|
Deepika dan Ranveer bakal bergelar ibu bapa pada September depan. - Foto AGENSI
KUALA LUMPUR: Pasangan bintang filem Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh mengesahkan bakal menimang cahaya mata pertama, September depan.
Berita gembira itu dikongsikan pasangan selebriti itu menerusi
Instagram.
Bagaimanapun, tiada sebarang kapsyen ditulis pada hantaran berkenaan, sebaliknya pasangan itu hanya berkongsikan gambar kelengkapan bayi, selain bulan bayi bakal dilahirkan dengan emoji tanda kesyukuran.
Khabar angin bintang filem Bajirao Mastani itu sedang berbadan dua bertiup kencang selepas kemunculan Deepika yang anggun mengenakan sari pada Anugerah BAFTA pada 19 Februari lalu, tetapi hanya mendiamkan diri berhubung spekulasi berkenaan.
Deepika dan Ranveer kongsi berita gembira tanpa sebarang kapsyen dalam IG. - Foto IG Deepika Padukone
Deepika, 38, yang berkahwin dengan Ranveer, 39, pada 14 November 2018 di Lake Como, Itali pernah memberitahu, dia dan suami menyayangi kanak-kanak dan sangat berharap memulakan kehidupan berkeluarga.
Dalam satu temubual, Deepika pernah memberitahu memang mudah alpa dengan kemasyhuran dan wang dalam industri seni, tetapi tiada siapa yang melayannya seperti selebriti bila di rumah.
"Saya adalah seorang anak dan kakak. Saya tak mahu berubah, keluarga mengajar saya menjadi seorang yang merendah diri.
"Jadi, saya dan Ranveer akan terus mengekalkan nilai murni ini kepada anak kami," katanya.
Pasangan itu bercinta selama enam tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Mereka berkenalan di lokasi pengambaran filem Goliyon Ki Rasleela Ram-Leela dan selepas itu, sering digandingan bersama.
Pasangan itu menyambut ulang tahun perkahwinan kelima di Belgium, tahun lalu.
https://www.bharian.com.my/hibur ... k-pertama-september
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|