View: 10449|Reply: 28
|
Ika Nabella Selar Individu Tak Puas Hati Ibu Bapa Bawa Stroller Dalam Lif - "Risau Kakak Dengan Pemikiran Sesetengah Anak Muda Sekarang"
[Copy link]
|
|
Tular baru-baru ini seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap ibu bapa yang membawa kereta sorong bayi ke dalam lif ketika berkunjung ke Menara Berkembar KLCC.
Kenyataan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi termasuk pelakon, Ika Nabella.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim menyelar individu berkenaan.
Ika juga menzahirkan rasa bimbang berikutan ramai golongan muda tidak menunjukkan sikap bertimbang rasa terhadap ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
"Jangan meludah ke langit adik.
"Risau kakak dengan pemikiran sesetengah anak muda sekarang, seolah-olah menongkat ke langit atau mungkin manusia seperti ini merancang untuk mengurangkan populasi dunia. Siapa tahu?
"Mungkin ibu bapa boleh beri sepatah dua kata? Yang paling bagus ya sebab kita kan terpaling ibu bapa".
Dalam pada itu, Ika berkata hantaran tersebut adalah bagi memberi kesedaran terhadap orang ramai supaya bersikap bertolerasi terhadap mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan lif.
"Jangan tanya saya siapa yang post sebab saya tak tahu. Ada yang tag saya dan saya mahu menyebarkan lebih banyak kesedaran tentang sikap bertimbang rasa terhadap ibu bapa yang mempunyai anak kecil".
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyelar individu tersebut selain menyifatkannya sebagai seorang yang tidak sensitif.
"Kebanyakan tak ada common sense anak anak muda sekarang.
"aling penat tengok yang guna lif semua kaki sihat walafiat tak ada stroller pun. Lagi sakit hati tengok pasangan yang pegang-pegang tangan sambil sengih-sengih bila lif terbuka."
"Dia belum rasa ada anak sebab tu angkuh sangat bercakap tu".
Apa pula pandangan korang?
Sumber: IG Ika Nabila/OhBulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni jenis akan naik lift klu aku bawak barang berat2 n nak kena turun/naik lebih dari 2 tingkat. Tu pon aku Bg org bawak Stroller yg masuk dulu. Tapi klu setakat jalan2 window Shopping, aku naik eskalator je.. Tapi betul lah budak2 zaman sekarang ni memang nak senang hidup pastu jenis yang, ko boleh naik lift kenapa aku tak leh? Kadang2 sakit betul hati tgk, nak turun satu tingkat je padahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 1-2-2024 12:58 PM
Aku ni jenis akan naik lift klu aku bawak barang berat2 n nak kena turun/naik lebih dari 2 tingkat. ...
Bebudak sekarang ramai nak betul
Siap cakap diorang pun ada hak guna lif
Takde siapa deny hak kau dik
Tapi hidup ni biarlah bertimbang rasa
Kita yang anak dah besar or takde anak, sihat tubuh badan, guna je la escalators tu
Tak susah mana pun |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ada eh manusia bengap yg tak tau prioriti lif tu utk siapa especially dlm mall, tempat awam.. pernah ya terjadi depan mata aku, wheelchair rodanya sangkut kat escalator.. lif penuh katanya n org meremut nak naik lif. Aku dgn org yg berdiri berselang 3 steps drp wheelchair tu cuba bertahan..sebelum salah sorg drp kitorang bantu angkat roda yg sangkut tu..pheww! Sekarang dah ada tiang halang wheelchair, stroller guna escalator. So kita2 yg bukan priority ni tak reti2 ke |
|
|
|
|
|
|
|
xde keperluan nak bawa babies ke mall. Kalau kanak2 pun jaranglah ada keperluan nak bawa ke mall. Tinggal je lah kat rumah. Hehehe iols suka zaman pkp kanak2 takleh masuk mall. Just sebab ko beranak banyak atau ko ada twin maka ko sesedapnya nak org lain sacrifice for your convenience? Puih. Org lain guna lif pun ada sebab mereka mana kau tau. Some malls ada tulis lif tu priority utk org ada stroller atau wheelchair oklah tapi takyah kot nak suruh orang yg sedang naik tu keluar lif. Gitu. LOL |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2 ni terbg dua pulak pendpt ku.. yg bawak stroller, oku, bawa anak2 kecik mmg priority.. tp kalau anak tu dah tak duduk dlm stroller waktu nak msk lif tu, lipat jeklaa.. at least blh muat lbh ramai lg dlm tu.. gittew aku berpendapat.. aku done being mom to small babies n tots.. anak2 yg dah hujung2 tu lbh byk guna baby carrier je.. now tgk baby pun sekadar2 je.. hrp2 lambatlah lg dpt cucu.. |
|
|
|
|
|
|
|
bdk skrg ni rasa entitled sgt. terencat ke smpai xleh nk pakai escalator? nk shortcut aje. tp iolls pn xkn bwk anak g klcc, x family friendly. family better g tmpt2 family friendly yg lift byk n luas. klcc tu last choice |
|
|
|
|
|
|
|
Hakak Malik mst tgh period time tu....ke bf dah lama x servis??meluat aku |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 1-2-2024 06:25 PM
bdk skrg ni rasa entitled sgt. terencat ke smpai xleh nk pakai escalator? nk shortcut aje. tp iolls ...
