View: 6779|Reply: 0
|
Verstappen, Red Bull dominasi GP Bahrain
[Copy link]
|
|
MAX Verstappen menerima trofi kemenangan. FOTO REUTERS
Sakhir: Juara dunia tiga kali, Max Verstappen memulakan misi mempertahankan takhta kejuaraan dunia dengan cara yang sempurna apabila dia mengetuai Red Bull meraih penamat satu dua mengatasi rakan sepasukannya, Sergio Perez, di Grand Prix (GP) Bahrain, awal pagi tadi.
Sensasi Belanda berusia 26 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 22.5 saat di depan Perez, yang bermula dari tempat kelima, untuk mengurangkan sedikit tekanan ke atas bos pasukan, Christian Horner.
Bermula di petak pertama, Verstappen menahan asakan pemandu Ferrari, Charles Leclerc untuk mendahului dari awal sehingga akhir perlumbaan sekali gus berada di landasan tepat dalam usahanya memburu kejuaraan dunia kali keempat.
Ia adalah kemenangan kelapan berturut-turut Verstappen, yang ke-55 secara keseluruhan dan penamat podium ke-99 ketika Red Bull mendominasi perlumbaan tanpa sebarang ancaman di Litar Antarabangsa Bahrain.
Ia juga melebarkan rekodnya selaku pendahulu kejuaraan kepada 40 perlumbaan sejak Grand Prix Sepanyol 2022.
"Sukar dipercayai. Saya rasa hari ini segala-galanya berjalan dengan lebih baik daripada yang kami jangkakan.
"Ia sangat menyeronokkan untuk memandu dan kami tidak berdepan sebarang masalah. Ia adalah permulaan yang baik untuk tahun ini.
"Sangat istimewa untuk mengharungi perlumbaan seperti hari ini kerana ia tidak kerap berlaku. Saya berasa sangat hebat hari ini," katanya.
Carlos Sainz, yang tempat duduknya di Ferrari akan digantikan dengan Lewis Hamilton tahun depan, menamatkan saingan di tempat ketiga di depan rakan sepasukan, Leclerc.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dominasi-gp-bahrain |
|
|
|
|
|
|
| |
|