CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8632|Reply: 33

Dua Hantu Askar Berlari Di Tapak Perang

[Copy link]
Post time 8-1-2024 09:48 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON – Sebuah rakaman video menunjukkan lembaga didakwa dua hantu askar berlari di lokasi yang pernah menjadi tempat berlakunya perang saudara di Gettysburg, Pennsylvania, lapor laman berita Daily Star.


Seorang pengurus kedai, Greg Yuelling berkata, ketika kejadian, dia melawat lokasi tersebut bersama anak perempuan dan dua bapa saudaranya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah tempat berkenaan.


Menurutnya, mereka kemudian mendengar bunyi bising sebelum kabus tiba-tiba muncul.





Foto: SWNS







“Kami kemudian melihat dua lembaga bergerak dalam kegelapan. Kedua-duanya mempunyai saiz seperti manusia. Salah satunya berlari ke arah meriam,” katanya.


Yuelling yang sebelum ini pernah berasa ragu dengan dunia paranormal mengaku dia kini mula mempercayainya.


Menurutnya, dia dihantui dengan perasaan aneh dan sukar untuk tidur selepas kejadian itu.


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hantu2 sekarang pun mengharap masuk tiktok jadik content ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-1-2024 09:51 AM
Hantu2 sekarang pun mengharap masuk tiktok jadik content ke?

Semua nak glamer siss.. semua ikut arus pemodenan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:17 AM | Show all posts
meols rasa mmg ada energy history peristiwa-peristiwa lepas yang kadang2 jadi core memories dekat dimensi tu... esp benda2 penting / sedih / tragis dsb. Sebab yang contohnya hantu2 perang2 ni almost setiap negara / tmpt perang ikut jenis tentera ni mesti ada & ramai pernah alaminya..

gittewwwwwww meolssss karakter paranormal omputihhh! hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
hantu perang ni mcm cerita yg selalu didgr je.
kalau kay muzium perang penang nun pkl 5 kot katup dah, iols masuk ok2 je la mmg sejenis tak pernah terbuka hijab (alhamdulillah).
tp anak iols ckp ada abg bawak senapang ikut dia pastu lambai2 (anak i pun sakan membalas lambaian) masa kami otw ke kereta
masuk kereta terjerit2 suruh drive laju2 muka abg jadi hodoh katanye. meluat laa dan2 iols kecut perut takutttttt
kwn iols+anak dia (both mmg selalu nmpk benda2 mistik tahyol) masuk dalam je kene kacau dah, takdan masuk dalam lagi pusing balik merata anak dia nmpk
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 8-1-2024 10:25 AM
hantu perang ni mcm cerita yg selalu didgr je.
kalau kay muzium perang penang nun pkl 5 kot katup da ...

Maksudnya uols dengan anak2 sempat la masuk ke muzium perang tu selepas pukul 5?

Lepas keluar dari muzium otw nak ke kereta baru anak2 uols nampak roh tentera tu?

Roh tu ikut sampai ke rumah ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 8-1-2024 10:31 AM
Maksudnya uols dengan anak2 sempat la masuk ke muzium perang tu selepas pukul 5?

Lepas keluar da ...

iols masuk dlm tghari chuols.
mmg pkl 5 i rasa dah takleh masuk.

dah habis melawat nak balik tu baru anak i ckp. rasanya tak follow ke rumah sbb kami menyinggah ke mall dulu
anak i kata byk dlm tu (dia igtkan mmg org keje/pelawat situ- anak i masa ni darjah 2) sbb mcm real dan merata ada. muka mcm org pastu semua bawak senapang panjang
cuma yg sorg tu laa ikut keluar hantar kami ke kereta pakej lambaian
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:57 AM | Show all posts
syamzana replied at 8-1-2024 10:45 AM
iols masuk dlm tghari chuols.
mmg pkl 5 i rasa dah takleh masuk.

kalau dah ambai2 tu tandanya x ngikut la...sbb dia bye byekan sajer u olls sekeluarga...jenis mesra agaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 8-1-2024 02:25 AM
hantu perang ni mcm cerita yg selalu didgr je.
kalau kay muzium perang penang nun pkl 5 kot katup da ...

