View: 14188|Reply: 16
|
Tak Sempat Pantau Peperiksaan SPM, Ustaz Maut Dihempap Trak Pikap
[Copy link]
|
|
Seorang guru agama yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas pada pagi Isnin.
Ketika kejadian, mangsa Abd Rashid Mohd Nor, 48, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerangau dalam perjalanan ke SMK Padang Pulut untuk bertugas sebagai pengawas Ujian Bertulis Bahasa Melayu (UBBM).
Insiden berlaku di Kilometer 76, Jalan Jerangau ke Jabur yang berhampiran Pusat Koreksional Dungun dekat Bukit Besi di Terengganu.
Foto: mStar
Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Sharifuddin Ali, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.08 pagi sebelum 10 anggota bersama jentera bergegas ke lokasi.
Kata Sharifuddin, sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati mangsa yang memandu sendirian ditindih kenderaannya dan disahkan meninggal oleh anggota perubatan Klinik Kesihatan Bukit Besi.
"Kami mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan guru berkenaan sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tanam jerangau tapi mcm lambat membiak. Daunnya wangi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.
Takziah.
Dulu² seblom lpt stret smpai k.ganu, mmg ikot bukit besi..bandar muftafi billah ni la blk klate.
Xsuka sbb sepanjang² jln ladang sawit saja kiri kanan.
Dr jabor nk menyampai k.berang tu jauhnyeee lahaii |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas: Iols tanam jerangau tapi mcm l ...
Macam mana pokoknya?? Tak pernah tengok pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
syukur tak kena kenderaan lain...salam takziah buat arwah... |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 8-1-2024 02:59 PM
Iols tanam jerangau tapi mcm lambat membiak. Daunnya wangi.
Apa benda jerangau tu..biasa dgr jerangau jabor.. ingatkan nama tempat... rupanya ada.tumbuhan nama jerangau ye...first time dgr today..
Utk tak ot....innalillahiwainnailaihirojiun
Ustaz ni tak pakai seat belt agaknya..tgk kereta nmpk takde teruk |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillahirojiun.. semoga Allah mengampunkan segala dosa2nya |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 8-1-2024 05:32 PM
Apa benda jerangau tu..biasa dgr jerangau jabor.. ingatkan nama tempat... rupanya ada.tumbuhan nam ...
Jerangau tumbuh dalam hutan, kawasan berair. Baunya wangi, ada la macam bau limau. Iols beli masa pkp 2020 ke 2021. Rasa berkenan bila tgk kat shopee. Tapi belum pernah berbunga dan berbuah mcm dlm gambar tu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 8-1-2024 04:17 PM
Macam mana pokoknya?? Tak pernah tengok pulak.
Ada dalam post #9.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hailak ni kalau laju bila terbabas risiko tebalik memang tinggi..salam takziah ustaz |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 11-1-2024 03:51 PM
Jerangau tumbuh dalam hutan, kawasan berair. Baunya wangi, ada la macam bau limau. Iols beli masa ...
Untuk apa pokok ni...hiasan or blh makan |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 11-1-2024 05:45 PM
Untuk apa pokok ni...hiasan or blh makan
Iols saja2 tanam buat koleksi. Boleh google kegunaannya. Satu lagi masa pkp iols gi beli rumput vetiver. Rasa sekarang tak tahu nak buat apa. Nnt bolehlah bagi kat saudara iols sbb rumah dia kat tepi cerun.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 11-1-2024 03:51 PM
Jerangau tumbuh dalam hutan, kawasan berair. Baunya wangi, ada la macam bau limau. Iols beli masa ...
ya rabbi selama ni iols igtkan jerangau tu nama tmpt jin bertendang je
tak sangka nama tumbuhan.
dpt info baru harini.
btw, innalillah...dan salam takziah kpd keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|