View: 15214|Reply: 24
|
‘Tak Adalah Rosak, Saya Masih Orang Yang Sama’ – Peminat Usik Cakap Nabila Razali Dah "Rosak" (Kelakar) Lepas Kahwin
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan juga pelakon jelita Nabila Razali sering mencuri perhatian apabila dia semakin terbuka untuk berkongsi video dan trend di TikTok sehingga peminat mengusiknya sebagai ‘rosak’ dan semakin kelakar.
Terbaharu, Nabila menjelaskan bahawa dia sekadar mengikut trend terkini dan mahu mendekatkan diri dengan peminat.
Memetik laporan Berita Harian, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mendedahkan dia masih orang sama dan hanya orang yang terdekat saja tahu bagaimana perangainya yang sebenar.
Menurut Nabila, dia cuba berkongsi video yang lebih santai supaya peminat lebih mengenali personalitinya yang sebenar.
"Tak adalah rosak, saya masih orang sama. Mungkin sebelum ini, saya jarang muat naik hantaran seperti itu, tetapi sekarang, lebih kerap".
"Bagi mereka yang kenal saya seperti kawan-kawan dan keluarga, mereka tahu saya macam mana. Jadi, saya tidak fikir ia isu yang perlu diperbesarkan.
"Sebelum ini, ada yang kata saya sukar didekati. Sekarang saya cuba kongsi video lebih santai agar peminat ingin kenali personaliti sebenar saya".
Tambah penyanyi berusia 32 tahun itu, ia bukanlah satu kesalahan yang besar selagi video yang dikongsi itu tidak menjatuhkan maruah diri dan keluarga.
"Ada yang cakap mentang-mentang sudah ‘settled’ (berkahwin), dia boleh buat apa yang dia mahu. Bagi saya, kenyataan itu kelakar. Tiada sebab apa pun, cuma saya hanya mahu kongsi dalam media sosial saja".
Terdahulu, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10.11 pagi Sabtu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan rosak apa la tadi |
|
|
|
|
|
|
|
ciknab memang kelakar...berbakat komedi... time nyanyi pun nak buat kelakar... hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Xheran pon. Boleh nmpk ler dia ni jenis cool n kelako |
|
|
|
|
|
|
|
Okla.. Walaupun rupa rakyat marhain, tapi aku puji style dia cantik juga la kalau dia pakai longgar2. Mungkin badan dia kurus dan dia ada hire stylist. |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak le kamu nabila...asal tak masuk ajl ok je .
Nak buat sasau ke apa ke go ahead. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni berlakon mmg best.. lebih terserlah dr bidang nyanyian |
|
|
|
|
|
|
|
sejak tawin ni nampak dia kerap pakai baju longgar kan.. bagus la
|
|
|
|
|
|
|
|
haa? tapi masuk.. tapi ada KB la untuk slamatkan keadaan kalo apa2...
|
|
|
|
|
|
|
|
sejenis dayan trisah.. nyanyi so-so, blakon ok. tp nab blakon lg terer la
|
|
|
|
|
|
|
|
daiyan tak best dlm dedua bidang ahhahaha puan nab mmg best dia berlakon.. hidup watak tuu
|
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 31-1-2024 02:15 PM
daiyan tak best dlm dedua bidang ahhahaha puan nab mmg best dia berlakon.. hidup watak tuu
She berlakon watak yg ringan macam komedi mmg ok, kalau watak berat banyak menangis masih lagi kayu sikitlah. |
|
|
|
|
|
|
|
masa nyanyi pon kalo prasan, feel dia sampai, all out kan.. cuma kena lg tumpu kat vokal la kan. kdg berjaya, kdg out.. tp mcm da improve la kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Hang ni cantik la ♥️ girlcrush |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk dia berlakon dalam pengantin culik artis tu pon dah tau dia ni senget2 jugak sebenarnya.. Cuma x kn lah nk kena tunjuk sepanjang masa kan
|
|
|
|
|
|
|
|
iols tak folo naw karier nyanyian dia
lebih pd lakonan.. ada la beberapa cerita kelakar yg dia bawak menjadi
tp kesian jgk masa dia kena hentam pasal suara tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp dia ni x annoying. So i ok je tgk tiktok dia. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahhaha rasa nk copy paste ja komen uols ni dkt video tt dia acah2 comel dan kelakar tu
tapi kaknab ni berlakon not bad gak kan
cuma nyanyi je out
|
|
|
|
|
|
|
| |
|