View: 18234|Reply: 85
|
"Teringin Nak Tengok Aqish Dan Zahirah MacWilson Dalam Satu Frame", Netizen Terpukau Dengar ‘British Accent’ Puteri Balqis
[Copy link]
|
|
Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis yang meningkat dewasa dipuji ramai kerana penampilan terbaharunya yang dilihat semakin cantik dan matang
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Puteri Balqis memberikan sedikit komen mengenai pandangan yang diberikan sesetengah pihak yang beranggapan dirinya tidak sesuai untuk membawakan karakter yang lebih tua kerana usianya yang masih muda.
Menerusi sesi temu bual tersebut, Balqish atau lebih mesra disapa Aqish menjelaskan bahawa dia bersyukur kerana ditawarkan untuk membawa watak dan karakter yang lebih tua berbanding dengan usianya.
Tambah Aqish, meskipun dirinya tidaklah begitu tertekan seperti mana watak yang dibawa namun, watak-watak tersebut sangat sesuai dengan jiwanya.
"Setiap lapisan umur lalui pelbagai perkara bahkan budak umur lima tahun juga melalui macam-macam dugaan. Pada saya, kita perlu rasai pengalaman dan dugaan yang dilalui oleh setiap peringkat umur.
"Sejujurnya, saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh bawa watak yang berbeza seperti watak isteri orang, mak orang tapi saya okay sebab watak-watak yang berat itu sesuai dengan jiwa saya.
"Ia sangat sesuai walaupun diri saya yang sebenar tidaklah tertekan seperti mana watak-watak yang saya bawa itu".
Ketika ditanya mengenai tentang kecaman, pelakon berusia 16 tahun ini berpendapat kecaman merupakan lumrah yang perlu dihadapi oleh setiap individu.
"Kecaman akan datang pada kita tanpa mengira apa yang kita lakukan. Kita diam atau bersuara sekalipun kecaman tetap akan ada.
"Saya tak akan hipokrit dengan mengatakan yang saya akan mendoakan yang terbaik buat para ‘haters’. Pada saya mereka nak kecam, teruskan.
"Yang penting untuk saya jaga ialah para peminat saya yang sentiasa sayang dan berikan sokongan kepada saya. Itu sahaja motivasi yang saya perlukan untuk teruskan kerjaya saya".
Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dan apa yang menariknya ialah, netizen begitu teruja mendengar loghat British oleh pelakon muda berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyamakan loghat Aqish dengan pelakon kacukan Zahirah Macwilson dan berharap dapat melihat mereka bergandingan dalam satu drama atau filem satu hari nanti.
Memang kagum dengan kebolehan Aqish, walaupun difahamkan dia hanya belajar di rumah tapi mampu "speaking" sehebat ini!
Sumber: TikTok/remaja/ohbulan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa mcm biasa2 jer..setakat bulls"*™ camtue xdelah british2 sgt. Ke aku dengki aqish pelat london dari aku |
|
|
|
|
|
|
|
hotak mcm adik beradik
kalau zahirah jadi majikan
si budak kerek ni sesuai ambik jadi anak cleaner jer |
|
|
|
|
|
|
|
Rojak language daaa .... ingatkan full range brits talk.. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak lawa bila gambar pegun..
tapi bila live hilang semua lawa tu
plus elok la bagi watak lain..
muak tengok watak melalak je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila Zahirah cakap British accent? Bukan Aussie ke? Anyway I dah dengar Akish ni cakap. Takde la in awe sangat sebab gitu la gaya budak2 sekarang cakap. Especially yang 24/7 melayan Peppa Pig |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku malu lah nak berslang over camtu....gi UK pun tak pernah..mak bapak muka melayu jawa. Emma maembong pun tak batak sangat nak speaking padahal mak mat saleh...kulit mat saleh sampai ke cucu2. |
|
|
|
|
|
|
|
aqish ni accent satu hal..choice of words of pon bagus..org btish depa cakap witty, berlapik berlapik itu yg mahal dan susah nak tiru ..tu yg aqish ada..
lagi satu aqish ni pon bijak dia pernah cakap even budak 5 tahun melalui experience yg lebih dari dewasa jadi jgn pandang rendah dgn experience budak budak |
|
|
|
|
|
|
|
Celah mana dia dapat fake accent ni?sbb dia penah belajar kt BBC ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Zahirah tu mmg naturally english dia ausie accent
Minah sorang ni di buat2. Mcm shila dulu2. |
|
|
|
|
|
|
|
Well, entah la kenapa aku jenis tak boleh nak bersangka baik sangat dengan aqish ni. Bukan jealous tau. Tapi takde keperluan pun nak berbritish accent ni for her. Berlakon pun cerita melayu je kan? N rasa seperti she try to add some english word in brit accent untuk tunjuk yang, she’s cool, educated bla bla bla walaupun nan hado.
Aku pun masa sekolah asyik guna british accent sebab iols suka n family iols ada few stay in UK termasuk siblings iols. Tapi bila masuk zaman kerja ni, iols takde dah speak british accent kalau bukan dengan orang luar UK. Simple english je asalkan orang faham.. |
|
|
|
|
|
|
|
soalan serius, sekarang dia da senang ke? mak dia masih menjual buku lagi ke mcm kisah dia dulu?
masih makan ubat ke adik ni? |
|
|
|
|
|
|
|
dua2 aku tak berkenan, baik ZM atau budak acah2 ni...takde keperluan cakap in British accent ye. cakap simple english je cukup. berangan! |
|
|
|
|
|
|
|
I teringat lama2 dlu,anak angkat misha omar fluent brit accent sbb suke tgk disney channel ke high 5 ..xingat..anak angkat die time tu anak istimewa
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah accent sgt lah, habiskan belajar dulu get a cert or something, ubah hidup tu jadi lebih baik, what's an accent for if u are still a struggling actress, dapat watak utama pun susah. |
|
|
|
|
|
|
|
video tu nampak tua drpd sepatutnya. mulut mcm lebar, mata dan kening nampak weird. dan mati2 ingat full english, rupanya rojak je.
takde nmpk similarity dgn zahirah pun, ewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
imitate accent je pun.... btw she fasa rebel lagi ke... dah bertahun imej gitu... nak menampakkan sangat dia rebel, independent, BLA BLA BLA..... yeeee...people get it dikk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada la gak bunyinya...tak sesia la mak ko perabis duit hantar belajar kat BC walaupun... |
|
|
|
|
|
|
| |
|