CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8454|Reply: 23

‘Tengok Muka Saya Baik-Baik, Adakah Saya Jenis Suka Menipu?’ - Chef Wan

[Copy link]
Post time 15-1-2024 02:48 PM | Show all posts |Read mode







“GILA ke saya nak rosakkan nama saya sendiri?”


Itu respons personaliti masakan popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang berdepan tuduhan menganiaya pekerja restorannya.


Menurut Chef Wan, perkara berkaitan pengurusan atau sumber manusia Kumpulan Restoran Chef Wan (CWGR) bukan bawah kendaliannya kerana dia hanya bertanggungjawab mengendalikan resipi serta menjaga kualiti makanan.


Sejak awal bekerjasama, saya sudah terangkan secara jujur dan ikhlas. Saya tak buat keputusan untuk gaji kakitangan atau mengambil, memecat kakitangan dan operasi.


“Jadi, saya tanya rakan perniagaan dan Pengurus Besar untuk jelaskan kepada saya jika betul (dakwaan) kerana membabitkan nama saya yang tidak berdosa ini.


“Saya dimaklumkan bahawa dakwaan itu tidak betul,” katanya dalam perkongsian Instagram.


Menurut Chef Wan, memang ada kakitangan yang diberhentikan dan dipotong gaji atas faktor prestasi kerja, tidak berdisiplin atau didapati menipu syarikat.


“Sebahagian pekerja ini sebenarnya tidak gembira dan berhenti kerja selain ada pula yang asyik bergaduh sehingga memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan serta makanan kami."


"Takkan mereka sampai tak boleh ditegur? Takkan sebagai majikan, kita nak tunduk kepada fitnah atau ugutan mereka?


“Jadi, saya cuba memahami keadaan kedua-dua pihak sehingga ke akar umbi bagi mencari punca supaya nama saya tak tercalar kerana saya yang tersepit di tengah-tengah,” ujarnya.


Baginya dia tidak mungkin melakukan perbuatan yang menganiaya pekerja tanpa sebarang sebab.


Tengok air muka saya baik-baik, adakah saya jenis manusia yang suka menipu? Nampak sangat tuduhan datang dari hati tidak baik.


“Jangan fitnah saya. Hanya kerana tidak setuju dengan polisi syarikat, saya dikatakan penipu,” ujarnya.


Sebelum ini tular di media sosial tentang pendedahan seorang pekerja di restoran De.wan 1958 by Chef Wan yang mendakwa gajinya dipotong sebanyak RM1,000 tanpa diberikan sebab munasabah.


Susulan itu Chef Wan menjadi sasaran kecaman ramai memandangkan restoran berkenaan menggunakan namanya.


Pengurusan CWGR pula mengeluarkan kenyataan penularan itu adalah berita palsu, malah syarikat terbabit memberi amaran tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 03:16 PM | Show all posts
antara branch bangi vs kleast, iols prefer kleast. layanan overall, mmg better kleast.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 03:17 PM | Show all posts
dont play2 dengan pekerja tau...  ada yang sejenis takkan mengaku salah n siap fitnah sana sini, lagakan sana sini...  busuk hati dia tu sampai nak buat company jatuh terduduk...

tapi tak nafikan ada jugak pekerja yang teraniaya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian juga kat chef wan..ujian bertimpa-timpa utk dia 2024 ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
restoran tu bukan beliau punye
chef wan jadi ambassador brand rupenyee ????
nak kopipes tak reti
korang bace sendiri je lah

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2022/08/27/globaltec-set-to-acquire-45-stake-in-chef-wan039s-fb-business-for-rm20mil
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa bukan jaminan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2024 10:07 PM | Show all posts
kalau iols jadi heshe, iols panggil pengadu jugak face to face.... dgr both side...
setakat potpetpotpet dengar cakap biz partner je tak bring justice pun...

