View: 6599|Reply: 6
|
Lelaki Tampar Juruterbang Yang Sedang Buat Pengumuman, Geram Pesawat Tangguh 13 Jam
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki telah ditahan kerana menampar seorang juruterbang akibat berang pesawat yang dinaikinya ditangguhkan disebabkan cuaca buruk.
Menerusi laporan The Straits Times, insiden tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi.
Kejadian tersebut telah dirakam oleh penumpang lain dan ia menjadi tular di media sosial.
Pesawat tersebut sepatutnya terbang dari Delhi ke Goa pada 14 Januari namun, disebabkan kabus yang tebal dan sejuk menyelubungi kawasan besar di bahagian utara India pesawat tersebut menghadapi kelewatan 13 jam.
Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang penumpang itu menghayun lengannya secara agresif dan menampar juruterbang, menyebabkan dia tergelincir ke belakang.
Ketika kejadian, juruterbang tersebut sedang membuat pengumuman sebelum dia ditampar.
Dua pramugari yang melihat kejadian tersebut segera membantu untuk menghentikan penumpang tersebut daripada menyerang juruterbang lebih jauh.
Seorang penumpang berhoodie biru juga untuk menghentikan suspek dengan menenangkannya dan berjalan bersamanya.
Walau bagaimanapun, penumpang itu telah ditahan selepas Syarikat Penerbangan IndiGo memfailkan aduan terhadapnya.
Kini, pihak polis telah menjalakan siasatan dan lelaki itu dihukum kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela.
Sumber: The Straits Times, Hindustan Times |
|
|
|
|
|
|
|
Babi ni, dah sah2 bad weather. Ko nk pelangkong pilot tu dah knp? Baik kau pelangkong patung sami yg kau sembah2 tu, suruh dia tukar kabus tu jadi matahari cerah. Bodo |
|
|
|
|
|
|
|
bagi la dia bawak halahai |
|
|
|
|
|
|
|
Dia igt org sesaja nak tunda flight?
Bodoh betul la |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ini flight delay season baru baru ini ada airline toast passenger di airport lebih 12 hours + bad service |
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 baca dah agak dah bangsa mana yg jenis perangai mcm ni hahaha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|