View: 7322|Reply: 10
|
Mati Tercekik Makan Pulut, Mayat Budak 2 Tahun Disumbat Dalam Peti Ais
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui dalam keadaan berbungkus dan disumbat di dalam peti ais sebuah rumah di wilayah Nonthaburi, semalam, lapor akhbar Thaiger.
Susulan penemuan itu, polis menahan seorang wanita berusia 25 tahun, yang merupakan penjaga sah mangsa. Ibu bapa kanak-kanak itu dipenjarakan akibat kes dadah.
Ketika disoal siasat, suspek yang dikenali sebagai Koi berkata, pada 2 Januari lalu, dia tidur bersama mayat mangsa ketika menunggu suaminya pulang ke rumah.
Foto: Thaiger
Mayat kanak-kanak tersebut ketika itu dikatakan dihurung semut, manakala tangan dan mulutnya dipenuhi dengan pulut.
Suspek memberitahu polis bahawa mangsa meninggal dunia akibat tercekik pulut ketika makan. Disebabkan takut, suspek dengan dibantu suaminya membalut mayat mangsa menggunakan kain, menyumbatnya di dalam beg pakaian dan memasukkannya ke dalam peti sejuk, lapor akhbar Bangkok Post.
Polis masih menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa bagi menentukan punca kematian.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
seramnya, i olls baru masak pulut semalam...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Hurm...kalau tak leh jaga janganlah buat mcm tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya budak ni
parent penjara sbb dadah
penjaga jaga smp mati pula
|
|
|
|
|
|
|
|
macam cerita hantu siam dah |
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupannya mungkin tak bahagia. Dia dikelilingi oleh dewasa yang sebegitu. Berlarilah duhai anak di taman2 syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
Atuk pada suami penjaga duk 1 rumah..tapi buta nenek yg pi report polis sbb ada bau xsdap dlm bilik berkunci cucu dia.
https://www.bangkokpost.com/thailand/general/2719279/toddler-found-stuffed-in-refrigerator-woman-detained
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg tercekik sebab makan pulut ke ko yg sumbat pulut penuh2 sampai terjeluak tak boleh bernafas budak tu
macam tak nak jaga je.. kesian budak tu mak pak kat penjara |
|
|
|
|
|
|
|
pengasuh dia tido dgn mayat dulu la kan...pastu mayat pula tak dibersihkan pulut masih dalam mulut dan tangan mayat sampai semut dtg... |
|
|
|
|
|
|
| |
|