View: 20936|Reply: 21
|
Hanya 5 bulan bertunang, Yazid Izaham kini suami Youtuber Farisya Azman
[Copy link]
|
|
IKATAN pertunangan selama lima bulan penyanyi Yazid Izaham dan Youtuber Farisya Azman berakhir apabila pasangan itu sah bergelar suami isteri pada Sabtu.
Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Kota Bahru Kelantan dengan menyaksikan Yazid, 26, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 kepada pengantin perempuan.
Mengulas mengenai pernikahan itu, Yazid memberitahu dia masih dalam keadaan tidak percaya status bujangnya sudah bertukar menjadi suami yang hadir dengan pelbagai kemanisan serta tanggungjawab.
Yazid masih tak percaya dirinya kini sudah bergelar suami.
"Masih tak percaya yang saya sudah bergelar suami dan pikul tanggungjawab yang besar. Gembira itu sudah mestinya kerana majlis yang dirancang berjalan lancar," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Berkongsi perancangan selepas kahwin, Yazid dan Farisya akan berangkat ke Sabah untuk berbulan madu selepas beberapa urusan pekerjaan selesai.
Yazid memberitahu buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarang perancangan berhubung anak tetapi meletakkan perkara itu kepada rezeki.
"Kami rancang nak ke luar negara tetapi insya-Allah dalam masa terdekat akan ke Sabah terlebih dahulu.
"Kalau tentang anak, kami serahkan ia kepada rezeki, kalau ada insya-Allah," katanya.
Sementara itu, Yazid tidak akan menghalang Farisya meneruskan kerjasama dengan Aliff Irfan dalam menghasilkan video di saluran YouTube mereka.
Yazid berkata dia profesional terhadap karier isterinya namun sesekali akan muncul dalam video di YouTube Farisya.
"Saya izinkan dia bekerja seperti biasa, Farisya masih lagi akan buat content dengan pasukan Aliff Irfan dan insya-Allah kalau berkelapangan saya akan turut serta buat video.
"Saya tidak kisah jika isteri bergandingan dengan ahli lain sebab mereka sudah seperti keluarga. Kira masing-masing profesional terhadap kerja.
"Orang kata nak risau apa lagi dah jadi isteri, kan?," katanya.
Untuk rekod, Yazid dan Farisya mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu selepas beberapa tahun berkenalan sebagai rakan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Yazid n farisya Ni mmg famous ke?
Nape iols tak kenal?
Nnt lah iols google..
Taniya lah |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah mereka berdua, sampai boleh masuk benang gosip artis tempatan? |
|
|
|
|
|
|
|
Mencemar duli untuk drop komen, whoareyouusss? |
|
|
|
|
|
|
|
Sapekah manusia dua ketul ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la dik walau akak xkenal pun korg ni |
|
|
|
|
|
|
|
cantik baju sanding tu ..tp whoryussss??????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Budak laki tu kenal la gak sbb ada bbrp lagu dia dok main kt radio masa dia mula2 nyanyi dulu.. pasangannya x kenal.. apepon tahniah dan selamat pengantin baru~ |
|
|
|
|
|
|
|
Laki tu penyanyi tp x brapa popular. Tp lagu dia mudahnya ko berubah hot gak.
Isya tu talent ai team. Sapa dok layan kenal la
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki tu iols tahu lah penyanyi bbnu, lagu dia sedap jugak
Tapi yg pempuan tu sape |
|
|
|
|
|
|
|
bila semua nak jadi content creator
ntah la da jaminan ke kerjaya terus mantap
tapi aku x kenal keduanya
k bai |
|
|
|
|
|
|
|
Kedua2nya tidak ku kenali. Siapakah gerangannya |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah le walaupon ntah sapa yg retis. Btw acik jeri sikander bila nak kenduri ni? Dah nak masuk bulan puasa tak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Xkenalnya |
|
|
|
|
|
|
|
Makhluk mana pulak ni. Dah mcm random amik org awam boh dlm gosip retis |
|
|
|
|
|
|
|
Yazid ni penyanyi eh?lagu apa je?
Nyway tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
Betul.cantik baju sanding diorg.macam bju siam pon ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|