CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 30397|Reply: 43

Slam Digelar Band Kampung… Zamani Tak Kecil Hati, Bangga Lagu Evergreen Sehingga Kini

[Copy link]
Post time 17-2-2024 12:02 AM | Show all posts |Read mode




VOKALIS Slam iaitu Zamani tidak berkecil hati sekiranya kumpulan mereka dilabelkan sebagai band kampung.


Zamani atau Zamani Ibrahim, 54, juga tidak kisah sekiranya ada netizen berpendapat Slam hanya terkenal dengan lagu-lagu tangkap leleh atau disebut sebagai lagu leman.


Malah dia berbangga dengan konsep lagu yang disampaikan oleh kumpulannya itu dan peminat juga masih mendengarkan karya mereka sehingga kini.


"Tidaklah, kami tidak berkecil hati kerana konsep lagu kami memang begitu. Tak kisahlah orang nak kata lagu 'leman' (lagu mendayu-dayu).


"Sudah hampir 30 tahun kami membawakan konsep lagu seperti ini jadi kami bangga dengan lagu-lagu kami sendiri.


"Sampai sekarang lagu-lagu Slam masih diterima peminat. Jadi bagi saya gelaran band kampung itu tidak menjadi masalah," katanya kepada mStar.


Zamani berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert sulung kumpulan Slam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang diadakan di DFP Kuala Lumpur pada Rabu.


Dalam pada itu, pemain gitar utama kumpulan Slam iaitu Shah memberitahu lagu-lagu nyanyian mereka sememangnya dekat dengan masyarakat berbangsa Melayu.


Sebagai pemuzik, Shah berkata mereka cuba membuat susunan muzik sebaik mungkin setanding dengan lagu-lagu baharu yang mendapat perhatian pendengar.


"Sudah hampir 30 tahun kami membawakan konsep lagu seperti ini, kami bangga dengan lagu-lagu kami sendiri. ZAMANI VOKALIS SLAM


"Tak mengapalah, memang selalu orang-orang kampung yang dengar lagu-lagu kami. Sebenarnya lagu kami ini memang dekat dengan orang Melayu.


"Walaupun ada lagu-lagu moden atau rap pun mungkin setahun dua orang boleh dengar tetapi lama-kelamaan pendengar tetap berbalik kepada lagu-lagu Melayu ini.


"Tak kisah pun kalau nak kata lagu-lagu kami lagu kampung. Tapi sebagai pemuzik kami cuba untuk membuat susunan muzik yang lebih baik bagi setanding dengan lagu-lagu yang ada di pasaran sekarang," ujarnya.






Sebelum ini, tular di media sosial apabila pengacara Uyaina Arshad menghadiri konsert UK'Slam Musical yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 3 Februari llau.


Bagaimanapun, ada individu yang melabel pengaacara itu sebagai 'kampung' kerana menghadiri konsert berkenaan.


Uyaina bagaimanapun tidak berkecil hati dan mengakui dirinya berasal dari kampung di Perak.


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
no worries la abg Zamani...Slam takdelah kampung pun...the band was formed in JB klau tak silap,,sama mcm Exist... msa iollz kt Singapore dulu rajin je org sana buka lg Slam... paling diorang suka lg Kembali Terjalin ...iollz pun suka...the penulis lirik is Habsah Hassan, a Singaporean born and composed by the legendary Saari Amri, a Kelantanese origin...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul laa tu last² pendengar akan balik ke muzik yang kemelayuan.. Walaupun Rock ni bukan asal dari kita, tapi Rock kita sangat berbeza dengan tempat asal Rock ni..

Slam masih termasuk kategori Rock tapi lebih ke arah Pop & Ballad..
Dan kebanyakkan lagu² dorang pulak bukan setakat hits tapi evergreen..
Ditambah lagi dengan vokalis nya yang memang dalam kategori top dan berpengaruh dalam sejarah industri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
betul kata zamani..p balik p balik org akan dgr lagu melayu jgk...yg kunun² acah urban je cempera bewakk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
UK's ni yg penyanyi amir ke bukan?

Slam ni bukan band rock pun. Memang la semua lagu leman. Salute sampai sekarang bertahan. Xde pun bertukar penyanyi lain. Exist pun bertukar2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 08:54 AM | Show all posts
kampung2 pun lagu2 lama masih top chart dekat spotify...
cari2 lagu yg masuk AJL baru ni pon takde dalam top list ko raserrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika kau selammmm hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya kasih ku
Jangan diraguuuuu
Jika kau rasa getarnyaaaaa
Debaran kasih cinta yg meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga…

Lagu ni dlm spotify aku okehhhh…
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa definisi band kampung? Sebab lagu leman ke? Slam diasaskan di KL ya. Zamani pun org KL, shah org johor sbb dia asal exists yg tertubuh di JB. Yg lain2 tu eddie pun KL, lily, ajaq singapore kampung celah mana nyah?

