CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27357|Reply: 124

Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan

[Copy link]
Post time 21-2-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BALU Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali (kiri) bersama peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad dalam satu video pendek di akaun Instagram Hidayah pada Rabu. - Foto Instagram

BALU Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh pada Isnin disebabkan faktor keselamatan.

Perkara tersebut dijelaskan peguamnya, Mohamed Ibrahim Mohamad dalam satu video pendek di akaun Instagram Hidayah pada Rabu.

Jelas Ibrahim, anak guamnya itu telah menghubunginya sebaik Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan datang ke rumah Hidayah pada jam 6.30 petang dan membawa wang tunai berjumlah RM75,000.


“Puan Hidayah telah menghubungi saya untuk bertanya sama ada beliau boleh mengambil RM75,000 tersebut.
“Dari segi undang-undang tak ada masalah untuk Encik Ali membayar wang tersebut secara tunai tetapi saya mengambil kira pada waktu itu, apabila sejumlah wang sebegitu besar dibawa ke rumah Puan Hidayah, pada waktu senja dan urusan itu dibuat secara siaran langsung.

“Jadi semua orang akan tahu bahawa pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar yang akan disimpan di rumah Puan Hidayah dan wang tersebut tidak boleh dimasukkan sehingga keesokan hari di dalam bank,” ujarnya.

Justeru atas faktor keselamatan, Ibrahim telah mencadangkan agar wang itu dihantar ke firma guaman atau dimasukkan ke dalam akaun bank.
“Jadi atas faktor-faktor keselamatan, kami nasihatkan Encik Ali supaya wang itu di bawa ke firma guaman atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank atau dibuat bank draf.

“Ini semua atas faktor keselamatan. Saya percaya puan Hidayah tidak ada niat apa pun untuk menolak kecuali mengambil kira faktor keselamatan,” jelasnya bersama Hidayah.

Semalam, Ali berkunjung ke rumah kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali bagi melunaskan bayaran berjumlah RM75,486.48 secara tunai kepada Hidayah seperti yang diperintahkan mahkamah.

Dalam kunjungan tersebut, Ali turut membacakan surat yang juga ditandatangani bersama kakak iparnya.
Bagaimanapun, urusan pembayaran hutang saman berkenaan masih belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan transaksi tersebut melalui peguamnya.

Sebelum ini, Ali terpaksa menjual tujuh buah trofi yang pernah dimenanginya untuk mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang tersebut.

Antara yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar dan Projek Komedi Warna, sebuah motosikal jenis RXZ dan sebuah kereta Honda Accord.

Pada Mei 2020, Norhidayah, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu dalam akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Kes itu berpihak pada Hidayah dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari 2022 telah memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah.

Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia empat tahun.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 selepas dua hari mengalami demam.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul gak tu peguam ni bgtaw.  Mana tahu si A ni dah siap bg alamat siap2 kat musibat utk rompak ke kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:04 PM | Show all posts
dalam 75K, ada bahagian lawyer juga ke macam mana? tak pro betul kerja litam ni. lebih kepada content untuk pujuk netizens berpihak pada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
iols senyum sinis je baca komen2 netizen yg berpihak pd Ali dlm hal ni..diorg dok condemn lawyer dayah ni..Sbb tu la org tu bijak, jadi lawyer..netizen kelas belakang apa tau..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
7 trofi yg dijual tu aemua trofi ali ke.. apesal aku rasa dia ni jarang je menang raja lawak .. ade sekali tu je johan sebab guna nama arwah anak as content lawak..tak tau pulak sampai 7 kali dapat pergi final untuk pentas raja lawak saja ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3chanceno at 21-2-2024 10:15 PM

Datang bawak duit 75k dlm luggage bag ke? Siap live recording & main terjah rumah orang  kalau Dayah nak terima duit tu,berapa lama nak hitung manually?  

Buat sesuatu untuk bahan content,tanpa berpikir dgn logic &  rasional
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
siapa percaya ali tu mmg bodo
sah2 dia tu dr dulu jenis busuk hati tak de nya dia dgn RELA HATI nk byr duit tu
patut kalau kau betul2 nak hentikan pergaduhan yg kau sendiri create kau buat secara baik & beradab..
ikut je la cara yg dayah suruh sbb kau yg berhutang dgn dia..
ni dgn tak beradabnya lps still mode nak cari gaduh siap perli2 dayah lagi tak habis...
mmg HITAM la hati kau..yg netijon memuji tu kau tak fhm ke mo dia dr dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Har. Fadan muka. Litam ingat Dayah ngan lawyer Dayang bodoh busuk cam dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Siap buat live nak bagitau 1 dunia dayah ada duit 75k dalam umah. X gila ke? Klo malam kena rompak camne? Puas hati ko ke? Hati hitam.

Nasib baik dayah tanya lawyer dulu.

Dayah 2 - 0 ali hitam

Dayah berjaya tepis niat busuk ali.. mesti ali bengang kannn.. xdapat nak pedajal dayah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ali ni bodoh otak letak kt lutut..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:40 PM | Show all posts
Dengan RIAKnya dia buat live bawa 75K...
tak pernah berpikir kiri kanan apa akan terjadi?
seriously, takde sorang pun kalangan adik beradik, saudara mara, sahabat handai yang nasihat dia bab keselamatan ke?
bodoh sebodoh bodoh manusia
selfish, self centered, hati busuk
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
IQ ali ni negative ke eh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg paling bodoh netz yang sokong si Litam nih.. ni bukannya kes hutang pinjam duit. Sah2 le kes saman.. yg bangang abadi tu dh kenapa..

Hanya utk content med sosial.. kalau aku pun halau balik.. kecam je la kalau kebulor sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabonye lah kau dayah oi..kalau ai, dtg cara gengster mcm tu. ai simbah dgn air jamban.lantaklah kena kecam pun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok2 boleh la buat content duit 75k kena rompak.skrg semua org tau litam ada cash 75k dlm rumah
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kata rumah Dayah selamat pun malam tu ada polis siap sedia kepung berjaga2, Ali ingat berapa jam nak hitung duit RM75k tu? Dia ada bawa mesin kira duit sekali ke? Takkan hulur beg pastu kira confirm cukup aje? Tak payah sesiapa verify?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bodoh gila si Ali ni. bawak cash sampai 75k pastu siap buat live. yg sokong si ali ni siap kutuk2 dayah sbb taknak ambik duit tu double bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Soal keselamatan
2. Soal siapa la mak ngira duit cash tu betul ke 75K time2 bank tutup?
Dibuatnya dah serah lepas kira x sampai 75k kang kena tuduh lagi songlap duit tg dberi..
Better be safe dari kendiam masalah lain pulak..
Cerdik tindakan Dayah sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 21-2-2024 10:04 PM
dalam 75K, ada bahagian lawyer juga ke macam mana? tak pro betul kerja litam ni. lebih kepada conten ...

sembang terpaling sayang kat anak saudara dia. tapi masa buat live nak bagi 75k tu tak fikir pulak pasal keselamatan budak tu.ntah sape2 tgk live tu. mujur dayah tu bijak.tanya orang yg lagi arif dulu before buat keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 11:16 PM | Show all posts
Peachlilac replied at 21-2-2024 10:59 PM
sembang terpaling sayang kat anak saudara dia. tapi masa buat live nak bagi 75k tu tak fikir pulak ...

Tu lah pasal. Nanti kalau tidak ada record yang disahkan lawyer
entah apa apa cerita dan narratives dia create. Litam ni kan bab buat cerita dongeng memang legend.
Abis dah sangka baik kaka kat mamat ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.288642 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list