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah. Bagi pihak meols, mcm tak logic plk seorang individu berani gila nak go against Chew Wan punya company mcm ni. Yelah, Chef Wan kan asyik berzikir je yg dia ni famous, org atasan, ternama, bla bla bla. I mean, tgk case si muka buruh si Shahmira tak sedar diri tu. Pekerja bising sbb berasas. Cuba panggil staff yg kena potong gaji tu, and tanya sendiri. Ni engko dok tanya pihak2 atasan company engko je. Molot kau cemana senyappp lah pulakk. Haruslah pihak pengurusan deny deny deny.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 16-1-2024 01:45 AM
Entahlah. Bagi pihak meols, mcm tak logic plk seorang individu berani gila nak go against Chew Wan p ...

Antara dua kes ni, Cwan n Shamira, (walaupun kedua-duanya mungkin sekadar 'muka depan' jer), Shahmira handle dengan lebih responsible.

Shahmira amik tanggungjawab. Takder dia lepas tangan bukan dia yg handle soal gaji kwsp bagai (walaupun sekadar muka depan), takder ngaku dia muka baik, muka jujur bagai. Takder dia tuduh yg komplen tu hati busuk. Takde dia kata pekerja buat tuduhan palsu. In this regard, Shahmira is more respectful in my eyes.

Potong gaji sampai tahap gaji minimum lagi menyakitkan dari delay bayar kwsp. Never in my working experience kena potong gaji. Tapi delay bayar kwsp, ada, sebab  company kurang untung. VSS dgn tiga bulan gaji pun ada, cuma tak terpilih.

Keep in mind, kwsp kalau delay tetap la kena bayar, sebab ada akta undang². Kalau lewat ada denda + interest yg kena bayar. Tak bayar gak, turun naik mahkamah + masuk penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 08:51 AM | Show all posts
Carcosa replied at 16-1-2024 01:45 AM
Entahlah. Bagi pihak meols, mcm tak logic plk seorang individu berani gila nak go against Chew Wan p ...

ye..bkn kaleng2..xmgkin suke2 je staff berani komplen..mesti la ade asas dan bukti kukuh...menjwb la ko chepone..bkn mslh tgk muka baik2 ke ape..ni mslh communication..ko turun pdg x jenguk staff2 ko tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau famili sendiri pun dia boleh maki and malukan...mesti dgn staff pun dia buat macam tu. So aku percaya jer ada staff yg tak tahan dan luahkan. Kalau tak betul kenapa tak report polis jer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat dulu dia malukan menantu dia semata2 sebab sofa buruk. To me kalau mak bapak kaya, janganlah nak anggap anak menantu boleh kaya juga. Ko dah berapa lama kumpul harta. Anak menantu baru nak hidup. Dia jatuhkan nama orang boleh, orang jatuhkan nama dia tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang fnb staff ni macam2 peel. Keluarga terdekat pernah lah bukak biz fnb jap. Memang boleh jadi gila handle diorang ni. Sesuka hati tak datang, tetiba MIA.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 12:35 PM | Show all posts
bro_kr replied at 16-1-2024 08:51 AM
Antara dua kes ni, Cwan n Shamira, (walaupun kedua-duanya mungkin sekadar 'muka depan' jer), Shahm ...

Well said!

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 05:22 PM | Show all posts
Kalau ikut track record tokwan ni, tengok muka dah tau jenis defensive & narsis... so, kemungkinan cerita staff adalah benar.. HAAHAAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye kau suka menipu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasan muka suci mulut baik hati bersih sexuality straight
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 17-1-2024 07:16 PM

Senang sangat la hidup kalau tengok muka aje boleh tahu orang tu menipu ke tidak
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Buka baik2?
Entahlaaa tak sampai hati nak bagitahu org muka kita ni baik ke jahat ke.
Biarlah org yg judge... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada terbaca komen dkt tiktok.. mana dia tau apa kd kat restoran dia sbb asyik bercuti dgn bf muda…
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.076330 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list