CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7467|Reply: 11

Peram Barang Pembeli, Rider Biadab Suruh Check Tong Sampah!

[Copy link]
Post time 8-1-2024 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Tular di laman X, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila pertanyaannya mengenai bungkusan barang dibalas dengan kata-kata sindiran oleh pekerja penghantaran.


“I tunggu berhari-hari, peram ke barang aku atau dah ambil barang aku... apa tak tahu. Aku message siap kongsi location kalau tak jumpa alamat.


“Sudahnya ini dia jawab? Wow. Macam mana boleh hire pekerja rude (biadab) macam ni ya,” ciapnya.


Gambar Hiasan




Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan, pekerja penghantaran terbabit menyatakan barang tersebut telah dibuang kerana van yang digunakannya sudah penuh dengan bungkusan.


Malah dia turut menyatakan kediaman wanita tersebut kosong semasa proses penghantaran dilakukan.


Bukan itu sahaja, dia dalam nada menyindir turut ‘mencadangkan’ supaya pelanggan itu menghubungi pihak bandaraya bagi mengetahui lokasi tapak pelupusan sampah.


Bagaimanapun, pelayar ini menyatakan dia berada di rumah pada hari tersebut dan sentiasa memantau status perjalanan kurier.


“Kurang ajar gila. Tak pernah aku jumpa orang hantar barang kurang ajar macam ni. Bukan aku tak ada dekat rumah, aku tengoklah update e-dagang tu dah out for delivery tetiba sampai ke malam unsuccessful pula.


“Dah lama sangat. Kejap out for delivery kemudian unsuccessful... dalam Shopee kata Nobody at home, dalam website kurier kata due to natural disaster,” luahnya lagi.


Menjengah ruangan komen, kebanyakan warga maya turut meluahkan situasi sama yang dilalui mereka.


Malah dia mendakwa, pekerja penghantaran di syarikat kurier tersebut gemar melambatkan proses penghantaran selain memberikan maklumat palsu.


"Awak boleh terus ke portal MCMC (Kementerian Komunikasi dan Digital), mereka yang uruskan perkara berkaitan kurier ni.


"Buat kerja tak ikhlas macam ni jadinya, langsung tak ada tanggungjawab.


"Sesetengah kurier ni memang tak boleh bawa bincang, padahal kita elok je ada dekat rumah.


"ernah kena sidai sehingga lima hari, padahal semua ada kat rumah. Cek CCTV (kamera litar tertutup), tak ada pun lori atau van kurier yang datang," ujar beberapa warga maya.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 09:45 AM | Show all posts
kawan aku kata j&t area dia claim ramai new staff so perangai amik parcel and etc tu sukar dibendung.. sbb baru kan so mcm tamak and jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 09:57 AM | Show all posts
nasib kat tempat aku kurier x buat hal ok je,yg hantar pun org yg sama je kebanyakan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:58 AM | Show all posts
as of today i olls dapat penghantar byk yg baik2 dan sopan....tp smlm br je 1st time tgk delivery guy rumah mak ills muka masam...anta cod tggu mak i olls masuk dlm rumah ambik duit slow sgt agaknya sampai masam muka dia laki bini...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 11:04 AM | Show all posts
Pernah jadi kat my area. JNT..status kata delivered…tapi cek cctv x ada pun..tggu punya tggu kena sidai 4 hari terus call hq..hari hari call hq bgtau barang x smpi2.. tetiba mlm 10 pm lbh kurang ada org hantar..kata x jumpa rumah..nmpk sgt pembohong..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukorr la area aku ni pusinng² muka yg sama ja.
Pendek kata kalo wassap status delivered, tp gambaq umah lain aku habaq ja salah address tu cheqqqq... nnt dia pusin p amik smula. LOLLL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2024 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukurlah setakat ni regular riders yang dok hantar barang kat area rumah saya bertanggungjawab dan baik budi bahasa. Kesian kat orang yang tak bersalah apa2 tak buat hal tapi jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Manjahati replied at 8-1-2024 11:04 AM
Pernah jadi kat my area. JNT..status kata delivered…tapi cek cctv x ada pun..tggu punya tggu kena s ...

Aku pernah kena kes sama. Tak ingat courier apa. Dia tulis delivered tapi bukti bergambar apa pun takda. Aku komplen pada shopee. Malam esok tu ada uncle India datang rumah dia kata courier tu silap hantar pergi hantar rumah dia. Jauh gak lah rumah dia nombor rumah sama tapi jalan lain. Nasib baik uncle ni bertangguh jawab dan ada effort nak hantar. Yang si courier confident je, check betul2 pun tidak, maaf pun tiada. Tak amanah dalam bekerja. Ceh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 12:12 PM | Show all posts
pernah dgn gdex, status delivered tapi brg takde. call customer service, drg check, ada dgn driver lagi, 5 hari k, driver bawa jalan2 dgn dia.. yg latest dgn jnt.. asyikla attempt delivery, pastu unsuccessful. lps tu duruh kita ambil sendiri. bila tanya kenapa unsuccessful, org ada kat rumah bla2, br dia ckp tak dpt hantar sbb drver takde.. menipu je kejanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 12:21 PM | Show all posts
kawan aku plak lg best.. kurier tu call minta ambik sendiri sebab barang tu x muat kereta dia..lagi celaka.. dia dah accept upah.. customer kena keluar modal lg gi amik brg...sekali kwn ckp nak call pengurusan utk minta semula kos yg dah bayar kalau ambik sndiri.. terus dia mati kan call.. esok nya kawan aku ckp.. sampai je brg tu.. tp ade van hantar... dorang ni tamak gile..kena customer yg okey.. pi amik sendiri... mmg sdap la budak kurier tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.117427 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list