai sekarang kena menyanyi dekat majlis opis. memang lepas kena covid suara iols memang teruk gila drop terus. iols 3 kali kena covid. memang haukk suara nafas pun pendek. nak tarik tinggi mencungap2 penat. so memang btol la cakap ara ni covid buat suara teruk |
|
|
|
|
|
|
|
jihyomelly replied at 8-1-2024 10:10 AM
la sama la kita..suara terus serak no more suara asal..iols kena 2nd time…batuk pulak sampai awal ...
u kena bln 12 jgk ke?
kann rindu suara asal dh ni..xbatuk sgt pun..biasa je normal la batuk sesekali tu..
ada yg bg tips suruh rebus buah pear...i dh beli tp xrebus lg mcm yg dorg ckp..i nk mknn biasa je kot
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 8-1-2024 10:49 AM
u kena bln 12 jgk ke?
kann rindu suara asal dh ni..xbatuk sgt pun..biasa je normal la batuk seseka ...
ha ah tgh bln 12 kena..pakej pro long covid batuk2 sampai skarang..batuk yg tak lepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
jihyomelly replied at 8-1-2024 06:50 PM
ha ah tgh bln 12 kena..pakej pro long covid batuk2 sampai skarang..batuk yg tak lepas..
i strt qr 26.dec-31.dec..
adakah i long covid...alamak tkt lak..
i xbatuk sgt..lebih od suara je serak..lgpun xsempat sembuh i dh mkn benda bergoreng. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 8-1-2024 07:30 PM
i strt qr 26.dec-31.dec..
adakah i long covid...alamak tkt lak..
i xbatuk sgt..lebih od suara je s ...
tak tahu la maybe covid omicron kot sbb thn 2022 kena x teruk mcm ni..covid day 3 dah negative..ni day 6 baru negative..my mom pun first time kena 25th batuk2 sampai sekarang berjemaah kitorg satu family.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni ramai yg batuk tak baik². Pastu jadi semput. Mkn ubat batuk berbotol² pun x baik.
Hopefully korg semua cpt sembuh. Jaga kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
jihyomelly replied at 8-1-2024 08:26 PM
tak tahu la maybe covid omicron kot sbb thn 2022 kena x teruk mcm ni..covid day 3 dah negative..ni ...
semoga chuols satu family cpt baik ok |
|
|
|
|
|
|
| |
|