View: 14812|Reply: 25
|
Nak komen 'demand' naik gaji? Tunggu apa kata DJ Lin - Tyzo
[Copy link]
|
|
Nak komen 'demand' naik gaji? Tunggu apa kata DJ Lin - Tyzo
https://www.bharian.com.my/hibur ... pa-kata-dj-lin-tyzo
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - Januari 15, 2024 @ 4:01pm
[email protected]
Tyzo ketika menerima trofi ABPBH 35 pada malam kemuncak ABPBH 35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, Julai lalu. Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander sedia mengulas dakwaan konon bersikap 'demanding' termasuk menuntut kenaikan gaji sebaik menang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, selepas isu penamatan kontrak diperjelaskan pengurusan stesen radio terbabit, Jumaat ini.
Tyzo berkata, setakat ini, dakwaan konon dia bersikap 'demanding' dianggap sebagai khabar angin.
"Saya tidak mahu mengiya atau menafikan dakwaan itu. Saya akan jawab dakwaan itu selepas mendengar kenyataan rasmi Suria FM.
"Bagi saya, kalau setakat khabar angin, dakwaan itu tidak boleh dijadikan dalil. Jadi, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi daripada Suria FM," katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dilapor berjanji mengadakan sidang media bagi menjelaskan kontroversi pemberhentian kontrak Tyzo di Kuala Lumpur, Jumaat ini.
Jumaat lalu, Suria FM iaitu stesen radio milik Star Media Group Berhad, mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, ditamatkan.
DJ Lin dilapor berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar.
Tyzo berkata, cintanya kepada industri radio, masih menebal. Namun, sejak diberhentikan kerja, dia belum menerima tawaran daripada stesen radio lain.
"Saya masih boleh bekerja. Penerimaan orang juga masih baik. Jadi, kenapa saya hendak padamkan kebolehan yang ada begitu saja? Kalau ada tawaran untuk mengacara dan menjadi penyampai radio serentak, saya tiada masalah untuk lakukan.
"Saya juga sangat sayangkan program bersama Sharifah Shahirah (Kak Rara). Saya berharap kami dapat bergandingan kembali jika ada pihak yang sudi memanggil kami berdua.
"Saya sayangkan gandingan serasi kami berdua... Untuk mendapatkannya, bukan mudah. Saya sangat terhutang budi kepada Kak Rara. Kalau bukan disebabkan dia, tidak mungkin trofi ABPBH 35 menjadi milik saya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
DJ lin terjaki pada tyzo
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus tyzo ni jarang aku dengar dj popular bagi credit kt partner dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tgk jumaat ni nak ke si djlin tu mention kenaikan RM500.. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 15-1-2024 05:15 PM
Bagus tyzo ni jarang aku dengar dj popular bagi credit kt partner dia.
Tapi yg kelakar nya... Sblm menang abph... Dia ckp dgn kak rara... Kak, kak... Suruh la orang undi aku... Nanti, kalau aku menang... Aku sebut nama kau...
Bila menang... naik atas pentas, dia boleh terlupa sebut nama kak rara... |
|
|
|
|
|
|
|
timah03 replied at 15-1-2024 10:24 PM
Tapi yg kelakar nya... Sblm menang abph... Dia ckp dgn kak rara... Kak, kak... Suruh la orang undi ...
Haa ketulahan ...itu yg cepat je kena pecat |
|
|
|
|
|
|
|
LIVE
SELEBRITI
Saya tak buat gimik murahan - Tyzo
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Januari 16, 2024 @ 11:00am
[email protected]
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
Tyzo ketika menerima trofi Penyampai Radio Popular pada ABPBH 35 yang disiarkan secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Julai tahun lalu. Foto NSTP
Tyzo ketika menerima trofi Penyampai Radio Popular pada ABPBH 35 yang disiarkan secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, Julai tahun lalu. Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander mendakwa tidak akan memperbodohkan diri dengan taktik pemasaran murah apabila ada pihak menganggap isu penamatan kontrak dengan stesen radio itu, sebagai gimik.
-ADVERTISEMENT-
Ads by
Tyzo atau nama sebenar, Tuah Zolqarnain Idris, 47, tidak akan berkompromi atau terjebak dengan aksi gimik kerana membabitkan maruah diri.
"Saya ada dengar orang kata apa yang berlaku adalah gimik. Maaf, saya tidak akan memperbodohkan diri untuk taktik pemasaran begitu.
