PELAKON Datuk Fizz Fairuz mendedahkan kurang menerima tawaran lakonan sejak kebelakangan ini kerana ada beranggapan dia demand harga kerana memegang status Datuk.
Mengulas mengenai perkara itu, Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, berharap mana-mana pihak tidak membuat andaian tanpa usul periksa kerana dakwaan itu sama sekali tidak benar.
“Ikutkan sudah dua tahun tiada kerja berlakon sangat, lepas penggambaran filem Mat Tudung ada la orang panggil tapi jadi tetamu undangan dan berlakon sikit saja, jadi agak struggle juga buat saya tahun lepas.
“Susah juga nak jangka mengenai ini tapi kebanyakkan orang suka buat andaian sendiri, tak tanya harga kemudian terus cakap mahal sebab status saya Datuk, malah ada yang cakap saya sudah kaya jadi tak perlu berlakon.
“Datuk itu kurniaan macam anugerah kerja kita, jadi kerja berlakon masih macam biasa jangan salah faham, tiada isu timbul tak nak berlakon ke apa ke sebab lambat laun kita akan berjumpa juga,” kata Datuk Fizz kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 23-1-2024 11:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg la sepatutnya ada gelaran tu payment pun tinggi. Kalau ciput ko x payah hadap la title dato' tu. Patut org ada title ni kena ada gaya, ada aura. Bukan muka caprut.
Post time 23-1-2024 01:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tapi dia ni dato yang sempoi kot... Duduk apartment kecik je, anak2 pun sekolah kerajaan, bini pickup anak skola pun pakai moto je ..almy pun tak kecoh nak ber birkin , ber LV ..cukup t shirt adidas copy ori, muka berminyak, seluar godang dengan selipar asadi
Post time 23-1-2024 05:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
red_velvet replied at 23-1-2024 01:42 PM
Tapi dia ni dato yang sempoi kot... Duduk apartment kecik je, anak2 pun sekolah kerajaan, bini picku ...
Anak ramai nk pkai duit byk sis. Income beso pun kena bahagi pada byk benda. Tp untung depa ni 1 je.. anak ramai tp smua girl. Jimat xyh beli brg baby wana pink yg baru..leh recycle hak anak previous punya hahaha.....
Nth la dunia. Nk puaskn hti smua org mmg xbole ek. Pdhal couple ni lgsg xkcau org. Kepam2 deme pun deme kepam sama2 dlm rumah aprtment deme tu je apa yg saket hati sgt onglen tu... ke ada benda yg aku xtau? Ada isu ke dia ganti tmpt tyjo ke ???!!
Bab berlakon dia ni memang bagus pun. Apa2 watak pun boleh bawak. If bayar or demand mahal logik je. Cuma tu la, tetiba jadi Datuk. Macam tak kena. Tapi walau rumah biasa, tapi anak2 dia mcm bersih kemas je kan. Pernah la sekali sekala tengok.
tu yg sultan johor ckp...
kalau dia campak batu kat org2 malaysia ni...
mesti kena kat kepala dato...
kemudian batu tu melantun..mesti kena kat kepala dato juga