Banyak betul isu stroller ngn lift ni dekat mall sekarang ni apa yang best sgt guna lift pun tkthu bagi i guna escalator lagi senang kot nak tunggu lift tu pun ambik masa baik la guna escalator je. Tapi parents yang guna stroller pun ada yang tk de common sense jgk dah tgk tempat penuh pastu still masuk dgn stroller tu n langgar kaki orang pun ada. I masa anak i kecik guna carrier je stroller kadang2 budak2 ddk sekejap je pun pstu stroller tu mak nya yang letak barang2 shopping |
|
|
|
|
|
|
|
Apahal org asyik bertekak pasal sapa blh nak life, sapa xblh...sukati lah sapa yg nak...sapa xnak...aku lbh suka guna eskeletor tp x komen sapa yg nk guna life...btw aku trauma guna lif..byk cerita, berita pasal lif, kabel lif putus, lif rosak tersekat antara tingkat, pernah dulu ada pintu lif rosak, x dpt dibuka sampai 2-3 jam org dlm tu...ada yg pregnant lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni dulu pernah reveal marah Zain Saidin mesej lucah2 kat dia. Harharhar. |
|
|
|
|
|
|
|
Muda2 dah kena gout teruk ke sbb tu berebut nak guna lif?
|
|
|
|
|
|
|
|
tak yg jd masalahnye tergamak dia suruh org dalam lift keluar sebab dia tetap nak sumbat stroller dia jugak?
kalau iols pun iols hangin...
maybe kalau dia cakap bebaik say sorry lama sgt tunggu2 lif tak kosong2 org rela hati je bg space |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy: Dia ni dulu pernah reveal marah Zain Saidin mesej lucah2 kat dia. Harharhar.
ended up mmg betul ke zain buat? ke scammer pretending as zain? |
|
|
|
|
|
|
|
ada setengah mall memang lagi cepat je naik lift. lagi orang nak cepat. from basement , tujuan dia nak pergi level nun atas sekali lvl 5 nak menengok wayang, nak cepat showtime dah. takkan nak naik escalator, satu floor ke satu floor jugak. iols tak kisah la nak bawak anak ke apa. ada setengah tu anak umur 6 tahun , kaki dah terkeluar dari stroller, gigih mak ayah letak jugak dalam stroller. spesies gini iols pelik tengok nya |
|
|
|
|
|
|
|
nurkasih74: Dah tua2 ni terbg dua pulak pe ...
Apa laaa doa begitu utk anak. Kang Allah makbulkan doa, 15tahun lagi baru merasa anak tu ngandung kang. |
|
|
|
|
|
|
|
kat fb ade mamat ni komen gini la dan ramai backup. aku ni kalau x sebab baby xdenye nk bwk stroller baik naik escalator lg cpt dr tgu lif tu ha. pernah 3x lif penuh tgu last budak2 muda sihat ni tgu betul2 dpn lif nk jgk naik dlu eh aku geram betul kaki tempang kot |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 2-2-2024 12:20 AM
ended up mmg betul ke zain buat? ke scammer pretending as zain?
Memang Zain. Tak ingat dia ada minta maaf ke tak. Or tak ngaku lansung. Dia minta gambar naked if tak silap aiols. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
euww jiksnya heols. dia dah kenapa? nape x jd isu besar or iols x ingat?
|
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 2-2-2024 02:01 AM
euww jiksnya heols. dia dah kenapa? nape x jd isu besar or iols x ingat?
Memang tak jadik isu walaupun hada thread kat Cari sebab si Ika masa tu macam nobody ja. Huhu. Porumer pun ramai tak ingat kot.
Ni thread lama tu. Kesian Ika. Dia mangsa, dia yang kena kecam.
Pehtu Zain pi ngorat, dapat lak Che Ta. Otomatik isu ni dilupakan.
https://b.cari.com.my/forum.php? ... page=1&mobile=2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|