Habis tu apa definisi band bandar? Hyperact? Floor88?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2024 09:56 PM | Show all posts
Edited by sukebintang at 17-2-2024 10:06 PM
ezacbee replied at 17-2-2024 05:15 AM
UK's ni yg penyanyi amir ke bukan?

Slam ni bukan band rock pun. Memang la semua lagu leman. Salute ...

SLAM pun pernah ada penyanyi lain sebab zamani pernah keluar dari SLAM iaitu Ronnie Hussein. ada 1 album. tapi tak menjadi la. Sebab kalau SLAM, memang Zamani la orang nak dengar suaranya. walaupun ronnie hussein tu sedap juga suaranya


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 09:57 PM | Show all posts
doubleA replied at 17-2-2024 02:02 PM
Apa definisi band kampung? Sebab lagu leman ke? Slam diasaskan di KL ya. Zamani pun org KL, shah org ...

sebab lagu leman tu kot rasanya.
yang group bandar tu macam OAG, floppopy ke.. agaknya la kot

abg eddie asal johor juga kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sukebintang replied at 17-2-2024 09:57 PM
sebab lagu leman tu kot rasanya.
yang group bandar tu macam OAG, floppopy ke.. agaknya la kot :lol ...

Ataupun kugiran masdo band bandar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 17-2-2024 02:02 PM
Apa definisi band kampung? Sebab lagu leman ke? Slam diasaskan di KL ya. Zamani pun org KL, shah org ...

Lebih kpd leman or meleleh kot
Tp slam ni ok lagi lagu dorang
Lain la lagu2 hat eddie hamid, patrick khamis dan yg skrg ni apak khalifah tu yalaaa leman bebenor dan mendayu leleh semua ada

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2024 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kene pandang rendah dgn kg? Aku tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
masih ada mentaliti yg pandang hina org kampung ye

aku org kampung
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 01:02 AM | Show all posts
Edited by sukebintang at 18-2-2024 01:07 AM
DottieDot replied at 17-2-2024 12:25 AM
Betul laa tu last² pendengar akan balik ke muzik yang kemelayuan.. Walaupun Rock ni bukan asal dari ...

komen uols ni sama macam Aidit alfian cakap dekat sorang pemuzik ni.  

kenal tak aidit alfian yang selalu buat lagu-lagu rancak/moden terutamanya lagu-lagu Elyana.
ada tengok video dia borak borak dkt yt.
dia cerita ada seorang pemuzik ni, tanya dia pasal lagu Gerimis Mengundang. satu hari ni dia kena main lagu Gerimis mengundang masa show. masa soundcheck tu tiba-tiba dia rasa macam lagu ni sedap nye la hai lagu ni, padahal sebelum lagu tu rasa biasa biasa je sebb lagu melayu kan. lepastu aidit kata, ko ni orang melayu, ko kena buang kerak mat saleh ko tu. kene raikan lagu lagu orang melayu kita ni. banyak je komposer komposer hebat org melayu ni. ayat dia lebih kurang macam tu la. iols pun tak ingat ayat penuh dia.
pemuzik ni selalu main untuk luar negara jugak la..sebab tu 'kerak' mat saleh dia tebal   

i respect la dekat aidit alfian, walaupun lagu lagu dia jenis macam moden or rancak tapi dia still kagum dengan saari amri & eddie hamid as komposer lagu melayu. sebab memang ada cerita, masa lagu lagu saari amri dgn eddie hamd mendunia, ramai komposer tak suka dua ni sebab buat lagu-lagu jenis mendayu melewehkemelayuan macam tu

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 01:06 AM | Show all posts
doubleA replied at 17-2-2024 11:10 PM
Ataupun kugiran masdo band bandar tu?

kugiran masdo tu boleh la kot band bandar.. tapi KM dah international sekarang.. group kpop pun ada cover lagu pujaan ku tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2024 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Senyap je lah. Jenis manusia tak reti bersyukur dah dpt duit ratus ribu senang2 je tapi tak nak pergi physio. Now sakit balik memang padan muka. Peminat2 dia cepat bagi dia duit lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 04:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bongok yg komen kampung tu...terpaling bandar, moden ekkk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sukebintang at 18-2-2024 06:53 AM
LadyCarefree replied at 18-2-2024 03:13 AM
Senyap je lah. Jenis manusia tak reti bersyukur dah dpt duit ratus ribu senang2 je tapi tak nak perg ...


Ko dah kenapa nak suruh dia senyap. Ini wartawan yang tanya dia masa sidang media konsert ni. Tak kan dia nak senyap je depan depan ramai orang . Bukannya zamani and member SLAM ni meroyan kat media sosial ke apa pasal orang panggil dia band kampung. Dorang pun relax gelak gelak je jawap soalan wartawan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sukebintang replied at 18-2-2024 05:52 AM
Ko dah kenapa nak suruh dia senyap. Ini wartawan yang tanya dia masa sidang media konsert ni. Tak  ...

Sebab nyampah dia tak reti bersyukur dan hargai rezeki. Gitu. LOL.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.487665 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list