CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21151|Reply: 11

Heliza Helmi Tidak Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Fatiya Latiff Sebab Faham Keadaan Aktres Itu

[Copy link]
Post time 31-1-2024 10:30 PM | Show all posts |Read mode






NAMA suami terpalit tuduhan gagal menyiapkan rumah pelakon Fatiya Latiff, pengacara dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi mengakui tidak terkesan memandangkan dakwaan tersebut hanya dakwaan palsu.


Meskipun tidak mengetahui motif pelakon drama Ariana Rose itu, Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi, 38, memilih untuk memahami kondisi kesihatan mental aktres berkenaan.


Masa mereka buat ‘live’ , saya betul-betul tak tahu apa-apa, tapi bila ada orang ajukan video berkenaan, jujurnya saya faham.


“Saya tidaklah mengenali Fatiya secara rapat dan tapi bila dia keluarkan kenyataan macam itu, saya rasa satu Malaysia sudah faham keadaan dia.


“Jadi tanpa perlu saya mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun, orang akan faham dan pada saya mungkin ini adalah masa dia diuji dan apa yang diperlukan adalah doa dari seluruh mukmin,” katanya kepada HibGlam.


Ditanya sama ada bakal mengambil tindakan undang-undang atas fitnah tersebut, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah enggan memeningkan kepala, sebaliknya memilih untuk memaafkan aktres terbabit.


Begitupun, jika perkara tersebut andainya berlarutan dan tidak berkesudahan, reaksi dan tindakan yang akan dilakukan bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu bakal berubah.


Saya tidak rancang untuk mengambil tindakan undang-undang sebab apa yang diperkatakan adalah tidak betul sama sekali.


“Di pihak saya, saya yakin semua orang faham keadaan dan saya dan suami memaafkan perbuatannya itu.


Saya rasa dia tidak perasan situasi ketika itu, mungkin dia khilaf tapi sekiranya perkara ini berlarutan, lain pula ceritanya kelak. Lagipun suami saya memang tidak mengenali dia,” katanya ketika ditemui di sidang media Nasi Lemak Kopi O, disini, hari ini.


Terdahulu, pelakon sensasi itu mendakwa suami kepada Heliza iaitu, Datuk Seri Mahadi Zaman sebagai penipu apabila syarikat milik lelaki berkenaan gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun lalu.


Malah, aktres itu mendakwa dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM5,000 namun premis dijanjikan siap tahun lalu masih lagi tidak nampak bayang.


Sumber — HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye yg diuji kakya

Yg menguji laki ko

#pseudowatch
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau ko ckp kt netizen ko tak gila tethap lah.netizen malaysia anggap ko ada sakit mental tekya


Sian ko
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku dpt jumpa depan2 si santa claus ni mmg aku potong togel habis janggut tu
tak berkenan la tgk
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Heliza dah gali betul2 ke bisnes lakinya tu scam orang je?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia ada respon apa2 ke pada PW?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2024 09:49 AM | Show all posts
Fatiya tu tak sihat mental nya....yg laki Heliza ni pulak mcm fishy je
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling pemaaf. Entah2 si Patiya tu yang cakap betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
So malam2 jambang tu kena ikat ke mcmana. Mcmana si isteri menepis?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok kalau lepaskan kak Ya, tapi kalau apa PW dedahkan tu macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Risau tkut yg lain plk terlondeh kan hahaha
Baik wat bodo je
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tengok kat tiktok helija cakap pernah dm tekya banyak kali jugak masa zaman2 sheols baru berhijab..so helija ni jenis menunggang la kan kalo ada artis berhijrah..konon2 macam membawa rakan2 kearah kebaikan..ewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.061718 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list