Jumaat lalu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir. Foto NSTP
Jumaat lalu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir. Foto NSTP
"Bagi saya, cara itu dalam dunia penyiaran, sangat bodoh. Saya tidak akan berkompromi untuk suatu eksperimen seperti itu," katanya kepada BH Online.
Jumaat lalu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin dilaporkan berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar.
Mengulas pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman, Ahad lalu, Tyzo berkata perbincangan mereka sangat positif.
"Kami banyak membincangkan kerjasama boleh dibuat bagi memantapkan lagi kandungan program televisyen (TV) dan digital di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Suhaimi masih mencari idea kreatif dan kerjasama yang boleh dijalinkan. Sebagai orang lama yang banyak pengalaman dalam dunia penyiaran, beliau nampak ada perkara yang boleh kami lakukan.
"Kebetulan beliau sedang mencari bakat yang sesuai dengan konsep RTM sekarang. Tetapi, sebelum itu mesti beliau mahu tengok dahulu kesesuaian serta program yang cocok buat saya," katanya.
Tyzo yang pernah mengendalikan program Arena Global untuk Astro Oasis dan Bintang RTM menyimpan angan-angan untuk memiliki program bual bicaranya sendiri seperti Oprah Winfrey.
"Impian saya dari dahulu sukakan program wawancara ilmiah, hiburan, politik dan sebagainya. Saya yakin dengan pengetahuan yang ada, saya dapat memberi maklumat kepada masyarakat," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Suria cinta yang pujuk Tyzo masuk Suria balik, DJ suria cinta jugak yang tendang dia keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Since aku boikot suria, try tukar ke era, tp lagu mcm bnyak x kena, tukar ke sinar adoii rengsa pulak bila turn dina sapa2 tolonglah suggest stesen radio yg best yg lagu2 ala2 mcm kat suria jugak |
|
|
|
|
|
|
|
kl.fm
|
|
|
|
|
|
|
|
timah03 replied at 15-1-2024 10:24 PM
Tapi yg kelakar nya... Sblm menang abph... Dia ckp dgn kak rara... Kak, kak... Suruh la orang undi ...
dia terkezutt uolls...ingtkn bos nya yg akan menang...bos nya kan pegang takhta 4 thun btrut tak silap... |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 16-1-2024 05:43 PM
kl.fm
Aku dengar Best Fm sejak dulu, silih ganti ngn Suria. Lagu2 best la kena ngn jiwa ehehe ehehe tp Dj diorg boleh laa takde la hauk sangat |
|
|
|
|
|
|
|
layan bernama radio je la
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dengar Suria sebab lagu.. dan Rara & Tyzo tapi tadi aku dengar Rara dengan budak baru tu Cringe la jugak pasal dia cakap laju nak cepat.. tapi aku lagi terkesan masa diorang tendang Arwah Kak Dib dengan Baki Zainal.. aku pindah Sinar setahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 16-1-2024 05:43 PM
kl.fm
best ya. Nnti try dengar..tenkiuu |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 16-1-2024 05:38 PM
Since aku boikot suria, try tukar ke era, tp lagu mcm bnyak x kena, tukar ke sinar adoii rengsa pula ...
Ingatkan aku je yg tak boleh tahan dgn si dina tu, bingit sgt dan ketawa terbahak2. Kalo fafau ketawa aku boleh terima lg tp kalo dina, mmg turn off sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kan meniaga jugak.. Ada kilang ke apa ntah tak salah.
So dah sedia ada berduit pun.
Kerja as dj bertambah berduit lah pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Piramida replied at 16-1-2024 08:18 PM
Dia ni kan meniaga jugak.. Ada kilang ke apa ntah tak salah.
So dah sedia ada berduit pun.
Kerja as ...
org niaga...msti dia pn nk rolling modal bisnes drpd gaji dj |
|
|
|
|
|
|
|
mamastoney replied at 16-1-2024 07:22 PM
Ingatkan aku je yg tak boleh tahan dgn si dina tu, bingit sgt dan ketawa terbahak2. Kalo fafau ket ...
Iyaaaa..dahlah turn dia ngam2 time aku masuk dapur nak masak2, serabut kadang lama2 dengar |
|
|
|
|
|
|
|
kool fm pn ok juga. aku skrg tukar2 sinar, suria, kool fm.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|