View: 7759|Reply: 39
|
Tak Perlu Berebut, Mental Anak Kena Jaga – Keith Foo
[Copy link]
|
|
ENGGAN merosakkan emosi anak, pelakon Keith Foo memilih untuk tidak mementingkan diri dengan mengekalkan hubungan baik bersama bekas isteri, Kim Raymond sejak berpisah tiga tahun lalu.
Katanya, setiap pasangan yang memilih perceraian sebagai jalan terakhir perlu meletakkan ego masing-masing ke tepi agar tiada pertikaian di kemudian hari terutama membabitkan penjagaan zuriat mereka.
“Kami sama-sama matang. Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, kami masih ibu bapa kepada satu-satunya puteri kami yang kini sudah berusia enam tahun.
Tidak perlu bergaduh berebut anak atau perkara tidak sepatutnya. Kita yang inginkan anak ini, pada akhirnya perlu bertolak-ansur dan banyak berbincang.
“Apa pun yang terjadi antara kita, jangan libatkan anak dalam konflik, berbaiklah sebagai kawan serta sama-sama besarkan mereka. Mental anak perlu dijaga,” katanya selepas sidang media drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, semalam.
Keith yang membawakan watak Ammar Arafat dalam naskhah siaran Astro Ria itu juga mengakui belum terfikir untuk menamatkan zaman duda, sebaliknya bahagia menikmati kehidupan solo.
“Setakat ini saya tidak mencari pengganti kerana masih seronok menjalani aktiviti harian, selain bersyukur ada kerja, dapat melancong, berkhemah dan sebagainya.
Kalau nak ke fasa seterusnya pun saya tak memilih atau meletakkan syarat tertentu, tetapi kena ambil kira perasaan anak walaupun dia masih terlalu kecil.
“Asalkan anak selesa dengan si dia, sebab kalau letak banyak kriteria nanti takut pula akhirnya tiada keserasian. Jadi, tak guna terlampau cerewet,” ujarnya.
Pemilik nama sebenar Foo Chuan Chin, 41, mendirikan rumah tangga dengan model, Kim Raymond pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar.
Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu tidak kekal lama apabila mereka sah bercerai pada Disember 2019.
Sementara itu, mengenai peranan digalas dalam Layang-layang Perkahwinan, Ammar Arafat lelaki yang muncul dalam hidup Saida Amanda lakonan Ezzanie Jasny ketika wanita itu dicurangi suami, Azim Hasibullah (Shukri Yahaya). – HIGBLAM

|
|
|
|
|
|
|
|
tapi sorry to say...bf si kimci sekarang duda anak 2 mmg nampak busuk,,dah la setakat pengarah sendu |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la cenggitu pikir mental anak bukan selfish memasing..korang nak bercerai ke nak couple ke nak kawin ke melingkup ke anak2 tetap tanggungjawab bersama… |
|
|
|
|
|
|
|
Kim bila nak kawen dgn BF tu. Ready ke nak masuk Isley? |
|
|
|
|
|
|
|
Ex couple yg boleh dijadikan contoh
Relax je co-parenting, yg penting ank happy |
|
|
|
|
|
|
|
Mana mungkin Keith dan ex tak ada challenges lepas bercerai. Tapi both tak selfish dan level tolerance dan patience sangat tinggi. Banyak kekecewaan simpan dalam hati sampai sakit itu hilang sendiri atau bearable. |
|
|
|
|
|
|
|
keith foo zmn ariana rose nampak hnsem..skrgg gemokk lak
|
|
|
|
|
|
|
|
yg penting anak happy kan
ego tu buang la demi anak jgk |
|
|
|
|
|
|
|
tapi boifren kepada ex heols bertiang lagi takde rupa dari heols 
apa agaknya dalam kepala si kimchi tu. Dah la mamat tu nampak macam leech jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 23-1-2024 12:38 PM
tapi sorry to say...bf si kimci sekarang duda anak 2 mmg nampak busuk,,dah la setakat pengarah sendu ...
sama la kaka, iols pon lama dah nak kutuk heols dekat porem tapi takde tempat pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Kim nye bf tu ongkaya mcm dia gak ke |
|
|
|
|
|
|
|
apa punca deme ni cer
nampak helok je baik walaupun dah cer |
|
|
|
|
|
|
|
kalchi replied at 23-1-2024 05:32 PM
Kim nye bf tu ongkaya mcm dia gak ke
Tak rasa kaya sbb uma family dia kat pantai hillpark condo je rasanya. Tak rasa si Kimchi ni nak convert pun. Benda xyah kahwin buat apa kahwin. Lgpun bf dia cm open minded. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 23-1-2024 05:12 PM
keith foo zmn ariana rose nampak hnsem..skrgg gemokk lak
Berselera jugak ko? Ingatkhen dah mati putik...
Kahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
malu je org islam bile bercerai, anak jd mangsa. ini bru btl. yg bermasalah nye ko bkn anak ko. |
|
|
|
|
|
|
|
kutuk jer kat sini @ kat thread kenamaan tu..ingatkan si kim dapat bf yg jauh lebih handsome & lebih kaya drpd ex husband...ujung2 pengarah sendu tu jugak yg dia hayak ke hulur hilir 
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohon MN+NH dgn SK+FA ambik iktibar ... Berebut berdendam toxic yachhh... Benda boleh kongsi buat apa rebut rebut ? |
|
|
|
|
|
|
|
Kimchi ni macam mana sheols boleh jadi kaya raya? Tengok mak pak macam biasa je? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus keith foo ni walaupun dah cerai...co-parenting anak pun happy |
|
|
|
|
|
|
| |
|