View: 8181|Reply: 0
|
Quartararo kecewa prestasi Yamaha
[Copy link]
|
|
QUARTARARO bergelut bersama Yamaha. FOTO AFP
Lusail: Fabio Quartararo menegaskan Yamaha tidak dapat mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan kelajuan sepusingan terpantas.
Juara MotoGP 2021 itu berada di tempat ke-10 terpantas pada hari pertama sesi ujian pramusim semalam di Qatar.
Ditanya mengenai aspek aerodinamik 'sayap dino' dan ekzos baharu yang digunakannya pada sesi ujian itu, nada Quartararo nyata kurang berpuas hati.
"Amat penting bagi kami mencari jalan penyelesaian untuk menjadikan motosikal ini lebih lancar dan mempunyai cengkaman bagi mendapatkan masa terpantas.
"Di sinilah kelemahan kami. Kami melakukan perubahan besar kepada jentera dan harap dapat mencari jalan penyelesaian tidak lama lagi," katanya.
Yamaha, yang menggunakan khidmat Alex Rins pada musim ini menggantikan tempat Franco Morbidelli, berharap dapat memperbaiki prestasi mereka berbanding tahun lalu.
Massimo Bartolini, pengarah teknikal baharu yang dilantik dari Ducati, diharap dapat melakukan perubahan drastik untuk pasukan itu.
Bagaimanapun Yamaha sedar mereka hanya mempunyai tempoh singkat selama beberapa bulan untuk meyakinkan Quartararo bahawa pasukan itu boleh menjadi kompetitif semula dalam usaha mengekalkannya untuk jangka masa panjang.
Kontrak Quartararo akan tamat pada penghujung musim ini dan dia perlu melihat kemajuan ketara dalam pembangunan Yamaha sebelum meneliti kontrak baharu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ewa-prestasi-yamaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|