Aiols minat tempat gitu, termasuk muzium tapi tu la...Kalau pegi dengan anak2 mesti jadik kes macam chuols. Btw jilaka punya abang senapang. Takleh ke menten hensem ja muka tu motif nak juga tunjuk sisi hodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 11:51 AM | Show all posts
Pernah tengok Gettyburg's ghost soldiers ni lagi clear tapi yg berita ni tengok video tu, iols rasa windscreen dia yg kotor...tak nampak macam hantu pun nampak macam taik burung selek kat cermin hahaha

https://www.ladbible.com/news/us ... urg-584382-20240105
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 11:58 AM | Show all posts
karut
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 12:09 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 8-1-2024 11:33 AM
Aiols minat tempat gitu, termasuk muzium tapi tu la...Kalau pegi dengan anak2 mesti jadik kes maca ...

aah, anak aku masa umur5 thn bawa gi muzium negara ritu, mula2 elok je, lepas tu tiba2 dia berpaling ttutup mata, ajak keluar..dia kata dia takut. terus la bawa keluar, takmo tanya bnyk2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-1-2024 11:33 AM
Aiols minat tempat gitu, termasuk muzium tapi tu la...Kalau pegi dengan anak2 mesti jadik kes maca ...

tmpt2 mcm ni bagus utk bdk2 utk org tua malas bljr sejarah pun ye jugak
tapi tu la byk kes mistik maybe sbb artifak2 lama+dlm tu sunyi sepi org pun tak ramai mana sakan la depa melepak.
kalau muzium losong nun anak iols masuk sekali je terus taknak lalu dah smpai skrg. dia ckp kakak rmbut pnjg dok follow je pastu kejap cantik kejap buruk. iols mula2 igt imaginasi bdk2 je tp tgk keadaan dia pucat lesi menjerit hilang akal tu dan2 mai seram
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 12:12 PM | Show all posts
ni isu semasa ke?  sampai ke sudah @Admin06 takmau tegur si @CARI-MRO ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk berita ni teringat cerita mak aku masa aku kecik2 dulu.. mak aku cerita dulu dorg duduk kat kem majidee. masa tu bapak aku selalu kena pi training askar masuk hutan smpi 3bln. So, tinggal mak aku dgn akak2 aku masa tu dorg budak2 lagi.. Ada hari2 tertentu tengah2 malam mak aku akan dengar bunyi askar Jepun tengah berkawad. Dia ckp takut memang takut.. Tapi dia buat tak tau, pejam mata..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepanjang-panjang aku dengar cerita-cerita hantu amerika,mmg bosan. Biasanya haunted house sahaja,lepas tu panggil medium utk bercakap dengan 'roh' tak tenang atau main ouija. Kisah seram nusantara lagi seram sebab banyak kepercayaan mistik dan sejarah nya yang lebih lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2024 04:25 PM | Show all posts
dlm alquran ada mengatakan sesetengah roh manusia yg menyekutukan tuhan tidak akan di angkat ke langit dan terperangkap di bumi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 8-1-2024 04:10 AM
tmpt2 mcm ni bagus utk bdk2 utk org tua malas bljr sejarah pun ye jugak
tapi tu la byk kes mi ...

Ex student aiol dulu ada sorang hada third eye. Macam keturunan gitu sebab mak dia ni ala2 boleh communicate dengan mahklok halus ni. Dia kata orang yang boleh nampak hantu ni kelihatan bercahaya bersinar2 terang benderang dalam dunia hantu. Sebab tu hantu boleh tau sapa boleh nampak/sense dia, hence dia cuma tunjuk diri kat orang yang boleh nampak dia ja. Sebab tu juga kot ada orang lansung tapernah nampak hantu sebab hantu dok sebelah dia pun dia takleh sense.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 8-1-2024 05:34 AM
Sepanjang-panjang aku dengar cerita-cerita hantu amerika,mmg bosan. Biasanya haunted house sahaja,le ...

Ada dulu aku pi dengar kisah seram Korea Selatan tengah2 malam. Jilaka terus aku tambah susah nak tido pehtu terbayang2 hapa dia cerita.

Ni. Aku follow Youtuber ni sebab penceritaan dia bestest.

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 05:58 PM | Show all posts
A residual haunting is a type of haunting where an event or emotion is "imprinted" on a location, causing it to replay like a recording.

Residual ghosts are not spirits of the deceased, but rather echoes of their past actions, emotions, or energy. They are bound to repeat the same pattern, oblivious to their surroundings and the passage of time.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.057009 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list