View: 6712|Reply: 14
|
15 Minit Biar Anak Melalak, Pemilik Cafe Nekad Halau Pelanggan
[Copy link]
|
|
Tangisan beserta jerit pekik yang dilakukan kanak-kanak pastinya membingitkan.
Bayangkan apabila ia berlaku di restoran dan kedai makan, para pengunjung yang lain.
Situasi sama turut berlaku di sebuah cafe di Australia sehingga pemiliknya bertindak menghalau empat keluarga yang anaknya dilaporkan menangis.
Bukan itu sahaja, pihak pengurusan cafe terbabit turut mengugut dengan menyatakan mereka akan membuat panggilan polis sekiranya keluarga terbabit tidak meninggalkan premis dengan segera.
Menerusi laporan NDTV World, salah sebuah keluarga terlibat memuat naik luahan di media sosial tentang insiden yang dialami dan mahu melancarkan boikot pada kedai berkenaan.
Namun, malangnya, dia 'disekolahkan' warga maya selepas pemilik restoran memuat naik insiden yang berlaku itu bersama rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Malah katanya, kanak-kanak terlibat telah 'mengamuk' dan menangis selama 15 minit sebelum dia mengambil tindakan pengusiran selepas keluarganya enggan keluar ketika diminta secara sopan.
"Selama kira-kira 15 minit kanak-kanak itu menangis dan menjerit mengganggu pelanggan lain yang cuba menikmati makanan mereka dan suasana kafe. Tangisan dan jeritan itu berterusan dan kuat," kata pemilik restoran.
Rata-rata netizen juga menyokong tindakan pemilik cafe tersebut.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Achik kalau ada bebudak menangis atau terjerit jerit tapi mak bapak buat bodo sebok main henpon, memang acik hangin..kalau ada effort nak pujuk bawak keluar jalan jalan kejap, achik tabik. |
|
|
|
|
|
|
|
belum lagi atas flight melalak sepanjang perjalanan. rasa ringan je tangan nak menampar budak dengan parents dia. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau xde usaha nak tenteramkan anak
mmg wajar dia bertindak begitu
sblm pelanggan lain yg keluar atau berhentam dgn parent kt situ |
|
|
|
|
|
|
|
flight tu kita paham laa jugak.. mana nak dihala kan anak tu kalau setakat dukung..ulang alik jalan dari toilet patah balik.. paham situasi tu dan kesian kalau parent dah try mcm2 tp anak still nangis..
yg x paham tu udah 15 min..ko buat dek jer mmg patutlaaa kene halau... |
|
|
|
|
|
|
|
tu special case la...1 hal plak nk kena pujuk bawak keluar tp atleast parent kena ada courtesy pujuk anakla kan
|
|
|
|
|
|
|
|
baru ni iols first time bawak infant naik flight. mmg risau kot anak melalak tak terpujuk.. tawakkal je la. naik2 tu mmg dia nanges sat, punyala iols cuak. dahla seat bebetul blkg business class kang kena halau lak haku nih. pastu sebagai parent kita mestila cekap bersedia, iols siap bancuh susu dah time menunggu nak masuk flight tu. so time dia nanges tu, bagi je la susu, helokkk diam minum susu pastu tido sampai ke destinasi. sebbaik destinasi tak sampai sejam je pon |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ramai jumpa budak2 sekarang jenis suka terjerit2.. parents muka toya je pastu bila anak nangis tak reti distract atau pujuk anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku plg benci skali dgn parents selfish
org lain nk makan dgn aman tenteram pun x senang
aku masuk restoran tu sbb aman damai je..skali dtg parents fr hell, anak melalak mcm sial,terus aku kensel order n ckp kat waiter tu yg aku benci budak2 memekak
so aku kensel order..x kisah la ko dh start masak kat kitchen ke apa ke
|
|
|
|
|
|
|
|
lg satu aku benci parents fr hell yg mana ifkita kt pool, tgh swimming, pastu dia x pedulik anak2 dia bila budak2 beruk tu masuk adult pool
kononnya sbb ada org dewasa lain dlm pool tu yg bleh jaga anak diorg
time tu juga aku naik..x kuasa nk jaga anak beruk dlm adult pool..pi mampos la anak ko nk mati lemas ke apa ke
bukan anak aku ponnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni me sokong 100%. dah lepaskan anak2 kat adult pool, mak pak duk kat kerusi fefeeeling duduk kat beach sesambil selfie. ingat dia bayar anak orang lain untuk jaga anak dia dalam pool tu. ehhhh...musibat betul! terutama yang peghak tak pernah masuk pool atau jenis datang dari bukit atau estet..
|
|
|
|
|
|
|
|
sj mak pak buat bebal ni...healing mcm tu..smpi anak2 menganggu ketenterama org lain |
|
|
|
|
|
|
|
sj mak pak buat bebal ni...healing mcm tu..smpi anak2 menganggu ketenterama org lain |
|
|
|
|
|
|
| |
|