View: 17915|Reply: 71
|
Isu Tyzo, saya beri penjelasan Jumaat ini, kata DJ Lin. Apa yang boleh saya katakan, Allah nak tunjuk, siapa kawan dan lawan saya.
[Copy link]
|
|
'Isu Tyzo, saya beri penjelasan Jumaat ini' - DJ Lin
https://www.bharian.com.my/hibur ... n-jumaat-ini-dj-lin
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed - Januari 14, 2024 @ 8:18pm
[email protected]
DJ Lin mohon maaf saya terpaksa berdiam diri selepas terima arahan pihak pengurusan atasan.
KUALA LUMPUR: "Suria FM akan jelas segala-galanya agar tidak timbul tuduhan dan dakwaan lagi dalam satu sidang media khas, Jumaat ini."
Demikian penjelasan Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin ketika diminta mengulas isu kekecohan penamatan kontrak penyampai radio, Tyzo, kelmarin.
DJ Lin berkata, dia mohon maaf tidak dapat memberikan kenyataan atau menjawab persoalan yang timbul selepas isu penamatan kontrak Tyzo menjadi tular.
Tyzo dan Shiera bergandingan mengendalikan slot Suria Petang sejak 2019.
"Saya minta maaf. Buat masa ini, saya terpaksa kunci mulut selepas terima arahan pihak pengurusan atasan.
"Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan. Bagaimanapun, Suria FM akan buat penjelasan lebih lanjut menerusi satu sidang media, Jumaat ini," katanya ketika dihubungi BH Online.
Mengulas pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya, DJ Lin sekali lagi mohon maaf.
"Saya tak boleh jawab apa-apa. Tak adil dengar sebelah pihak sahaja, jadi tunggu penjelasan kami.
"Apa yang boleh saya katakan, Allah nak tunjuk, siapa kawan dan lawan saya," katanya.
Terdahulu, pengumuman penamatan kontrak Tyzo menjadi kecoh apabila ramai tidak berpuas hati dengan pemberhentian penyandang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) itu.
Tindakan dilakukan pihak pengurusan stesen radio milik Star Media Group Berhad itu disifatkan sebagai tidak wajar sedangkan segmen Suria Petang dikendalikan Tyzo bersama Sharifah Shahirah atau Shiera adalah slot paling popular pada waktu petang.
Tak berpuas hati dengan tindakan stesen radio itu, ramai mengugut mahu memboikot Suria FM.
|
|
|
|
|
|
|
|
pendapat peribadi aku, dj lin lebih sesuai ke stesen2 radio utk target org2 lama.. klasik fm ke, sinar fm ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
spin selagi boleh spin .. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Ehh...chop. Bukan ke DJ Lin ni DJ kesayangan ramai?
p.s. Maaf meols cam da lama tak dengar radio bebetul. |
|
|
|
|
|
|
|
butuh la maklampir ni da la membosankan |
|
|
|
|
|
|
|
dj lin segment malam x best...tyzo ganti malam ngan bob pun okay..drpd dia.ni pandangan i ler...
tp tyzo ptg2 lawak kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa kawan siapa lawan saya pebenda dia ni... suria fm tu kau ke owner |
|
|
|
|
|
|
|
tak suka dengar suara dia dalam suria FM...suara yang dibuat2x.
bila bercakap suara lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahulah siapa betul, siapa salah dalam kes depa ni tapi ayat "siapa kawan dan lawan" tu sangat tak professional untuk bos-bos ucapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Gaslighting much.. puihhhh
Elok kau je lah jadi DJ semua slot dah batak populariti sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak nau thread isu tyzo vs. DJLin ni. |
|
|
|
|
|
|
|
keep on haluing la DJ Lin |
|
|
|
|
|
|
|
sape lawan sape kawan...phuiihhh..
sape plk kena tendang anat oiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Si tua ni frust tak dpt bawa trofi ke jelajah sinar sesi bertemu peminat
Ada ke peminat si tua ni. Acik2 porum ke
|
|
|
|
|
|
|
|
gerbera.memopad replied at 15-1-2024 11:19 AM
Tak tahulah siapa betul, siapa salah dalam kes depa ni tapi ayat "siapa kawan dan lawan" tu sangat t ...
Betul. Boss x perlu hurai cerita personal. Kenal lwn n kwn ni more on emotional effect. Boss doesnt need tu express personal emotion. Dia x professional |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 15-1-2024 11:20 AM
Gaslighting much.. puihhhh
Elok kau je lah jadi DJ semua slot dah batak populariti sangat.
cemane dia nak jd dj semua slot? slot dia pun asik org lain yg ganti |
|
|
|
|
|
|
|
deebiz14 replied at 15-1-2024 02:37 AM
Ehh...chop. Bukan ke DJ Lin ni DJ kesayangan ramai?
p.s. Maaf meols cam da lama tak dengar radio b ...
Dia DJ paling dipercayai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macik antara yang rengsa dengar suara Lin nih
Dedolu zaman 1998 gitu kot
Dok dengar suara dj laki Isma Halil tu
Tiber muncul si Lin ni
Adoiiiii kemain lemah gemalai
Naseb keluar radio Era
Rancakkkkk
Tapi betul lah komer cakap tu
Dia elok jadi dj radio gomen
Veteren sangat dah suara dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|